Pekerja Asing Disaring Positif Turun Drastik Kepada 28 Orang


Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA: Setelah merekodkan kenaikan dua hari berturut-turut, jumlah pekerja warga asing yang positif setelah saringan Covid-19 di seluruh negara semalam menurun.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka direkodkan Kementerian Sumber Manusia ialah 28 orang berbanding 299 orang.
“Pihak kementerian memaklumkan sejumlah 7,003 pekerja warga asing sudah jalani saringan wajib tersebut di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Secara kumulatif jelasnya, sejak 1 Disember tahun lalu, seramai 312,623 individu telah selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 13,533 majikan.
Katanya, daripada jumlah itu, cuma 6,093 pekerja warga asing yang disahkan positif wabak maut berkenaan manakala selebihnya iaitu seramai 306,530 orang lagi adalah negatif.
Sebanyak 1,268 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing.
Mulai 1 Februari, ujian yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu turut meliputi kepada baki sembilan negeri dan juga Putrajaya.0
Sebelum itu katanya, arahan tersebut hanya melibatkan pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Kuala Lumpur dan Labuan.
Keperluan saringan ini diwajibkan oleh kerajaan menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan pematuhan dipantau Kementerian Sumber Manusia.
Proses saringan tersebut, hanya menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan Kementerian Kesihatan dengan kos kit ujian tersebut dibiayai sepenuhnya Perkeso.
Kementerian Sumber Manusia menetapkan tempoh akhir sehingga 28 Februari ini kepada semua majikan di seluruh negara melakukan saringan untuk pekerja asing digajikan mereka.
Majikan turut diberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Pas Lawatan Kerja Sementara untuk pekerja mereka tidak akan diperbaharui Jabatan Imigresen. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pekerja-asing-disaring-positif-turun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Asing Di Restoran Pun Akan Disaring

Pekerja Asing Di Restoran Pun Akan Disaring

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 198 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Kerajaan berkemungkinan besar akan memperluaskan program saringan Covid 19 ke atas semua warga asing yang bertugas di setiap restoran di seluruh negara Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismai...
S Pura Saring 55k Pekerja Asing Kematian Bertambah Taksampai 8 Orang

S Pura Saring 55k Pekerja Asing Kematian Bertambah Taksampai 8 Orang

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 171 hits
Semalam Ketua pengarah kesihatan ada menyentuh 2 kematian pada usi yang muda tanpa sebarang rekod sakit kritikal akibat Covid 19 Semalam juga kita dengar ada anggota PDRM yang terpaksa kuarantin kendiri di rumah Meninggal Dunia Seminggu lep...
Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

Terkini Paling Tinggi Hari Ini 5 728 Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 381 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan status terkini kes positif Covid 19 di Malaysia setakat hari ini 30 Januari 2021 adalah sebanyak 5 728 kes Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita meningkat kepada 209 661 ...
Usai Divaksin Wakil Wali Kota Depok Malah Positif Corona

Usai Divaksin Wakil Wali Kota Depok Malah Positif Corona

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 205 hits
Wakil Wali Kota Depok Pradi Supriatna positif Corona Ia sempat menjalani vaksinasi COVID 19 dosis pertama pada pertengahan Januari lalu Berikut ini kronologi Pradi Supriatna hingga dinyatakan positif COVID 19 14 Januari 2021Pradi Supriatna ...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank