Pelan Simpanan Pendidikan Anak Anak Untuk Masa Depan


 
Tengah sibuk install apps baru ke dalam tablet, saya terjumpa satu application yang saya rasakan bagus untuk agen pelaburan seperti saya. Dalam apps tersebut ada bahagian "Education Planning" yang membolehkan saya mengira jumlah simpanan yang perlu dimulakan sekarang bagi membolehkan anak saya menyambung pelajaran di universiti mengikut belanjawan yang dikehendaki.


Apabila melihat anggaran simpanan yang perlu disediakan, saya terfikir pula tentang anggaran kos majlis kahwin anak untuk dua orang, kos bagi saya dan suami menunaikan haji serta akhir sekali kos sara hidup perlu ditanggung selepas suami pencen. Ma shaa Allah banyak rupanya yang saya terlepas pandang sebenarnya. Hidup pada masa kini tanpa mengambil kira situasi pada masa hadapan, patutlah ada golongan veteran yang masih lagi bekerja pada usia emas..mungkin ini adalah antara faktornya.
Selain mengira anggaran kos, saya juga perlu mengambil kira kesan inflasi ke atas simpanan saya. Harga barangan dan perkhidmatan tentu akan meningkat berkali-kali ganda pada masa anak saya mula menyambung pelajarannya nanti, jadi kadar inflasi juga mempengaruhi anggaran simpanan saya. Hanya merancang tanpa mereliasasikan, bukankah itu suatu tindakan sia-sia? Jadi apa tindakan saya sekarang?


Pelan Simpanan Anak-Anak

Memandangkan saya sendiri tak bekerja dan fokus menjadi agen pelaburan adalah hanya untuk menambah ilmu pengetahuan dan menguruskan bakul simpanan keluarga semata-mata, jadi saya tiada sumber pendapatan tetap. Oleh sebab itu, saya tak dapat menyediakan pelbagai jenis pelan pendidikan untuk anak-anak. Walau bagaimana pun saya ada beberapa akaun wajib sedia bagi anak-anak. Apa akaun wajib tersebut?


1. Akaun Tabung HajiMembuka akaun tabung haji adalah tindakan pertama saya setelah anak mempunyai wang simpanannya sendiri. Bukan sahaja anak mempunyai peluang untuk mengerjakan haji pada kos yang rendah sekiranya terpilih untuk menunaikannya, malahan tuntutan mengerjakan haji adalah syarat Rukun Islam yang kelima wajib dipenuhi bagi yang berkemampuan. Saya melihat hal agama ini adalah perkara wajib saya sediakan untuk anak-anak sementelah usia mereka masih muda. 


Masa menunggu juga agak panjang untuk mengerjakan haji di bawah Tabung Haji, jadi lebih baik saya segerakan pendaftarannya dan penuhkan simpanan minimum RM1300 untuk membolehkan mereka berada dalam waiting list. Meskipun pulangan tahunan tak menentu dengan pulangan paling rendah adalah 1.25% pada tahun 2018, namun pulangannya juga pernah mencapai 8.25% pada tahun 2014 yang mana lebih tinggi jika dibandingkan simpanan fixed deposit (simpanan tetap). 


2. Simpanan SSPN-iSimpanan SSPN-i adalah akaun wajib ada sekiranya saya ingin anak melanjutkan pelajaran ke universiti dengan pinjaman PTPTN. Bukan bermaksud saya berhasrat anak saya buat pinjaman, tapi saya mengandaikan jika anak tidak dapat sebarang sumber bantuan pendidikan yang lain seperti biasiswa, jadi anak masih boleh memohon pinjaman PTPTN bagi melanjutkan pelajarannya dan saya juga tidak perlu runsing memikirkan nak cekau wang dari mana nanti.


Akaun SSPN-i adalah akaun wajib ada bagi anak-anak kerana dengan minimum simpanan RM1000, anak-anak dapat menikmati faedah perlindungan takaful yang bernilai sehingga RM1 juta. Buat ibu seperti saya yang tak mampu nak menyediakan perlindungan takaful bagi anak-anak, ini merupakan tawaran yang perlu saya grab demi untuk masa depan anak saya. Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapat pelepasan cukai taksiran pendapatan daripada simpanan anak-anak ini.


3. Pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)Salah satu sebab saya mendaftar sebagai agen amanah saham adalah untuk menguruskan bakul simpanan keluarga saya sendiri. Saya melihat pelaburan amanah saham mampu menawarkan pulangan tahunan paling tinggi dibandingkan dengan simpanan di tempat lain kecuali pelaburan saham. Ingin melabur saham, rasanya saya tak sanggup untuk menanggung kerugian hingga 100% modal sekiranya market sedang bearish. Jadi pilihan yang ada dengan pulangan tinggi dan risiko kerugian modal lebih rendah hanyalah amanah saham dengan pulangan tahunan antara 10-12%. 
Ramai yang takut melabur dalam amanah saham kerana risau mengalami kerugian dan modal berkurang daripada asal. Disebabkan pelaburan amanah saham adalah berkait rapat dengan pasaran saham Bursa Kuala Lumpur, jadi setiap pelabur pasti akan merasai saat untung dan rugi. Itulah sebabnya mengapa pelaburan amanah saham bersifat long term kerana ia bertujuan untuk meminimumkan kerugian pelabur. Pelaburan amanah saham amatlah tak sesuai bagi mereka yang berhasrat melabur di bawah jangka masa 3 tahun. Rugi ya kawan-kawan.


Disebabkan anak saya Auni mempunyai tabungan hasil pemberian duit raya daripada saudara mara dan tabung wang hasil simpanan belanja sekolah hariannya, jadi saya bercadang untuk gunakan wang tersebut bagi membuka akuan pelaburan amanah sahamnya yang pertama. Saya tak berhajat untuk mengeluarkan wang pelaburan ini sehingga Auni habis belajar dan wang ini boleh digunakannya ketika di universiti kelak untuk menampung kehidupannya sebagai pelajar.


Tak perlu simpanan setiap bulan. Jika wang simpanan Auni telah mencapai nilai minimum pelaburan, barulah saya akan masukkan ke dalam dana amanah saham miliknya. Auni tak terikat dengan komitmen dan pada akhirnya dia juga akan menikmati pulangan dalam bentuk compounding return dan dividen. Saya juga tak pening kepala untuk pantau wang simpanan Auni kerana kada pulangannya lebih tinggi dan risiko kerugian diminimumkan kerana melabur dalam jangka masa panjang.


Pelaburan Masa Depan

In shaa Allah selepas ini saya akan buka pula akaun amanah saham saya yang kedua secara auto deduction bulanan sebagai persediaan untuk menghadapi hari tua setelah suami pencen nanti. Kebetulan harga market sedang jatuh, jadi ini adalah peluang terbaik saya untuk melabur pada harga rendah. Suami agak boros, jadi saya terpaksa merangka strategi agar kami tidak menyesal di kemudian hari dan saya juga tak mahu lihat suami terpaksa bekerja pada usia emasnya. 


Selain itu, jika kami tak layak menunaikan haji menggunakan simpanan di Tabung Haji akibat waiting list yang panjang, saya boleh bergantung harap pada wang pelaburan dalam amanah saham PMB. Tak perlu risau kerana semua dana di bawah PMB adalah patuh syariah dan dikawal selia di bawah Bank Negara Malaysia. Yang penting halalan toyyiban..in shaa Allah. Doakan saya ye kawan-kawan. Dan saya juga doakan kawan-kawan semua diberi kebebasan kewangan selalu. Aamiin..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/09/simpanan-pendidikan-anak-anak-masa-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Masa Depan Zuher Amp Adik Saya Anak Nora Tarik Balik Niat Saman Penyebar Video Adik Bercumbu

Demi Masa Depan Zuher Amp Adik Saya Anak Nora Tarik Balik Niat Saman Penyebar Video Adik Bercumbu

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 863 hits
Anak sulung penyanyi Nora Ariffin Mohd Syakir Iman Johan 27 sebelum ini mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan N...
Anak Sulung Nora Tarik Balik Niat Saman Demi Masa Depan Zuher Adik Saya

Anak Sulung Nora Tarik Balik Niat Saman Demi Masa Depan Zuher Adik Saya

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 509 hits
Sebelum ini anak sulung penyanyi Nora Ariffin Mohd Syakir Iman Johan 27 mendedahkan yang pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadi...
Elak Pasang Video Viral Bahasa Tak Beradab Depan Anak Otak Kanak Kanak Macam Span Cepat Serap

Elak Pasang Video Viral Bahasa Tak Beradab Depan Anak Otak Kanak Kanak Macam Span Cepat Serap

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 313 hits
Dunia teknologi sememangnya dunia tanpa batasan pelbagai perkara yang boleh di akses tanpa had sama ada perkara yang memberikan manfaat atau sebaliknya Namun bagi kita sebagai orang dewasa tentu sekali kita boleh menilai mana yang baik atau...
Belajar Cerdas Kelola Uang Ala Raditya Dika Soal Pensiun Dini Sampai Tabungan Pendidikan Anak

Belajar Cerdas Kelola Uang Ala Raditya Dika Soal Pensiun Dini Sampai Tabungan Pendidikan Anak

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 258 hits
Kelihatan ngebanyol terus padahal ternyata dia cukup serius mempersiapkan dana pendidikan anaknya Belum nikah aja tabungan buat kuliah anak udah ada lo
Pulau Pinang Mengusahakan Rancangan Luar Jangka Untuk Menangani Masalah Air Mentah Masa Depan

Pulau Pinang Mengusahakan Rancangan Luar Jangka Untuk Menangani Masalah Air Mentah Masa Depan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 344 hits
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Jaseni Maidinsa mengatakan PBAPP telah menugaskan kajian kemungkinan mengenai projek PWSI 2050 yang dicadangkannya GEORGE TOWN Pulau Pinang telah menggariskan tiga rancangan ...
Mudah Jimat Masa Ibu Tak Tahu Bahayanya Bagi Anak Makan Sosej Elakkan

Mudah Jimat Masa Ibu Tak Tahu Bahayanya Bagi Anak Makan Sosej Elakkan

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 337 hits
Tidak dinafikan kesibukkan kita membuatkan kita memilih makanan proses seperti nugget dan sosej untuk anak tanpa kita ketahui makanan yang diproses ini cukup bahaya pada anak kita Sibuk macam mana pun elakkan beri sosej Kenapa Menurut Dr Ah...
Rokok 4 5 Kotak Boleh Beli Susu Lampin Anak Bercatu Ingat Balik Lafaz Taklik Masa Nikah

Rokok 4 5 Kotak Boleh Beli Susu Lampin Anak Bercatu Ingat Balik Lafaz Taklik Masa Nikah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 445 hits
Tak dinafikan dunia hari ini sangat mencabar dengan kos sara hidup yang makin meningkat Walaupun sekarang isteri ramai yang bekerja untuk membantu suami dan isteri yang keluar bekerja menjadi sesuatu yang biasa namun sebagai seorang lelaki ...
Berdamailah Tun Anwar Demi Masa Depan Malaysia

Berdamailah Tun Anwar Demi Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 311 hits
Ramai berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia lebih terjamin jika tampuk pemerintahan dapat dipisahkan dari Umno BN Ini kerana parti tersebut telah terbukti gagal membawa Malaysia keluar dari belenggu rasuah nepotisme kronisme pembaziran p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat