Pelaburan Rm3 5 Bilion Bawa Nikmat Ekonomi Kepada Penduduk Melaka


MALAYSIA POST
KERAJAAN negeri Melaka menandatangani perjanjian usahasama pembangunan semula terminal pengangkutan bersepadu di bandar Peringgit dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.
Pembangunan projek di tapak terminal sedia ada itu dimeterai antara anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka iaitu Melaka Sentral dengan syarikat pelabur dan pemaju, Goodyield Development Sdn. Bhd. (GDSB), pada 30 September lepas disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Sulaiman berkata, Melaka Sentral yang akan baharu itu bakal menjadi pemangkin agenda pembangunan ekonomi negeri dan hab pengangkutan termoden di negara ini.
“Pembangunan itu melibatkan keluasan kasar terminal sebanyak 743,775 kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM372 juta yang akan diserahkan secara ‘in kind’ kepada MSSB dan boleh menempatkan 340 ruang niaga untuk disewakan,” katanya.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts. Kamel Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin; Pengurus Besar MSSB, Abu Bakar Jani dan Ahli Lembaga Pengarah GDSB, Datuk Muhammad Hafidz Nuruddin; Pengarah Urusan GDSB, Zahrin Haris dan Ketua Pegawai Eksekutif GDSB, Wellen Remy Rizal.
Projek di atas tapak seluas 18 ekar itu bakal menempatkan lima bangunan terminal utama, pusat beli belah, lot komersial di setiap sektor, masjid, hotel, hab monorel, pusat penganjuran acara, pejabat, klinik, pawagam dan pusat hiburan.
Sulaiman berkata, perjanjian pembinaan terminal ikonik itu akan dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaian Swasta (PFI).
“GDSB sedia menawarkan penyelesaian hutang pinjaman bank MSSB daripada bahagian untung tetap kepada MSSB untuk setiap sektor pembinaan.
“Secara keseluruhan jumlah manfaat kewangan diterima MSSB apabila siap projek pembangunan semula Melaka Sentral ini dianggarkan RM466 juta,” ujar beliau.
Tambahnya, jumlah itu tidak termasuk pendapatan tahunan berbentuk ‘recurring income’ (pendapatan berulang) dari perkongsian hasil sewaan dan pengurusan petak letak kereta yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta hingga RM2 juta setahun,” katanya.
Sulaiman berkata, pembangunan Melaka Sentral akan dilaksanakan melalui lima sektor pembinaan secara berperingkat-peringkat yang dijangka bermula pada Jun 2022 dan disiap sepenuhnya pada tahun 2029.
“Bagi sektor pertama, projek ini merangkumi pembangunan bangunan terminal utama untuk ketibaan dan pelepasan, blok kondomium, hotel, 18 buah pawagam dan lot komersial yang dijangka siap pada 2024.
“Sektor kedua melibatkan terminal ekspres wilayah selatan, satu block kondominium, zon hiburan dan ruang komersial yang akan disiapkan pada Jun 2025.
“Sektor ketiga pula adalah terminal ekspres wilayah tengah, dua blok kondominium dan lot komersial yang siap pada Disember 2026.
“Sektor keempat terminal ekspres wilayah utara, satu blok kondominium dan ruang komersial yang akan siap pada 2028 dan terakhir terminal ekspres bagi wilayah timur, sebuah masjid, satu blok kondominium, hab monorel, dewan banquet dan ruang komersial yang dijangka siap pada 2029,” katanya.
Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Sentral Sdn. Bhd. (MSSB) Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin berkata, pembinaan zon ekonomi baharu itu diharap akan memberi ‘limpahan rezeki’ kepada rakyat negeri itu khususnya.
Katanya, selain menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan, projek itu juga akan dipastikan memberi keutamaan dan manfaat kepada syarikat-syarikat kontraktor tempatan dalam kontrak pembinaannya.
“Saya juga sudah pesan kepada pemaju iaitu Goodyield Development Sdn Bhd (GDSB) supaya memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan.
“Apa guna kita ada pembangunan yang besar kalau syarikat tempatan tidak dapat nikmat darinya. Pihak pemaju juga telah bersetuju memperuntukkan beberapa peratus kerja-kerja pembinaan untuk tujuan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GDSB, Wellen Remy Rizal ketika menjelaskan pembinaan projek itu berkata, pembinaan Melaka Sentral akan mengadaptasi konsep dan reka bentuk pasca-Covid-19 dan teknologi 5G.
“Cadangan pembangunan kita reka dan kemaskan dengan konsep pasca Covid-19 untuk kesesuaian cara hidup dengan norma baharu untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak.
“Misalnya, ia dirancang secara berbeza dengan menggantikan ruang-ruang yang rapat dan sempit dengan lebih banyak binaan terbuka,” katanya.
Selain itu tambahnya, keseluruhan bangunan yang turut menempatkan unit kediaman kondominum setinggi 38 tingkat itu juga dibina dengan memaksimumkan kemudahan berteknologi 5G.
“Projek Melaka Sentral akan dibangunkan dengan konsep teknologi 5G terbina dalam, berbeza dengan bangunan-bangunan lain yang dibina tanpa memikirkan potensi teknologi itu.
“Ini termasuk adaptasi teknologi 5G yang akan digunakan secara menyeluruh sama ada dari pihak pengurusan bangunan, peniaga dan juga pengunjung,” katanya.
Mengulas lanjut, projek Melaka Sentral katanya dibangunkan bertema ‘5 Kelopak Bunga Kesidang’ yang merupakan bunga rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
“Terminal ini dipecahkan kepada 5 sektor utama yang setiap satunya dihubung dengan laluan penyambung termasuk jejantas, laluan pejalan kaki dan basikal,” jelasnya.-MalaysiaPost
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/pelaburan-rm35-bilion-bawa-nikmat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Belanja Lebih Rm3 Bilion Tangani Covid 19

Sabah Belanja Lebih Rm3 Bilion Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 313 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan N...
Kearjaan Umum Pelaburan Rm107 Bilion Datang Dari Mana

Kearjaan Umum Pelaburan Rm107 Bilion Datang Dari Mana

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 277 hits
Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 tidak menyediakan kerangka menyeluruh dalam Rancangan Malaysia Ke 12 mengenai hala tuju pekerjaan anak muda Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid ketiadaan kerangka menyeluruh peluang peker...
Ph Mahu Bawa Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Ke Mahkamah

Ph Mahu Bawa Keabsahan Kerajaan Sementara Melaka Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 357 hits
PH mahu bawa keabsahan kerajaan sementara Melaka ke mahkamah Pakatan Harapan akan menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan keabsahan kerajaan sementara negeri Melaka di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali Kata Pengerusi PH...
Ada Tiga Singa Kuasai Melaka

Ada Tiga Singa Kuasai Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 202 hits
Hassan Omaram hmetro com myNOR Azman menangis ketika meluahkan perasaan pada sidang media penjelasan mengenai kemelut politik Melaka Turut serta Idris FOTO Syafeeq AhmadMelaka Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan ...
Anwar Says It Is Illegal To Dissolve Dun Melaka

Anwar Says It Is Illegal To Dissolve Dun Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 245 hits
Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam had erred in his decision to call for the dissolution of the Melaka state assembly the Pakatan Harapan Presidential Council said today In a statement after a council meeting PH said the dissolution w...
Umno Pasti Menang Besar Di Melaka Kata Pengikut Fanatik Najib

Umno Pasti Menang Besar Di Melaka Kata Pengikut Fanatik Najib

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 214 hits
agendaily com6 10 2021Isham Jalil Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil hari ini melahirkan keyakinan bahawa BN mempunyai peluang cerah untuk menang besar pada Pilihan Raya Negeri Melaka Menurut bekas pegawai khas Datuk Ser...
Kera Kera Jagaan Di Melaka Jatuh Pasal Duit Elit Dan Kroni Rebut Harta Rakyat Marhaen Rebut Duit Rakyat Marhaen

Kera Kera Jagaan Di Melaka Jatuh Pasal Duit Elit Dan Kroni Rebut Harta Rakyat Marhaen Rebut Duit Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 265 hits
Maka adalah terjadinya bocor akan rahsia dan muslihat pada negeri Melaka selorohnya Panglima dan pang enam tidak kurang pang empat sekali bersubahat dan bertikam untuk mendapatkan peti emas tersimpan di bawah laut Ingat baik baik Main di te...
Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

Netizen Kecam Cadangan Zahid Isytihar Darurat Di Melaka Kenapa Tak Buat Mageran Masa Umno Gulingkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 201 hits
October 6 2021 Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak Inilah...
Pirane Melaka Jadi Petunjuk Piraum Ke 15

Pirane Melaka Jadi Petunjuk Piraum Ke 15

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 274 hits
SESUDAH SUBUHKENYATAANYA Dewan Undangan Negeri Melaka telah terbubar tanggal 4 Oktober apabila Tuan Yang Terutama Mohd Ali Rustam bersetuju mendengar nasihat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali agar DUN dibubarkan untuk mengatasi kemelut politik ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi