Rahman Dahlan Bantah Bung Moktar Ketuai Pilihan Raya Umno Sabah


Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama sebahagian pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media berhubung Pilihanraya Negeri Sabah di Kuala Lumpur. UMNO Sabah bantah Bung Moktar ketuai PRN Sabah

Ketua Bahagian UMNO Sabah dan sekumpulan pemimpin parti itu membantah pelantikan Ketua UMNO bahagian Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan hadapan. W akil kumpulan itu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pemimpin yang menjadi Ketua Jentera Pilihan Raya mestilah bebas daripada persepsi negatif yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan.


Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO Tuaran berkata, sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya seseorang itu perlu mempunyai kredibiliti yang tidak boleh dipersoalkan rakyat dan tidak dibebankan dengan masalah peribadi yang boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada UMNO dan rakan ketika menghadapi PRN.


Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A Samad, kini berhadapan perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

"Kami akan terus istiqamah dalam perjuangan UMNO dan akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO Sabah dalam PRN yang bakal diadakan.

"Kami tidak akan keluar dari UMNO, tetapi kami berjanji untuk meletakkan semula UMNO dalam landasan politik yang betul dan memastikan tidak ada pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat bukannya untuk kepentingan individu.

"Malam ini adalah manifestasi autonomi yang rakyat Sabah idamkan selama berpuluh tahun ini dan ini adalah peluang untuk UMNO menunjukkan bahawa parti ini mendengar suara rakyat Sabah yang inginkan kebebasan membuat keputusan," katanya pada sidang media yang dihadiri 12 Ketua Bahagian UMNO, di sini, malam tadi.


Antara yang hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Shirlin dna Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad.

Abdul Rahman berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti berlapang dada dan berjiwa besar dan jangan ketepikan semangat autonomi yang beliau sendiri sudah persetujui.

"Autonomi ini mesti diterjemahkan melalui tindakan, bukan sahaja melalui kata-kata. Autonomi UMNO Sabah sudah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama," katanya.

Beliau turut menjelaskan sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti politik di negeri itu ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri.

"Kami percaya pemimpin UMNO Sabah mampu menentukan hala tuju parti itu sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini. Autonomi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan ahli UMNO sejak parti ini bertapak di Sabah 29 tahun yang lalu," katanya.

Enggan menamakan calon bagi mengantikan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, beliau menjelaskan mereka tidak meragui kepemimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu tetapi keadaan semasa tidak sesuai untuk pemimpin itu dilantik menerajui jentera parti untuk PRN.

"Tan Sri Musa Aman menolak untuk dilantik ke jawatan itu," katanya.

Ditanya tindakan bantahan itu akan menjejaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN bulan depan, katanya tindakan itu bagi menyelamatkan UMNO dan BN.

"Kami yakin UMNO dan BN akan memenangi PRN jadi perkara ini perlu diperbetulkan sekarang," katanya.

Mengakui bantahan itu sudah disuarakan dalam beberapa perjumpaan, katanya ramai kecewa dengan pengumuman Presiden petang tadi.

"Ramai ketua-ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak dibawa dirunding, dibawa berbincang untuk mendapatkan keputusan bersama. Malah kami sudah berkali-kali memaklumkan kepada Presiden sebelum ini mengenai pandangan dan kebimbangan kami berkenaan dengan kedudukan Ketua UMNO Sabah.


"Kami berpendapat bahawa ini melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/08/rahman-dahlan-bantah-bung-moktar-ketuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 370 hits
PETALING JAYA Dua belas bahagian Umno di Sabah membantah pelantikan Bung Moktar Radin sebagai pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Barisan Nasional seperti diumumkan Ahmad Zahid Hamidi Ketua Umno Tuaran Abdul Rahman Dahlan yang mengetuai...
Appointing Bung Moktar To Lead Sabah Poll Suicidal Move Rahman Dahlan Tells Bn

Appointing Bung Moktar To Lead Sabah Poll Suicidal Move Rahman Dahlan Tells Bn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 373 hits
Appointing Sabah Umno chief Datuk Seri Bung Moktar Radin to lead the party for the Sabah state election is a suicidal move party Supreme Council member Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan has warned In a surprise press conference tonight Abdul R...
Bung Ketuai Jentera Prn Sabah Presiden Terlanggar Autonomi Umno Sabah

Bung Ketuai Jentera Prn Sabah Presiden Terlanggar Autonomi Umno Sabah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 339 hits
Kuala Lumpur Autonomi UMNO Sabah telah dinanti nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama 2 Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Saba...
Rahman Dahlan Pukul Bung Moktar Sindir Zahid Hamidi

Rahman Dahlan Pukul Bung Moktar Sindir Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 463 hits
Malam semalam secara tiba tiba saja Abdul Rahman Dahlan bersama sekumpulan pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media mengkritik pemilihan Bung Moktar Radin sebagai Pengarah Pilihanraya BN Sabah Menurut beliau langkah memilih Bung Moktar y...
Pemuda Umno Sabah Ikrar Pertahan Bung Moktar

Pemuda Umno Sabah Ikrar Pertahan Bung Moktar

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 355 hits
Pemuda UMNO Sabah menyokong Ketua UMNO negeri itu Datuk Seri Bung Moktar Radin memimpin jentera pilihan raya Barisan Nasional bagi menghadapi Pilhan Raya Negeri Sabah akan datang Ketua Pemuda negeri itu Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata mere...
Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 359 hits
DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas Kawan pun boleh jadi LAWAN Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah Abdul Rahman Dahlan Rahman Dahlan mempertikai keputusan Pres...
Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

Pilihan Raya Negeri Sabah Mungkin Tak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 378 hits
Dua peristiwa penting bakal berlaku di Sabah pada 17 Ogos ini Pertamanya ialah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah boleh dibicarakan di m...
Terkini Umno Sabah Bergolak Lantikan Bung Dianggap Bunuh Diri

Terkini Umno Sabah Bergolak Lantikan Bung Dianggap Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 604 hits
Terkini Umno Sabah bergolak lantikan Bung dianggap bunuh diriKeputusan meletakkan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah adalah langkah bunuh diri tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri...
Sabah Umno Chiefs Rejection Of Bung A Slap In The Face To Zahid Says Ex Newsman

Sabah Umno Chiefs Rejection Of Bung A Slap In The Face To Zahid Says Ex Newsman

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 365 hits
Former newsman A Kadir Jasin PETALING JAYA Blogger A Kadir Jasin today said the opposition from Sabah Umno leaders to Bung Moktar Radin leading Barisan Nasional s election campaign in the state was a huge slap in the face for party presiden...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi