Pejuang Tak Mahu Kes Daim Ditutup Tuntut Ag Sprm Jawab Tuduhan





Parti Pejuang Tanah Air tidak bersetuju tindakan pihak berkuasa membatalkan pertuduhan terhadap sahabat lamanya, Daim Zainuddin, yang meninggal dunia pada 13 Nov lalu.
Ketua penerangannya Rafique Rashid menuntut Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki untuk menjawab apakah benar allahyarham telah mencuri wang rakyat.
Ini selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Allahyarham daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan aset di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah, susulan permohonan timbalan pendakwa raya.
Tanpa menyebut nama Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Rafique berkata "penguasa" itu sebelum ini mengulang retorik untuk memerangi rasuah dan mengembalikan dana yang telah dicuri kepada rakyat.
"Apa yang berlaku kepada usaha untuk menuntut semula wang rakyat yang kononnya dicuri oleh pemimpin terdahulu ketika berkuasa.
“Peguam negara dan ketua suruhanjaya SPRM mesti mengeluarkan kenyataan rasmi. Adakah Daim mencuri dana awam dalam jumlah berbilion-bilion?” soalnya dalam satu kenyataan.
Selagi tiada kenyataan rasmi khusus mengenai perkara ini, Rafique berkata orang ramai akan tertanya-tanya mengenai kebenarannya.
“Kenyataan itu tidak semestinya teknikal dari perspektif undang-undang. (Menjawab sama ada) Daim mencuri atau tidak sudah memadai,” katanya lagi.
Rafique juga menyatakan bahawa balu Daim, Na'imah Abdul Khalid tidak mahu kes itu ditutup untuk membersihkan nama suaminya.
"Rakyat digalakkan untuk memikirkan perkara ini," tambahnya.
Susulan kematian Daim, Rafique berkata Allahyarham sepatutnya dihargai atas sumbangannya tetapi sebaliknya difitnah.
"Saya sedih tidak terkata. Dia patut dipuji atas sumbangannya kepada perjuangan (untuk bangsa, negara, agama).
"Tetapi pada akhir hayatnya, dia dikutuk tanpa sebab. Tiada sebab! Melainkan untuk membalas dendam," tambahnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/pejuang-tak-mahu-kes-daim-ditutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 235 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

Sprm Sahkan 5 Yb Telah Dipanggil Dalam Kes Skandal Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 211 hits
SITI NUR ZAWANISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral SPRM berkata setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam per...
Mahkamah Bebaskan Daim Tapi Sprm Masih Teruskan Siasatan Ini Puncanya

Mahkamah Bebaskan Daim Tapi Sprm Masih Teruskan Siasatan Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 276 hits
HarapandailyNovember 22 2024Mahkamah pada Rabu lalu telah membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada tuduhan gagal mengisytiharkan harta Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memaklumkan siasatan terhadap bek...
Laporan Sprm Dibuat Terhadap Bekas Pegawai Kanan Syarikat Perlombongan Sabah

Laporan Sprm Dibuat Terhadap Bekas Pegawai Kanan Syarikat Perlombongan Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 226 hits
Malaysiakini nbsp Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas pegawai kanan sebuah syarikat perlombongan di Sabah yang didakwa menyalahgunakan kuasa Sumber memberitahu FMT dakwaan itu berkisar hubungan r...
Rasuah Sprm Gempur Kegiatan Lombong Bauksit Haram Seorang Pegawai Agensi Kerajaan Negeri Ditahan

Rasuah Sprm Gempur Kegiatan Lombong Bauksit Haram Seorang Pegawai Agensi Kerajaan Negeri Ditahan

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 256 hits
FMT ReportersSPRM turut menahan seorang pegawai agensi kerajaan negeri yang dipercayai menerima rasuah untuk melindungi kegiatan haram itu Tiga suspek direman enam hari untuk siasatan rasuah membabitkan kegiatan melombong bauksit tanpa meng...
Sprm Belu Akaun Bersatu

Sprm Belu Akaun Bersatu

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 201 hits
SPRM BEKU AKAUN PARTI BERSATU 1 Akaun 1 RM 300 juta2 Akaun 2 RM 1 500 juta3 Akaun 3 RM 1 000 jutaJumlah RM 2 8 bilion Itu baki selepas PRU 15 Di mana TSMY dia dapat bagitu byk duit Parti UMNO yg memerintah negara lebih 60 tahun pun TAK ada ...
Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan membabitkan kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sek...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Malaysia International Trade And Exhibition Centre

Pulanglah Ke Malaysia Tpm Rayu Pelajar Di New Zealand Berkhidmat Di Tanah Air

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization

Miniatur Bus Haryanto Hr079 Jetbus2 Hhd

Cost Of Webflow Website Design What Businesses Should Expect In 2025

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

The Invisible Club