Asus Rog Keluar Dua Laptop Gamers Terbaru
ASUS Malaysia memperkenalkan dua laptop Republic of Gamers (ROG) prestasi tinggi untuk penggemar eSport
Dua produk berkenaan adalah ASUS ROG Zephyrus S (GX531) dan Strix Scar II (GL704) yang kedua-duanya dikuasakan pemproses Intel Core i7 selain kad grafik Nvidia Geforce GTX 1060 dengan memori video 6GB
Pengenalan ASUS ROG Zephyrus S itu menjadikan produk berkenaan laptop segmen permainan video paling nipis di pasaran
Model Zephyrus S (GX531) menawarkan pemproses i7-8750H selain dikuasakan dengan kad grafik GTX 1060 di samping memori 16GB DDR4 untuk permainan yang lancar
Dimensi model itu juga hanya 360 x 268 x 14.95 sehingga 15.75 milimeter (mm) dan seberat 2.1 kilogram (kg) sekali gus menjadikan laptop berkenaan mudah dibawa ke mana saja
Skrin 15.6 inci juga dilengkapi dengan teknologi panel IPS definisi penuh (1920x1080) 144Hz manakala kadar tindak balas paparan itu adalah 3 milisaat (ms) sesuai untuk keperluan peminat permainan eSport
Pemilik laptop ini juga diberikan kebebasan untuk menyesuaikan prestasi laptop mereka dan ia dikawal menerusi aplikasi terbina yang dikenali sebagai ‘Armoury Crate’
Pemilik boleh menyesuaikan setiap perkakasan laptop berkenaan termasuk memaksimumkan kemampuan kad grafik
Model ASUS ROG Zephyrus S (GX531) ini akan dijual pada RM7,999
Sementara itu, bagi model ASUS ROG Strix Scar II (GL704) pula pemproses dan kad grafik adalah sama dengan Zephyrus S, namun model ini menawarkan paparan 4K definisi ultra dan dilengkapi dengan pilihan G-Sync iaitu teknologi paparan untuk kad grafik Nvidia
Laptop ini menawarkan paparan 17.3 inci dan dilengkapi dengan teknologi penyejukan ‘Hypercool Pro’ supaya mengawal suhu komputer ketika bermain video
Dimensi laptop ini adalah 39.98 x 27.35 x 2.49 hingga 2.64 sentimeter (cm) manakala beratnya adalah 2.9 kg dan harga yang ditawarkan adalah RM7,599
Pengenalan dua laptop prestasi tinggi untuk segmen permainan video itu dilihat memperkukuhkan jenama ASUS ROG selaku jenama utama dalam eSport
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://infogajetmalaysia.blogspot.com/2018/12/asus-rog-keluar-dua-laptop-gamers.html