Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan Tpm Ahmad Zahid


Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan – TPM Ahmad Zahid
BAGAN DATUK, 21 Dis (Bernama) — Kerajaan hari ini melancarkan Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM), yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata SPTM itu bertujuan memperkasakan kualiti pendidikan tahifz dan menjadi mekanisme pengiktirafan kepada huffaz dan institusi tahfiz.
Beliau berkata di bawah inisiatif itu, antaranya sebagai galakan kepada budaya kecemerlangan, dan 10 institusi tahfiz terbaik yang mencapai prestasi cemerlang berdasarkan kriteria SPTM akan diberikan insentif RM50,000 setiap satu.
“Ini bukan sekadar angka, bukan sekadar wang ringgit, tetapi ini satu suntikan motivasi agar institusi tahfiz terus mempertingkatkan kualiti dan juga amalan terbaik serta menjadi institusi cemerlang supaya kita ketengahkan sebagai model institusi tahfiz Malaysia, insya-Allah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara “Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani” di Masjid Tuminah Hamidi, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Lebih 25,000 huffaz dari seluruh negara termasuk orang ramai menyertai himpunan berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), ekosistem pendidikan tahfiz akan terus diperkasakan menerusi dasar, standard dan tadbir urus yang jelas.
“Melalui DPTN 1.0 telah mendapati sebanyak 84 peratus dasar-dasar itu telah diselaraskan, dilaksanakan di seluruh maahad tahfiz di negara kita.
“Dari segi pendidikan tahfiz sebagai satu ekosistem pendidikan yang baharu, kini terdapat 1,401 institusi tahfiz yang melibatkan 10,081 asatizah atau guru dan sebanyak 61,494 pelajar terlibat dalam ekosistem pendidikan tahfiz atau menjadi huffaz baharu. Alhamdulillah,” katanya.
Beliau berkata melalui DPTN 2.0, beberapa instrumen penting telah diperkukuh termasuk pembangunan Model Pendidikan Tahfiz Malaysia (MPTM). “… dan juga melakukan pemantapan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 dengan pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB), juga menyediakan skim pembiayaan huffaz, serta usaha penyelarasan STM (Sijil Tahfiz Malaysia) ini bagi melahirkan huffaz yang berdaya saing, berkemahiran, dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkongsi pencapaian pendidikan tahfiz yang dilahirkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di negara ini, termasuk di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
“Saya ingin berkongsi dengan para hadirin sekalian. Di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Fakulti Aeroangkasa yang 90 peratus pelajarnya terdiri huffaz.
“Fakulti Kejuruteraan Marin pula sebanyak 93 peratus pelajarnya terdiri daripada mereka telah menjadi huffaz. Bukan sekadar itu, di UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) terdapat 534 huffaz yang mengikuti kursus kejuruteraan, sama ada kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik atau kejuruteraan mekanikal.
“Keputusan peperiksaan pelajar-pelajar ini kebanyakannya memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas. Ini merupakan satu pencapaian yang baik,” katanya. Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyaksikan pemeteraian 10 Memorandum Persefahaman (MoU) strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan agensi agama negeri, IPT dan institusi kemahiran.
Mou itu melibatkan tiga program utama, iaitu Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Sijil Perakuan Hafazan Bertahap dan Program Pensijilan Hafazan Bertahap.
Majlis himpunan turut diserikan dengan ceramah daripada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Prof Dr Abdul Somad Batubara.
BACA: BUDI95: Jimat RM800 Juta Sebulan, Ke Mana Perginya? – PM Anwar
Sumber: BERNAMA
The post Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia Dilaksana Bermula Tahun Hadapan – TPM Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/21/standard-pengiktirafan-tahfiz-malaysia-dilaksana-bermula-tahun-hadapan-tpm-ahmad-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Felcra 2025 Ditetapkan 15 Peratus Dibayar Awal Tahun Depan Ahmad Zahid

Dividen Felcra 2025 Ditetapkan 15 Peratus Dibayar Awal Tahun Depan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 126 hits
KUALA LUMPUR Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad...
Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

Hasrat Thailand Raih 100 Emas Tercalar Malaysia Tamatkan Dominasi 34 Tahun Sepak Takraw

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 125 hits
BANGKOK Hasrat Thailand untuk meraikan pencapaian melepasi 100 pingat emas di Sukan SEA sedikit tercalar apabila seteru tradisi mereka Malaysia mencipta kejutan dengan menewaskan tuan rumah dalam final acara berpasukan lelaki sepak takraw p...
Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan Nanta

Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan Nanta

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 92 hits
Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan Nanta KUALA LUMPUR 18 Dis Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat Menteri ...
Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

Kematian Pelajar Tahfiz Agc Masih Tunggu Siasatan Polis Lepas 12 Tahun

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 130 hits
Kematian pelajar tahfiz AGC masih tunggu siasatan polis lepas 12 tahun Diterbitkan Dec 9 2025 11 37 AM Dikemaskini 11 37 AM Jabatan Peguam Negara masih belum menerima laporan siasatan polis mengenai kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris W...
Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 163 hits
Aliran masuk dana ke pasaran saham kekal memberangsangkan sekali gus menyokong prestasi indeks yang dijangka bergerak dalam julat 1 630 hingga 1 650 mata sehingga hujung tahun ini KUALA LUMPUR 15 Dis Bursa Malaysia naik 5 91 mata kepada 1 6...
Chery Malaysia Umum Tawaran Akhir Tahun Hebat Sertakan Waranti Bateri Tambahan Percuma Untuk Phev

Chery Malaysia Umum Tawaran Akhir Tahun Hebat Sertakan Waranti Bateri Tambahan Percuma Untuk Phev

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 162 hits
KUALA LUMPUR 8 DISEMBER 2025 Chery Malaysia menyambut musim perayaan dengan salah satu promosi akhir tahun paling menarik setakat ini menawarkan rakyat Malaysia peluang terbaik untuk menyambut tahun 2026 dengan kenderaan baharu Pelanggan bo...
Grab Malaysia Lancar Grabshuttle Di Johor Sokong Pelaksanaan Ets3 Bermula Disember 2025

Grab Malaysia Lancar Grabshuttle Di Johor Sokong Pelaksanaan Ets3 Bermula Disember 2025

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 174 hits
Grab Malaysia memperkenalkan perkhidmatan GrabShuttle di Johor sebagai persediaan menyokong pelancaran Electric Train Service 3 yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru mulai 12 Disember 2025 Melalui model GrabShuttle penumpang...
Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 166 hits
BANGKOK Penantian akhirnya berakhir Selepas 10 tahun menunggu beregu wanita negara Pearly Tan M Thinaah menghadiahkan pingat emas pertama buat kem badminton Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025 Kejayaan itu bukan sekadar emas buat negara m...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa

Keputusan Penting Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Keempat Fam

Tinjauan Ekonomi Peperangan Memahami Dinamik War Economy Di Amerika Syarikat

Lirik Lagu Toksik Khai Bahar Yulia Kamelia