Ayam Masak Kandar Lempeng Pisang Kegemaran Faezah Elai Ketika Ramadan
Sebut sahaja Pulau Pinang pasti teringat akan makanan yang sedap belaka. Tambah pula dapat makan nasi kandar yang sedap gerenti balik rasa puas hati. Hari ini di Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung, Izreen Azminda berkunjung ke rumah rakan baiknya Faezah Elai di Bukit Mertajam.
Memang kecoh bila mereka bertemu. Izreen teringin merasai Ayam Masak Kandar asli Penang. Faezah memenuhi keinginan rakannya untuk memasak Ayam Masak Kandar homemade.
Istimewanya suami Faezah turut sama memasak di dapur.Sambil memasak, bercerita nostalgia Faezah semasa muda pada bulan Ramadan.
Nampak enak Ayam Masak Kandar yang dimasak oleh Faezah. Di tambah dengan penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa ,rasa lada putihnya wangi, ada rasa masin, rasa pedas sikit. Inilah keistimewaannya. Selain itu diletakkan juga AJI-NO-MOTO® yang boleh naikkan rasa masakan dan seimbangkannya.
Tak lengkap dengan satu menu, Faezah menyediakan menu pencuci mulut, Lempeng Pisang.Paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran keluarganya ketika berbuka. SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang ni bukan saja boleh goreng pisang, ia ada rasa vanila, juga boleh buat lempeng pisang,lagi sedap dan aroma wangi.
Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi membuatnya,
AYAM MASAK KANDAR
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong, mentah atau digoreng separuh masak
Kicap manis secukupnya
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 biji bawang kuning, dipotong cincin
5 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan (A): rempah tumis
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu makan serbuk kurma
Bahan-bahan (B): digoreng dan dikisar bersama minyak
2 sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
1 biji bawang kuning, dipotong 4
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
12 tangkai cili kering
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1.Tumis bahan-bahan (A) sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan bahan-bahan (B) dan masak selama 10 minit.
3.Masukkan kicap manis, gaul rata dan masukkan ayam.
4.Perasakan AJI-NO-MOTO® dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
5.Masukkan bawang kuning, cili hijau dan daun kari.
6.Biarkan sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.
LEMPENG PISANG
Bahan-bahan:
4 biji pisang – lebih atau kurang ikutlah stok pisang masak yang ada
1/4 cawan gula pasir
Secubit garam
½ cawan kelapa
2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Cara memasak:
1.Lenyekkan pisang. Jangan terlalu hancur, bagi ada ketulan pisang sedikit.
2.Masukkan gula dan garam, rasa manisnya.
3.Masukkan kelapa, gaul sebati.
4.Masukkan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu pekat dan tambahkan air.
5.Bancuhan yang telah disiapkan. Biarkan rehat buat seketika sementara kuali dipanaskan.
6.Panaskan kuali leper/pan. Sapukan sedikit minyak diatas kuali.
7.Bila dah agak keras boleh balik-balikkan, bagi garing sedikit di sekelilingnya.
8.Bila dah agak garing keseluruhannya, bolehlah diangkat
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
The post Ayam Masak Kandar & Lempeng Pisang Kegemaran Faezah Elai Ketika Ramadan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/04/ayam-masak-kandar-lempeng-pisang.html