Pelakon Hollywood Kecam Pemimpin Dunia


 
Angelina Jolie kini bangkit melaungkan solidariti buat rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang sedang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel. (FOTO: Reuters)
Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia
LOS ANGELES, California: Pelakon tersohor Hollywood, Angelina Jolie mengecam pemimpin-pemimpin dunia kerana keengganan mereka bersatu menuntut gencatan senjata kedua-dua Israel dan Hamas yang terbabit dalam konflik di Gaza ketika ini.

“Dengan enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menuntutnya (genjatan senjata) kepada kedua-dua pihak (Israel dan Hamas), pemimpin-pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini!” tegas Jolie dalam hantaran Instagramnya, @angelinajolie yang dimuatnaik pada hari ini, Khamis (2 Nov).
“Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga mereka sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan (oleh Israel), sementara mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga mereka dibunuh,” tambah Jolie, 48, yang memuatnaik foto kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia yang dibom tentera Zionis Israel dua hari berturut-turut mengorbankan ratusan nyawa.

Paparan yang dimuatnaik dalam Instagram Angelina Jolie menunjukkan kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia, Gaza angkara dibom tentera Zionis Israel. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram @angelinajolie)

“Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.
“Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan pantas menjadi kubur besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023  
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon Hollywood, kecam pemimpin dunia.
Lihat komen ini..
(i) Sebenarnya mengenai takbir dan Qunut Nazillah, perkara itu tidak sepatutnya dipermasalahkan. Kerana kedua-dua amalan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, malah sudah difahami oleh golongan bukan Islam.


Kita bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad yang mahu Menteri Pendidikan perjelaskan larangan laung takbir dan baca Qunut Nazillah dalam program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolaah Malaysia.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-dua amalan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, malah difahami golongan bukan Islam.
“Kalau kita lihat dan hendak tengok, ini merupakan satu isu yang sensitif, benda itu sudah dapat diterima oleh orang bukan Islam di negara kita. Ini merupakan satu lafaz yang biasa kepada orang Islam di Malaysia yang mengungkapkan kalimah itu,” kata beliau dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Ustaz Idris melahirkan perasaan terkejut apabila ada surat pekeliling yang melarang laungan takbir dan bacaan Qunut Nazillah dalam program Minggu Solidariti Palestin di negara ini.


(ii) Al-hamdulillah, Ahli Parlimen DAP ‘selfie’ bersama Sanusi. 


Di mana sahaja Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada ramai mengajak untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Begitu juga ketika menghadiri Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam baru-baru ini ramai pemerhati dan pengunjung kelihatan bergambar bersama Sanusi.
Keberaniannya berhujah bagi membongkar sesuatu isu dan sikap berterus terang menyebabkan ramai menyenanginya termasuk pemimpin parti lawan.
Ia dibuktikan baru-baru ini Ahli Parlimen Jelutung RSN Rayer turut ‘berselfie’ bersama MB Kedah ketika terserempak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Ahli Parlimen DAP itu juga kelihatan membantu orang ramai yang ingin bergambar bersama Sanusi.
Video kedua-dua pemimpin terbabit menjadi tular di laman sosial Tiktok sehingga manarik perhatian ramai netizen.
Sehingga ada netizen mencatat “Ahli Parlimen DAP itu sering menyerang dan mengkritik Sanusi tetapi ‘terkedu’ apabila bertemu di hadapan mata’.(rujuk – HARAKAHDAILY 2/11/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.


Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/pelakon-hollywood-kecam-pemimpin-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia Ketika Tidur

Hiburan Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 501 hits
Industri seni sekali lagi dikejutkan apabila pelakon terkenal Badrul Muhayat dikhabarkan telah meninggal dunia di salah satu homestay di Pulau Pinang pada Sabtu pagi Berita duka itu telah disahkan oleh rakan artisnya Anne Abdullah melalui h...
Pensyarah Ipg Meninggal Dunia Selepas Rebah

Pensyarah Ipg Meninggal Dunia Selepas Rebah

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 208 hits
ANGGOTA polis mengusung mayat Tengku Norazlan Tengku Sulaiman yang meninggal dunia ketika bermain tenis di IPG Kuala Nerus petang semalam KUALA NERUS Seorang pensyarah institut pendidikan guru di sini meninggal dunia selepas rebah ketika be...
Aeon Mall Rawang Mencipta Sejarah Dunia Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Aeon Mall Rawang Mencipta Sejarah Dunia Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 253 hits
AssallammualaikumHai semua ahad lepas Shailla berkesempatan menyertai aktiviti majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang sempena sambutan Deepavali Sewaktu sampai memang ramai peserta sudah mula berbaris untuk mendaftar dan mendapa...
Solo Masuk 55 Kota Kreatif Dunia Versi Unesco Begini Reaksi Gibran

Solo Masuk 55 Kota Kreatif Dunia Versi Unesco Begini Reaksi Gibran

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 279 hits
Gibran menambahkan Jika saat ini belum ada pemberitahuan resmi dari UNESCO terkait penghargaan tersebut
Ini Bencana Yang Bakal Menimpa Jika Talian Internet Seluruh Dunia Terputus

Ini Bencana Yang Bakal Menimpa Jika Talian Internet Seluruh Dunia Terputus

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 233 hits
Internet hari ini menjadi satu keperluan yang utama jika mahu aktiviti harian berjalan dengan lancar Jika dahulu banyak urusan perlu dijalankan secara surat menyurat ataupun berurusan menerusi kaunter di premis premis berkaitan Kini segala ...
Momen Pensiunan Jenderal Polisi Bertemu Sekjen Liga Muslim Bawa Misi Jaga Perdamaian Dunia

Momen Pensiunan Jenderal Polisi Bertemu Sekjen Liga Muslim Bawa Misi Jaga Perdamaian Dunia

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 186 hits
Komjen Pol Syafruddin Kambo bertemu dengan Sekjen Liga Muslim Dunia Syaikh Muhammad Abdul Karim Al Isa
Australia Tolak Tawaran Bida Anjur Piala Dunia Fifa 2034

Australia Tolak Tawaran Bida Anjur Piala Dunia Fifa 2034

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 271 hits
Australia tolak tawaran bida anjur Piala Dunia Fifa 2034 Dikemas kini 26 saat yang lalu Diterbitkan pada 31 Oct 2023 11 00PM
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People