Pelan Cukup Baik Dirosakkan Pelaksanaan Separuh Masak


 
Pelan untuk langkah penstrukturan semula pertama kali dicadangkan pada 2017, ketika SEB mula melaporkan kerugian.PETALING JAYA: Jika disebut pelan pemulihan yang difikirkan secara mendalam namun tidak dilaksanakan dengan baik – ia tentunya merujuk kepada kemelut yang menimpa Sapura Energy Bhd (SEB).
Syarikat gergasi perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu terkesan teruk akibat harga minyak mentah yang merosot. Satu pelan kemudian dibentangkan untuk mengurangkan hutang dan menambah modal kerja agar ia dapat terus memperoleh kontrak baharu.
Bagaimanapun, pelan itu tidak dilaksanakan sepenuhnya. Satu daripada pemegang taruh utamanya – sama ada tidak dapat atau enggan – memberikan jumlah penuh dana seperti dijangkakan. Pada masa sama, kredit baharu yang ditawarkan kepada SEB disertai pelbagai syarat yang mengakibatkan kemudahan itu hampir mustahil digunakan.
Pelan untuk langkah penstrukturan semula pertama kali dicadangkan pada 2017 ketika SEB mula melaporkan kerugian.

Dalam mesyuarat dengan pemegang saham utamanya, Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada awal 2018, SEB mencadangkan pemegang taruh utama menyuntik RM6 bilion dalam syarikat. Ini dilihat mampu membantu mengurangkan hutang dalam jumlah agak besar. Pendekatan itu juga memastikan sebahagian dana itu boleh digunakan sebagai modal kerja.
Sebaliknya, PNB mencadangkan dana RM4 bilion sebagai suntikan baharu, di samping penubuhan entiti baharu menerusi operasi penggerudian yang sedia ada dan menyenaraikan perniagaan berkaitan cari gali dan pengeluaran.
Ketika itu, peralihan kuasa politik berlaku apabila Pakatan Harapan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional pada 9 Mei 2018. Kurang dua bulan selepas itu, kepimpinan PNB sendiri dirombak. Bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz menggantikan Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi PNB pada 1 Julai.
Bagaimanapun, pelan penstrukturan semula yang dirombak itu diluluskan.
Namun akhirnya PNB hanya menyuntik RM2.7 bilion (RM1.7 bilion menerusi terbitan hak dan RM1 bilion menerusi saham keutamaan boleh tukar boleh tebus). Presiden dan ketua pegawai eksekutif Sapura Group dan SEB, Shahril Shamsuddin, seterusnya menambah RM532 juta, manakala pimpinan SEB menyumbang RM16 juta lagi.
Hampir keseluruhan jumlah itu digunakan untuk melunaskan hutang tertunggak syarikat. Maybank, yang dimiliki PNB, memperolehi manfaat terbesar dalam pembayaran itu, manakala SEB hampir ketandusan modal kerja.
SEB juga akhirnya membayar bank-bank sebanyak RM75 juta sebagai fi penaja jaminan bagi terbitan hak.
SEB kemudian memohon RM2 bilion sebagai modal kerja daripada bank tetapi akhirnya hanya menerima RM1.2 bilion, yang terikat dengan pelbagai syarat ketat. Kemudahan itu tidak dapat digunakan tepat pada masanya dan digantung pada Oktober 2021.
Keadaan menjadi lebih teruk untuk SEB susulan wabak Covid-19, apabila ia melaporkan kerugian RM8.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2022, yang mencetuskan desakan untuk satu lagi pelan penstrukturan semula.
Kemelut SEB itu diburukkan lagi oleh beberapa beberapa lagi masalah, termasuk projek ladang angin Yunlin di Taiwan, dan projek pembangunan laut dalam Oil and Natural Gas Corporation (ONGC) di India.
Kedua-dua projek itu mengalami penangguhan berpanjangan kerana dibelenggu isu-isu teknikal dan operasi, yang menurut sumber dalaman, di luar kawalan SEB.
Menurut sumber industri, perkembangan itu menjejaskan asas kontrak berkenaan dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila wabak Covid-19 melanda.
Sumber industri berkata, masalah dua projek itu berpunca daripada pembekalan “maklumat yang disangsikan” oleh Yunlin dan ONGC, sekali gus membayangkan SEB mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan balik kosnya. Usaha mendapatkan komen klien-klien terbabit tidak berhasil.
Untuk kontrak Yunlin, SEB mengeluarkan notis pemberhentian awal tahun ini.
Dalam keadaan SEB bergelut dengan segala permasalahan serius itu, bekas perdana menteri Najib Razak tampil memainkan peranan utama dalam mencadangkan syarikat itu diselamatkan dengan bantuan kewangan.
Namun, cadangan itu ditentang oleh pihak tertentu termasuk bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang menganggap adalah lebih berbaloi dana berkenaan diguna untuk membantu mangsa wabak Covid-19.
Mereka turut merujuk kepada rekod buruk Malaysia berhubung ‘bailout’ syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang tenat pada masa lalu. Ini termasuk Malaysia Airlines, Perwaja Steel, Renong Group dan Felda.
Bagaimanapun dalam kes-kes berkenaan, tumpuan utama diberikan kepada mengurangkan kos dan penjualan aset, bukannya mengembangkan perniagaan secara holistik menerusi pelan penstrukturan yang wajar. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/pelan-cukup-baik-dirosakkan-pelaksanaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 300 hits
Kementerian Dalam Negeri akan membuat kajian secara terprinci pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian bagi memastikan pelarian Rohingya tidak terus masuk ke negara ini dengan bebas Menteri KDN Datuk S...
Ikan Merah Masak Cuka

Ikan Merah Masak Cuka

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 329 hits
IKAN MERAH MASAK CUKABAHAN BAHAN 1 kilo potongan ikan merah3 4 sudu besar cuka masakan10batang cili padi merah biji timun Di potong1 Biji tomato1 sudu besar biji sawi1 Biji bawang besar dipotong bulat3 ulas bawang putih Di hiris2 cm halia1 ...
Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 271 hits
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAKBahan bahannya 4 keping ikan patin10 tangkai cili api Di tumbukSedikit kunyit hidup Di tumbukSedikit tempoyakSedikit daun kunyit dan kesomGaram dan gulaCara membuatnya Masukkan kesemua bahan bahan kecuali ikan ke da...
Ramadan 17 Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api

Ramadan 17 Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 376 hits
hai assalammualaikumRamadan 17 Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi Dan Terung Cili Api Selagi sotong tak habis masak jela apa yang dimasaknya uiii Apa yang ada dalam kepala nak buat apa dengan sotong ni terus buat Penting resepi kita buat n...
Ayam Masak Kandar Lempeng Pisang Kegemaran Faezah Elai Ketika Ramadan

Ayam Masak Kandar Lempeng Pisang Kegemaran Faezah Elai Ketika Ramadan

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 289 hits
Sebut sahaja Pulau Pinang pasti teringat akan makanan yang sedap belaka Tambah pula dapat makan nasi kandar yang sedap gerenti balik rasa puas hati Hari ini di Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung Izreen Azminda berkunjung ke rumah rakan ba...
Buka Puasa Excited Sahur Layu Idea Ibu Ni Masak Lauk Sahur Ala Hotel Memang Superb

Buka Puasa Excited Sahur Layu Idea Ibu Ni Masak Lauk Sahur Ala Hotel Memang Superb

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 254 hits
Menanti detik berbuka menjadi detik cukup mengujakan bagi anak anak kita namun lain pula situasinya bila bersahur Semuanya layu dan sendu Namun idea ibu ini yang menukar waktu sahur menjadi cukup istimewa sememangnya dinantikan anak anaknya...
Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas Asam Muo

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 498 hits
Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas Muo Mama tak pasti nak claim Muo tu disebabkan memang resepi Muo atau orang Muo yakni mama yang masak hihi Kalau ada orang Muo kat sini cuba check betul tak resepi asam pedas Muo korang Sama macam mama ta...
Sedap Harum Semerbak Bau Lepat Bunga Cica Hanya Empat Langkah Mudah Je Dah Siap Masak

Sedap Harum Semerbak Bau Lepat Bunga Cica Hanya Empat Langkah Mudah Je Dah Siap Masak

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 276 hits
Bunga Cica bukan sekadar cantik dan berbau harum tetapi ia juga boleh digunakan sebagai bahan masakan Biasanya bunga cica ini banyak terdapat di negeri Kedah Darul Aman Bunga cica ini hadir mengikut musim Jangan tak tahu ya ini salah satu b...
Intip Keseruan Ayu Ting Ting Masak Pisang Goreng Bareng Ayah Ojak

Intip Keseruan Ayu Ting Ting Masak Pisang Goreng Bareng Ayah Ojak

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 217 hits
Ayu Ting Ting mengajak sang ayah Rozak atau lebih sering disebut Ayah Ojak untuk masak pisang goreng bersama Momen memasak ayah dan anak ini berlangsung dengan sangat seru Intip foto fotonya berikut ini
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sayonara Tokyo Masak Udang Dan Kisah Mesin Basuh

Resepi Stew Ayam

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi