Pirane Melaka Jadi Petunjuk Piraum Ke 15


SESUDAH SUBUH

KENYATAANYA, Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka telah terbubar tanggal 4 Oktober apabila Tuan Yang Terutama (TYT) Mohd Ali Rustam bersetuju mendengar nasihat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali agar DUN dibubarkan untuk mengatasi kemelut politik di negeri itu. 

Nasihat itu dikemukakan ekoran jatuhnya kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman apabila empat orang Adun daripada blok kerajaan telah menarik sokongan kepada Ketua Menteri itu.
Empat Adun itu ialah Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) keduanya daripada BN, dan Norhisham Hassan (Bebas) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu).
Kejatuhan kerajaan Melaka, khasnya Sulaiman Md Ali sama dengan apa dialami Mahiaddin Yassin di Persekutuan lebih sebulan lalu. Kerajaan Mahiaddin tumbang apabila 15 orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepadanya. Bagaimana pun keadaan di Melaka berbeza dan lebih tragis lagi apabila ia membawa kepada pembubar Dun Melaka.
Ali Rustam tidak memberi peluang kepada parti lain (PH) untuk menubuhkan kerajaan.  Walhal kalau ikut apa yang berlaku sebelum ini (precedent), di Johor dan Perak, pertukaran Menteri Besar atau terbubarnya kerajaan sebelumnya (tanpa pilihan raya) tidak sampai membawa kepada pembubaran Dun, sebaliknya Menteri Besar baru dilantik dari kalangan blok yang mempunyai majoriti.
Di Perak apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tumbang apabila berlaku penarikan sokongan, Dun tidak dibubarkan, tetapi pihak Istana bersetuju melantik Menteri Besar baru, keadaan itu berulang sekali lagi apabila kerajaan PH tumbang, dimana Sultan Perak bersetuju melantik MB baru berasaskan kepada jumlah sokongan (SD). 
Demikian juga di Johor apabila kerajaan PH jatuh, Dun Johor tidak dibubarkan, Sultan Johor bersetuju melantik kerajaan baru (Umno). 
Di Melaka PH yang mempunyai 11 suara dipercayai cukup majoriti untuk membentuk semula kerajaannya apabila empat Adun dari blok kerajaan yang menarik sokongan itu berhasrat untuk menyokong PH. Bagaimana pun Ali Rustam tidak sedia mengulangi apa yang berlaku di Melaka sebelum ini yang dilakukan sendirinya, di mana semasa kerajaan PH jatuh beliau membenarkan Umno membentuk kerajaan dengan Sulaiman sebagai Ketua Menteri. 
Ketika kerajaan PH tumbang lalu apabila berlaku "pengkhianatan" empat Adun menarik sokongan, Mohd Ali Rustam enggan membubarkan Dun Melaka bagi membolehkan pilihan raya diadakan dan mengembalikan mandat kepada rakyat. Difahamkan bekas Ketua Menteri Adly Zahari mengemukakan cadangan agar Dun dibubarkan. Tampaknya Mohd Ali bersikap double standard dalam hal ini. Ini tidak menghairankan kerana Mohd Ali sendiri merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan seorang ahli Umno.
Dengan pembubaran DUN Melaka itu, pilihan raya akan diadakan dalam temph 60 hari seperti menurut Perlembagaan negara. Pewartaan pembubaran Dun dibuat hari ini 5 Oktober. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah menerima pemakluman terbubarnya DUN Melaka, dan akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh pilihan raya. 
Pun begitu memandangkan keadaan pandemik masih belum reda, menjadi tanda tanya apakah pilihan raya akan diadakan atau tidak? Ada cadangan supaya pihak Majlis Keselamatan (MKN) dan Kementerian Kesihatan serta pihak berwajib lain memberi petua apakah wajar pilihan raya diadakan dalam suasana sekarang. Negara masih lagi diselubungi pandemik Covid yang belum reda, kes harian masih lagi empat angka. Kewajaran mengadakan pilihan raya dalam suasana sekarang ini perlu dilihat secara halus dan rasional. 
Apa yang berlaku di Sabah sebelum ini, mungkin akan dijadikan ukuran dan pertimbangan. Pilihan raya negeri di bawah bayu itu diadakan ketika pandemik Covid-19 mula menyerang negara. Gara-gara pilihan raya negeri Sabah diadakan menyebabkan pandemik Covid merebak. Sekiranya apa yang berlaku di Sabah itu diambil pengajaran, ada kemungkinan pilihan raya negeri Melaka itu ditangguhkan ke suatu ketika sehingga keadaan pandemik benar-benar pulih. 
Mungkin ada kaedah atau mekanisme tertentu bagi membolehkan pilihan raya tidak diadakan dalam tempoh 60 hari. Antaranya dengan cara meletakkan Melaka dalam keadaan darurat. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menggunakan kebijakan dan budi bicara untuk mengatasi masalah itu. Atau kalaupun "gila" juga untuk diadakan pilihan raya mungkin SOP berpilihan raya cara baru dikenakan.  
Apapun Pirane Melaka sesuatu yang menarik perhatian umum. Pilihan raya itu akan membawa signifikan tersendiri. Ia boleh menjawab beberapa persoalan yang mengganggu kepala umum ketika ini. Pilihan raya itu akan menjawab dan menjadi indikator kepada suasana politik ketika ini. Politik negara masih bercelaru dan ditandai dengan tanda soal besar, kelompok mana sebenarnya diyakini rakyat setelah tumbangnya kerajaan PH yang dibentuk menerusi mandat rakyat. Pirane itu nanti diadakan dalam keadaan kepala rakyat pening-pening lalat. 
Persoalan menarik dengan Pirane Melaka itu nanti akan menjawab beberapa perkara. Misalnya kedudukan atau akan menjawab hubungan komponen BN dengan PN? Kita tahu sekarang ini BN yang ditonggaki Umno tidak bersetuju dengan PN yang didominasi Bersatu. Malahan mereka bermusuh antara satu sama lain. Umno mencurigai PN yang mana Bersatu ada niat untuk menguburnya. 
Kerenggang atau perseteruan Umno dengan Bersatu itu juga menyulitkan hubungan kedua-dua parti itu dengan Pas, si janda keriput yang menjadi rebutan. Baik Umno maupun Bersatu memerlukan Pas, tetapi anehnya mereka tidak boleh bersama. Keadaan ini meletakkan Pas dalam keadaan genting dan serba salah sehingga diberikan formula songsang demi mendamaikan kedua parti itu. 
Sekiranya Umno bekerjasama dengan Pas, apakah kesediaan Pas itu diterima Bersatu. Sebaliknya begitu juga, sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno, Bersatu tidak akan bersetuju. BN dan PN serta Pas akan menghadapi Pirane Melaka dalam suasana tidak menentu dan sepadu. 
Masalah yang akan timbul saat pembahagian kerusi. Dalam Piraum ke-14 lalu, berlaku perlawanan tiga penjuru. Ketiga-tiga parti itu bergerak berasingan. Umno dalam BN, Bersatu dalam PH dan Pas bersendirian. BN dan Pas bertanding semua 28 kerusi, sementara Bersatu bertanding enam (6) kerusi sahaja. 
Pihak yang tidak mahu melihat Melaka jatuh kepada pembangkang (PH) kerana prejudis dan persepsi, mahu ketiga-tiga parti itu bergabung untuk menghadapi pilihan raya itu secara bersama. Ketiga parti itu diharap menemui satu formula. Sekiranya ada jalan penyelesaian, peluang untuk mereka menguasai Melaka lebih besar. Sebaliknya kalau berlaku pertandingan tiga penjuru, di mana Umno bersendiri, Bersatu pula di pihak lain, ia menjejaskan peluang mereka. Apa lagi masa ini PH dilihat solid bersatu dan tenang. 
Macam manakah pembahagian kerusi akan dilakukan nanti? Dalam pilihan raya lalu BN (Umno) dan Pas bertanding disemua semua 28 kerusi. Sementara Bersatu menerusi PH bertanding di enam kerusi sahaja. Hari ini Bersatu melaungkan egonya akan berhadapan dengan Umno disemua kerusi. Mereka tidak akan berkompromi. Begitu juga dipihak Umno mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu. Mengambil kira kenyataan itu memberi gambaran Pirane Melaka itu tidak dapat dielakkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru, BN, PN dan PH. 
Pas walaupun bertanding di semua kerusi dalam Piraum lalu, kali ini tidak lagi akan berbuat demikian kerana mereka kini bukan seghairah dahulu. Keberadaan mereka dalam kerajaan, pemimpinnya merasai empuk kerusi kenderaan rasmi dan lumaya elaun dan gaji menjadikan Pas lebih insaf dan rasional. Dipercayai dalam Pirane Melaka itu nanti Pas akan bertanding di beberapa kerusi sahaja, tidak lagi semua kerusi.
Seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi peluang baik kepada PH. Dengan kesatuan dan kerjasama yang tergambar hari ini PH berada dalam keadaan yang baik untuk menguasai kerajaan Melaka. 
Kekecewaan rakyat kerana kerajaan PH yang mereka harapkan sebelum ini untuk melakukan perubahan,  tetapi disentap oleh BN, memberi kelebihan kepada PH. Rakyat Melaka yang tidak berpuas hati dan terpesona dengan pimpinan sederhana Adly Zahari dan yang mementing rakyat akan menebus pengkhianatan oleh Umno itu menerusi Pirane nanti.
Bukan itu sahaja, perpecahan dalam Umno juga menjadikan parti itu berada dalam keadaan tidak mantap. Perlu difahami kenapa kerajaan Sulaiman jatuh kerana wujudnya pergeseran dan perbalahan sesama sendiri dalam Umno. Ia digerak oleh mantan Ketua Menteri Idris yang tidak kurang pengaruhnya. Situasi itu tidak membantu Umno untuk menghadapi Pirane itu dalam keadaan selesa.
Apakah dalam pilihan raya nanti Idris dan Nor Azman akan pertahankan kerusinya menerusi tikit PH? 
Lain-lain faktor kenapa PH dilihat berada dipihak yang cukup bersedia, dilihat kepada keadaan DAP salah satu komponen dalam PH masih utuh dan pengundi di kawasan Cina tidak diramalkan banyak berubah. Pencapaian100 peratus DAP dalam Piraum lalu akan membantu PH untuk menguasai Melaka dalam Pirane nanti. 
Selain Pirane itu memberi petunjuk kepada kekuatan dan kelemahan parti-parti politik, ia akan menjadi petanda juga kepada suasana politik Malaysia seluruhnya. Keputusan pilihan raya di Melaka nanti akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-15 kelak. Justeru Pirane Melaka itu sangat penting untuk semua komponen parti menyuluh ke dalam diri masing-masing walaupun ia membazir dan merugikan negara. [wm.kl. 8:18 am 06/10/2021] * tanpa edit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/pirane-melaka-jadi-petunjuk-piraum-ke-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

Prn Melaka Jangan Jadi Macam Sabah Kata A Kadir

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 294 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSelepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka menarik sokongan dari kerajaan negeri DUN diumumkan bubar hari ini dan bakal memberi laluan kepada pilihan raya negeri mengejut Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin membe...
Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

Dun Melaka Dibubar Pilihan Raya Negeri Jadi Pilihan Atasi Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysiakini Akhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan ...
Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

Umno Perlu Tanggungjawab Jika Prn Melaka Jejas Kesihatan Awam Kata Pkr

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 484 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONUmno harus bertanggungjawab jika Pilihan Raya Negeri Melaka menjejaskan kesihatan orang ramai kerana keputusan melaksanakan pilihan raya dalam waktu pandemik Covid 19 ini meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan Bahkan...
Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

Umno Sokong Dun Melaka Bubar Yakin Menang Zahid

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 264 hits
agendaily com5 10 2021Dewan Undangan Negeri Melaka Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka mendapat sokongan UMNO dan yakin akan dapat menyapu bersih semua kerusi sekiranya Pilihan Raya Negeri diadakan kata Presidennya Datuk Seri ...
Pn Melaka Pelawa Umno Kerjasama Elak Pertembungan Kerusi Lawan Ph

Pn Melaka Pelawa Umno Kerjasama Elak Pertembungan Kerusi Lawan Ph

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 267 hits
October 5 2021 6 00 PMPengerusi PN Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata perundingan antara Bersatu Umno dan PAS penting bagi mengelakkan pertandingan tiga atau empat penjuru ketika berhadapan calon Pakatan Harapan PETALING JAYA Perikatan...
Langkah Melaka Adalah Trial Exam Untuk Pru15

Langkah Melaka Adalah Trial Exam Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 241 hits
Adakah Umno akan berpakat dengan Perikatan Nasional atau pun berpakat dengan Pakatan Harapan untuk PRU15 Atau adakah Umno akan lawan Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan atau lawan kedua duanya sekali di dalam pertandingan tiga penju...
Melaka A Testing Ground For Umno Bersatu Fight Say Analysts

Melaka A Testing Ground For Umno Bersatu Fight Say Analysts

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 264 hits
If state assembly elections are called in Melaka the battle will be a litmus test for when Umno and Bersatu square off at the next general election say two political analysts James Chin of the University of Tasmania s Asia Institute said th...
Dun Melaka Bubar Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

Dun Melaka Bubar Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 Hari

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 361 hits
Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri akan diadakan selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri negeri itu Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Ab Rauf Yusoh sebe...
Pn Melaka Kesal Terhadap Pembubaran Dun

Pn Melaka Kesal Terhadap Pembubaran Dun

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 306 hits
PN Melaka berpendirian bahawa segala fokus diberikan kepada usaha memulihkan negeri Melaka daripada COVID 19
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation