Pekan Beaufort Bah Penduduk Sukar Dapat Barang Keperluan


 
Paras air tinggi menyukarkan penduduk mendapatkan bekalan asas seperti beras, selain gula dan minyak masak habis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penduduk di daerah Beaufort kini berdepan kesukaran mencari barangan keperluan khususnya makanan apabila pekan itu yang menjadi nadi aktiviti ekonomi serta kehidupan mereka dilanda banjir, sejak Jumaat lalu.
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.
Tinjauan mendapati penduduk sukar memperoleh barangan keperluan harian kerana semua kedai ditutup, malah ada kedai yang tenggelam sehingga paras dada, selain terpaksa menggunakan bot untuk ke pekan kerana paras air amat tinggi.
Seorang guru Florance Jerome, 44, berkata beliau bersama kakitangan Sekolah Kebangsaan St John serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu sedang berusaha mendapatkan bekalan makanan serta keperluan untuk mereka yang terjejas.
“Pengawal keselamatan di sekolah juga terputus bekalan makanan sejak Jumaat lepas kerana banjir belum surut, begitu juga penduduk sekitar. Dari pagi tadi kami cuba untuk dapatkan bekalan tetapi agak sukar terutama mahu lepasi banjir di pekan ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, bomba Sabah ada membantu, namun diharapkan lebih ramai dapat tampil terutama dalam menyediakan bot untuk pemindahan dan penyaluran bekalan makanan.
Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 4,159 daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Kontraktor binaan Awang Razali Awang Damit, 52, berkata beberapa bekalan harian seperti beras masih boleh didapati di kedai runcit tertentu di pinggir bandar namun dalam kuantiti yang amat sedikit dan barangan permintaan tinggi seperti gula dan minyak masak telah kehabisan.
“Kedai di pekan akan ambil masa lama untuk pulih walaupun banjir sudah surut nanti, kerana habis tenggelam…jadi penduduk terpaksa cari alternatif lain seperti ke pekan lain tetapi itu agak jauh,” katanya.
Pekan Beaufort terletak 97km arah selatan dari Kota Kinabalu dan pekan terdekat seperti Kuala Penyu sejauh 40km, Papar (54km) serta Menumbok (63km), namun jalan terjejas di kawasan sekitar antaranya di Membakut menyukarkan pergerakan penduduk.
Suri rumah Normah Sulaiman, 58, berkata kereta api merupakan penghubung penting antara kawasan luar bandar dengan pedalaman serta ke bandar besar seperti Kota Kinabalu, justeru penduduk menghadapi kesukaran apabila perkhidmatan itu terjejas.
“Ramai bergantung kepada kereta api untuk ke Kota Kinabalu sama ada untuk bekerja atau melawat saudara-mara. Ia pilihan paling jimat dan selamat, terutama untuk warga emas seperti saya yang tidak mampu memandu jauh,” katanya yang berharap perkhidmatan itu segera pulih.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Keretapi Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama berkata landasan menghubungkan Stesen Beaufort dan Stesen Membakut masih tidak dapat digunakan, justeru perkhidmatan keretapi hanya disediakan dari Stesen Sembulan, Kota Kinabalu ke Stesen Bongawan pada masa ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/pekan-beaufort-bah-penduduk-sukar-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lengkap Barang Keperluan Masuk Asrama Pelajar Lelaki Dan Perempuan

Senarai Lengkap Barang Keperluan Masuk Asrama Pelajar Lelaki Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 169 hits
Senarai Lengkap Barang Keperluan Masuk Asrama Pelajar Lelaki Dan PerempuanTinggal di asrama merupakan satu pengalaman baru yang mencabar bagi sesetengah pelajar terutama bagi mereka yang pertama kali berjauhan daripada keluarga Oleh itu den...
Hiburan Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah Bod H La Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment

Hiburan Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah Bod H La Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 156 hits
Tular di media sosial rakaman yang memaparkan pergaduhan di sebuah pangsapuri di Ukay Perdana Ampang Jaya dan ia menjadi bualan netizen kerana sikap sebuah keluarga yang naik angin apabila disuruh buang barangan yang memenuhi kawasan korido...
Ridzuan Ridzokumura Ralat Tak Sempat Tunai Permintaan Isteri Ajak Beli Barang Dapur Nak Sambut Puasa

Ridzuan Ridzokumura Ralat Tak Sempat Tunai Permintaan Isteri Ajak Beli Barang Dapur Nak Sambut Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 183 hits
Usahawan Ridzuan Ridzokumura ralat tak sempat tunai permintaan isterinya Akiko Okumura yang mengajaknya membeli barang dapur bagi menyambut bulan puasa pada 2 Mac nanti Memetik laporan dari Mstar Ridzuan menyatakan Akiko ada mintanya untuk ...
Bunuh Wanita Untuk Curi Barang Kemas Namun Semuanya Palsu

Bunuh Wanita Untuk Curi Barang Kemas Namun Semuanya Palsu

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 125 hits
AgensiKAWASAN sawah padi lokasi Noi ditemui selepas dibunuh lelaki yang merompak barang kemasnya FOTO AgensiBangkok Seorang lelaki Thailand ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dan membuangnya mayatnya di sawah padi di wilayah ten...
Barang Rumah Ni Beli Jangan Simpan Terus Pakai Raikan Diri Sendiri Keluarga

Barang Rumah Ni Beli Jangan Simpan Terus Pakai Raikan Diri Sendiri Keluarga

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 144 hits
Kita selalu melebihkan tetamu walhal diri kita sendiri juga perlu diraikan setiap hari Sebenarnya setiap kali kita membeli barangan dan kelengkapan rumah sebaiknya terus guna saja jangan simpan Perkongsian dari Nurlia Mohd Nor ini sememangn...
Rasisme Normalisasi Hipokrasi Dan Keperluan Perubahan

Rasisme Normalisasi Hipokrasi Dan Keperluan Perubahan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 95 hits
Isu penggunaan papan tanda berunsur rasis yang baru baru ini tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan dan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat Walaupun telah memohon maaf setelah dikritik oleh orang ramai dan ahli politik ...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 275 hits
Susulan insiden warga emas meninggal dunia di sebuah Bazar Ramadan semalam Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan unit kesihatan khas di setiap bazar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad...
Kerajaan Pahang Sediakan Baucar Pembelian Barangan Makanan Dan Keperluan Bantu Golongan Memerlukan

Kerajaan Pahang Sediakan Baucar Pembelian Barangan Makanan Dan Keperluan Bantu Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 113 hits
BERA Kerajaan Pahang mengambil inisiatif terkini dengan memperkenalkan baucar bagi pembelian barangan makanan dan keperluan di beberapa pasar raya terpilih dalam usaha membantu golongan memerlukan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Isma...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

Dolla Mwa Chord

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye