Pejuang Melayu Sendiri Menolak Anti Diskriminasi Pengambilan Pekerja Hahahaha


Cadangan peruntukan baru dalam dalam Akta Pekerjaan 1955 untuk membendung diskriminasi dalam prapengambilan pekerja dikatakan ditarik balik selepas menerima bantahan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Keputusan itu diambil di sebalik janji Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran untuk meminda undang-undang bagi menangani isu berkaitan diskriminasi di tempat kerja.

"Ia memang benar. Ada perbincangan dan mereka memutuskan untuk tidak meneruskan perkara itu (peruntukan itu). Kami sebenarnya menyatakan pendirian kami jauh lebih awal kepada kementerian," kata pengarah eksekutif MEF Shamsuddin Bardan ketika dihubungi.

Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan ulasan dan masih menunggu maklum balas.

Berdasarkan cadangan pindaan dalam Akta Kerja 1955, yang disiarkan di laman web kementerian itu pada Sept 2018, ada lebih daripada 50 pindaan yang dicadangkan.

Antaranya peruntukan baru untuk "prapekerjaan", yang menyatakan "majikan tidak boleh mendiskriminasi pencari kerja berdasarkan jantina, agama, kaum, kecacatan, bahasa, status perkahwinan dan kehamilan".

Majikan boleh disiasat pihak berkuasa jika terdapat sebarang aduan berkenaan dakwaan diskriminasi dan pelanggaran arahan akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Pada Ogos lalu, Kulasegaran berkata cadangan pindaan akan dibentang ketika sidang parlimen akan datang selepas selesai sesi libat urus awam dan diluluskan kabinet.


Akta Pekerjaan tak boleh kawal "prapekerjaan"

Menurut Shamsuddin, Akta Pekerjaan hanya boleh menyentuh perkara antara majikan dan pekerja, maka peruntukan "sebelum pekerjaan" tidak boleh dimasukkan.

"Pekerja perlu terlebih dulu diambil kerja, baru akta itu terpakai. Ia tidak meliputi isu tentang pra-pekerjaan," katanya.

Katanya lagi, Akta Pekerjaan akan bertentangan dengan prinsipnya dan menjadi tidak terpakai jika ia meliputi soal sebelum pekerjaan.

Ditanya berkenaan cadangan alternatif untuk menangani masalah diskriminasi, beliau berkata kerajaan boleh memperkenalkan garis panduan untuk mendidik majikan.

"Kementerian boleh keluarkan garis panduan agar majikan menjadi lebih bertanggungjawab," katanya, sambil menambah isu diskriminasi tidak semestinya ditangani dengan undang-undang.

Sementara itu, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan menafikan hujah itu dan menegaskan kepentingan peruntukan antidiskriminasi.

"Kemasukan perlindungan kepada pencari kerja daripada diskriminasi dalam akta itu bukan saja munasabah tetapi ia perlu digubal. Di negara dengan demokrasi matang pun, ada undang-undang memadai untuk memastikan kesamaan dan tiada diskriminasi," katanya menerusi emel kepada Malaysiakini.

Beliau turut menjelaskan akta pekerjaan di negara ini menetapkan standard mininum berkenaan pekerjaan, kewajiban dan tugas statutori yang dikuatkuasakan Jabatan Buruh.

"Walaupun proses pengambilan kerja ialah 'pra-pekerjaan', tiada halangan untuk mengenakan kewajiban dan tugas statutori kepada majikan berkaitan antidiskriminasi dan kesamaan.

"Tugas statutori ini boleh dikenakan ke atas majikan, dan mungkin peruntukan boleh dimasukkan dalam cadangan pindaan berkenaan tindakan terhadap majikan yang melanggarnya," katanya lagi.


Undang-undang baru sebagai alternatif

Pada masa ini, Akta Pekerjaan hanya terpakai kepada segmen pekerja tertentu, seperti pekerja dengan gaji bulanan kurang dariada RM2,000, dan pekerja bidang buruh seperti operator pengangutan dan penyelia.

Menurut Ragunath lagi, peruntukan antidiskriminasi juga perlu dimasukkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan untuk melindungi hak buruh dengan lebih luas.

"Jika ia dianggap terlalu sukar, kita mungkin boleh melihat pilihan Akta Kesaksamaan (Equality Act) seperti di United Kindom," katanya lagi.

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph, yang merupakan kalangan yang menyertai rundingan awam dengan kementerian, mengesahkan bahawa seorang pegawai kementerian memberitahu pemegang taruh bahawa peruntukan untuk melindungi pencari kerja tidak akan dimasukkan ke dalam rang undang-undang (RUU) akhir.

"Kami diberitahu yang kerajaan telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan daripada RUU Akta Pekerjaan. (Bagaimanapun) pegawai kementerian memberitahu kami yang mereka tidak akan tarik balik perlindungan untuk pencari kerja. Ia masih menjadi perkara penting untuk diusahakan mereka.

"Mereka menimbang untuk memperkenalkan peruntukan baru dalam akta atau RUU lain. Tetapi ketika kami tanya bila dan berapa lama masa akan diambil, mereka masih belum ada jawapan," katanya lagi.

Beliau menegaskan Suhakam menyokong peruntukan antidiskriminasi dan setuju ia dimasukkan dalam Akta Pekerjaan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan dasar yang memberikan insentif untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja kelainan upaya atau golongan minoriti lain, selain menghukum amalan diskriminasi.

"Ada kerja yang sukar untuk orang kelainan upaya, tetapi ada juga kerja yang boleh mereka lakukan dengan sedikit pengubahsuaian daripada majikan," katanya lagi.

MK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/pejuang-melayu-sendiri-menolak-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerombolan Chauvinist Sememangnya Anti Islam Dan Melayu

Gerombolan Chauvinist Sememangnya Anti Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 474 hits
Malaysia bukan tempat perjuangan komunisKUALA LUMPUR Teori Malaysian Malaysia ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera serta kedudukan agama Islam adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib diperta...
Kenapa Bangsa Melayu Mangsa Stereotaip Di Bumi Sendiri

Kenapa Bangsa Melayu Mangsa Stereotaip Di Bumi Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 342 hits
Asyraf Farique Jika pemerintah jujur tak penting kuasa nasib Melayu takkan jadi beginiMELAYU distereotaip sebagai bangsa pemalas entah berapa peratus sahaja yang pemalas Melayu distereotaip sebagai suka penipu entah berapa peratus sahaja su...
Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Rm41

Cara Buat Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Rm41

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 390 hits
Pada zaman nenek moyang kita berniaga mungkin hanya dengan satu cara sahaja iaitu sistem barter Kemudian mewujudkan kedai sendiri dan menjual secara offline Jualan macam ni memang kita semua tahu kan buka kedai dan jual barangan kita tu Nam...
Pundi Kencing Meletup Akibat Kebodohan Sendiri

Pundi Kencing Meletup Akibat Kebodohan Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 468 hits
Seorang lelaki di Beijing China menerima padahnya apabila keengganannya untuk membuang air kecil selepas minum alkohol bersama dengan rakan rakannya sepanjang malam Difahamkan mangsa sebelum itu pergi ke Bandar Changsha di Hunan untuk urusa...
Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 398 hits
HPU914 Malaysian Malaysia ideologi salahKL Teori Malaysian Malaysia yang dicanang canang untuk menghapuskan hak bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan agama Islam jelas merupakan satu ideologi yang salah dan melanggar sempadan konsep kenega...
Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

Emak Sakit Call 9 Orang Anak Tapi Sorang Pun Tak Jawab Last Last Pergi Hospital Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 524 hits
Sejak kecil kita dijaga dengan penuh kasih dan sayang oleh ibu bapa malah mereka akan pastikan tidak ada secalit kesan calar pun pada badan kita Namun bila kita dah besar mereka pula menginjak usia tua adakah kita curahkan bakti yang sama S...
10 Menu Mewah Makan Tengahari Malam Yang Boleh Masak Sendiri

10 Menu Mewah Makan Tengahari Malam Yang Boleh Masak Sendiri

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 655 hits
Menikmati hidangan tengahari atau malam bersama ahli keluarga dengan menu istimewa pasti menggalakkan ahli keluarga tidak sabar duduk di meja makan bagi menikmati hidangan yang enak Sambil itu kehadiran bersama mengeratkan kasih sayang seke...
Lufya Omar Dedah Sering Dipukul Dan Dianiaya Suami Sendiri

Lufya Omar Dedah Sering Dipukul Dan Dianiaya Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 478 hits
Sekarang ini banyak betul kes penceraian dan pergaduhan melibatkan pasangan selebriti Ada yang dah lama kahwin pun berpisah ada yang baru kahwin pun dah sibuk turun naik mahkamah uruskan hal penceraian Terbaru Lufya Omar yang terkenal mener...
5 Tips Untuk Memulakan Perniagaan Online Anda Sendiri

5 Tips Untuk Memulakan Perniagaan Online Anda Sendiri

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 331 hits
Trend berniaga secara atas talian atau online semakin berkembang dengan sangat baik Ramai yang dah celik internet sehingga mampu mewujudkan kedai online sendiri Ada yang bermula dengan blog ada yang bermula dengan facebook ada juga yang ber...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan