Pelajaran Dari Sg Bakap Kalau Ph Peduli Untuk Belajar


 

Ada satu pelajaran dari Sungai Bakap selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di situ baru-baru ini. Seperti mana yang diketahui, calon PH iaitu Joohari Ariffin kalah dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon PN, Abidin Ismail. Ramai menyebutkan komunikasi yang lemah dan ketidakmampuan blok kerajaan perpaduan menjawab naratif pembangkang sebagai punca kekalahan.
Ramai bertanya kepada saya apakah penawar segera yang boleh diambil oleh kerajaan madani dalam masa tiga tahun ini, sebelum pilihan raya umum menjelma kembali. Adakah pengundi Melayu akan berubah meninggalkan jubah atau selimut hijau?
Jawapan saya tidak. Melayu sudah tidak lagi boleh berubah. Sudah terlambat. Apa yang Pakatan Harapan harus lakukan adalah memberi tumpuan kepada pengundi asas mereka iaitu Melayu berpelajaran (juga kadangkala dicop Melayu Liberal) yang tidak semestinya menetap di bandar; pengundi Cina, dan tentunya pengundi India. Selepas ini apa sahaja polisi kerajaan harus merebut hati mereka.
Ada yang bertanya pula, mengapa pengundi Melayu masih ramai yang seronok diusap Perikatan Nasional.
Begini, dalam disiplin psikologi, terdapat satu kaedah atau proses pembelajaran (dalam hal ini pemanipulasian politik) yang dapat dihitung menerusi prosedur Pavlovian secara ‘conditioning’. Prosedur dimaksudkan ialah apabila satu-satu entiti (E) memiliki kawalan penuh terhadap semua peristiwa, (E) boleh menentukan kekerapan masa, ketepatan aksi percubaan selain menguruskan tingkah laku sasarannya. Sebagai misalan, latihan terhadap seekor anjing dengan memberinya makan pada setiap jam 3 petang sahaja, dengan menghantar satu isyarat denting loceng; yang dilakukan berulang-ulang sehingga sang anjing terbiasa dan terlatih oleh tubi dan asakan latihan yang sama akan menatijahkan anjing menunggu makanan pada setiap jam 3 petang dengan bunyi loceng dengan penuh selera. Latih tubi ‘appetite behaviour’ ini dari dahulu hingga sekarang memperolehi jawapan yang sama. Iaitu sasaran untuk prosedur ‘conditioning’ ini di akhirnya akan mengikut, taat, patuh, dan meniru apa yang disogokkan oleh (E).
Sejak Pavlovian mengemukakan gagasan conditioning ini tokoh-tokoh psikologi ulung antara lain seperti MM Shapiro, W Kintsch dan RS Witte memutuskan bahawa prosedur ‘conditioning’ dengan latih tubi ‘appetite behaviour’ ini sangat berkesan dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran sasaran.
Prosedur ‘conditioning’ ini boleh menjadi strategi media pihak pembangkang yang berkuasa di platform TikTok ketika berkempen politik, khususnya di musim pilihan raya. Pemanipulasian politik di saat kempen pilihan raya semakin membahang adalah sesuatu yang selalu terjadi, malah di negara-negara maju. Di negara tertentu, pemanipulasian ini terjadi di platform X.
Di negara kita, media sosial seperti TikTok kini menggantikan RTM. TikTok dapat menjadi alat mempengaruhi, alat memanipulasi, dan alat penyampai maklumat yang berkesan. Media sosial justeru menjadi medium yang efektif buat entiti politik seperti politikus, parti politik, dan pempengaruh bertudung labuh di hadapan kitab ‘Riyadus Salihin’. Masyarakat yang dilatih tubi oleh (E) dalam hal ini, media sosial, akan mengutip dan menyerap terlalu banyak pesan mereka. Oleh kerana ia merupakan satu proses ‘conditioning’, masyarakat akan akhirnya mengikut, taat, patuh, dan meniru apa yang disogokkan oleh media sosial ini.
Adakah PH sedar, di saat Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap yang lalu apakah yang dilatih tubikan oleh algoritma TikTok? Apakah yang disogokkan oleh media sosial mahupun kumpulan WhatsApp kepada masyarakat sebagai pusingan ‘appetite behaviour’? Bagaimana masyarakat menerima dan terlazim; malah terpengaruh sikap mereka dengan apa yang disalurkan oleh platform itu?
Dengan akses kepada media sosial demikian meluas dan menjadi satu hak asasi, media sosial dengan pelbagai platform seperti TikTok misalnya menjadi medium yang memaksakan dalam satu bentuk panopticon. Michel Foucault dalam tahun 1979 pernah menggunakan metafora panopticon ini untuk menggambarkan bagaimana sesebuah organisasi besar mengawasi manusia, langsung mengawal dan menentukan kehidupan awam. Panopticon sejenis alat kawalan di penjara yang berpusat dan membolehkan pihak penguasa melihat dan memerhatikan banduan. Tujuan panopticon bukanlah untuk mengawasi semata-mata tetapi lebih untuk mewujudkan satu keadaan yang dirasai dan disedari kewujudannya, sekaligus menjamin kewujudan semacam satu kuasa sedang menentukan gerak laku banduan.
Meskipun ketika itu — di tahun 1979 — Foucault tidak secara terang merujuk media sebagai satu jenis panopticon, andaian bahawa media perdana mendapat tempat dan kedudukan di ‘menara kawalan panopticon‘ sangat relevan. Di tahun 2024, Angkasapuri bukan lagi menara panopticon. Hari ini panopticon ada di tangan setiap pengundi, dalam bentuk telefon pintar.
Sesuatu yang perlu diingat tentang panopticon ialah sifatnya; iaitu sifat ‘sedikit menentukan yang banyak’. Dalam hal ini sekumpulan minoriti sedang menguasai, mempengaruhi, mencorak, dan memegang umat majoriti melalui satu kawalan yang olok-olok atau kawalan momok-momokkan. Ia bukanlah satu kawalan yang sebenar.
Maka pempengaruh dan politikus ekstrem di TikTok misalnya menggantikan panopticon RTM di zaman Mahathir Mohamad 1.0. Panopticon baharu ini memantakkan naratif palsu bahawa heiiii Melayu terancam, ada Cina, ada BlackRock, ada Syiah, ada LGBT, ada macam-macam lagi.
Fenomena segelintir ahli masyarakat yang dapat dipukau sehingga mereka mengimani ideologi Tiktok ini berkait rapat dengan gejala panopticon ini. Kecelakaan besar yang ditimpakan oleh media sosial panopticon ini adalah ia membantut, mengkontot, dan membasmi kekuatan jati diri bangsa sehingga pandangan sarwanya (world view) terhijab, epistemologinya (falsafah keilmuan) tertempurung dan aksiologinya (sistem nilai) terkepung. Ekoran kecelakaan besar itu, rakyat atau orang awam menjadi lumpuh fikir, mendapat strok pada pusat akal, kehilangan rasio, dan lojik lantas membenarkan pemalsuan naratif berganda menimpa pundak mereka.
Strategi bertingkat untuk membetulkan sasaran yang mengalami ‘brainwash’ TikTok perlu ditekuni. Oleh kerana manusia tidak memiliki daya taakulan yang sama, kreativiti dalam penyampaian rasa peduli di atas perlu dipelbagaikan. Ada sesetengah madh’u (baca: pengundi) di luar sana yang jahil dan terus mempercayai kejahilannya.
Sekarang, setelah panjang lebar mengetahui bagaimana sesetengah pengundi muda (khusus Melayu) seronok diusap dengan mimpi hijau itu, apakah yang harus kerajaan perpaduan lakukan?
Tak susah mana penawarnya. Carilah kepala penerangan dan komunikasi yang lebih baik. Kepala penerangan dan komunikasi yang ada sekarang amat lemah. Penasihatnya malah boleh mengherdik Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2024 di medan terbuka.
Jika Pakatan Harapan ingin memenangi pilihan raya umum kelak, mereka harus memberi tumpuan kepada pengundi asas mereka. Selepas ini apa sahaja polisi kerajaan harus merebut hati mereka. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/pelajaran-dari-sg-bakap-kalau-ph-peduli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Amanah Kena Belajar Daripada Kekalahan Di Sungai Bakap

Dap Amanah Kena Belajar Daripada Kekalahan Di Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 213 hits
PARTI komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan Amanah berkata mereka menghormati pilihan dibuat pengundi di Sungai Bakap pada pilihan raya kecil kerusi itu baru baru ini dan berjanji untuk bekerja lebih keras bagi meraih kembali sokongan raky...
Pembangunan Untuk Sungai Bakap Jika Cikgu Jo Menang Zahid Hamidi

Pembangunan Untuk Sungai Bakap Jika Cikgu Jo Menang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 249 hits
NIBONG TEBAL Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad membantu membawa pembangunan ke Sungai Bakap andai calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin diberi mandat menjadi wakil rakyat pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Neg...
Ph Has Work Cut Out To Woo Sungai Bakap Malays

Ph Has Work Cut Out To Woo Sungai Bakap Malays

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 247 hits
A PKR source says a low voter turnout may work in PN s favour as the ruling coalition struggles to penetrate the Malay heartlands After more than a week of campaigning in Sungai Bakap Pakatan Harapan appears to still have its work cut out t...
Wait For Surprise In Sungai Bakap Says Penang Pas Chief

Wait For Surprise In Sungai Bakap Says Penang Pas Chief

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 302 hits
Fauzi Yusoff says Perikatan Nasional has been bolstering support in the constituency despite Pakatan Harapan s claims that it is on the wane Penang PAS chief Fauzi Yusoff has hinted at unexpected support in non Malay areas ahead of the Sung...
Ph Masih Bergelut Tarik Pengundi Melayu Sg Bakap

Ph Masih Bergelut Tarik Pengundi Melayu Sg Bakap

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 216 hits
Predeep NambiarSumber PKR berkata PN berpeluang menang jika jumlah keluar mengundi rendah dan masih banyak kerja untuk PH menambat hati pengundi Melayu NIBONG TEBAL Selepas seminggu berkempen di Sungai Bakap Pakatan Harapan masih menghadapi...
Bilik Gerakan Udm Tasek Junjong Sungai Bakap Ditutup

Bilik Gerakan Udm Tasek Junjong Sungai Bakap Ditutup

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 316 hits
MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas petugas PN di PRK Sungai Bakap yang berada di sana sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana dikhabarkan tiada petugas petugas PN daripada Sungai Bakap dan Nibong Tebal sendiri yang membantu ke...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan