Peja Hamzah Rebut Timbalan Presiden Bersatu Azmin Tekan Brek


 
Hamzah Zainudin dijangka mencabar Ahmad Faizal Azumu bagi kerusi timbalan presiden Bersatu manakala Azmin Ali cuba nasib bertanding Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).PETALING JAYA: Selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden, tumpuan pemilihan Oktober ini tertumpu kepada kerusi nombor dua parti disandang Ahmad Faizal Azumu.
Menurut sumber parti, Faizal atau Peja yang menyandang jawatan timbalan presiden sejak Ogos 2020 mahu mempertahankan kerusi itu, dan akan dicabar Setiausaha Agung Hamzah Zainudin.
Jelasnya, MPT dijangka membenarkan Hamzah bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun sebelum ini tidak layak bertanding lima jawatan utama atau ‘top 5’ kerana belum cukup dua penggal sebagai MPT.
Sumber itu berkata kerusi itu menjadi rebutan kerana pemimpin terpilih bakal menjadi pemangku Presiden menerusi peralihan kuasa oleh Muhyiddin yang memimpin parti untuk sepenggal lagi.
Dakwanya, jawatan itu memberi kuasa untuk menentukan hala tuju baharu, mempunyai kata putus memilih calon PRU16 dan menerajui Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Putrajaya.
“Muhyiddin dah nyatakan hasrat nak pertahan sepenggal lagi, jadi kerusi itu mungkin diserahkan kepada timbalannya sebagai pemangku presiden,” katanya kepada FMT.
Bagi jawatan naib presiden Bersatu, sumber itu berkata sekurang-kurangnya 10 pemimpin berhasrat mengintai kerusi berkenaan antaranya Ketua Penerangan Razali Idris; Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah.
Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee akan mempertahankan kedudukan itu pada pemilihan berlangsung kurang empat bulan lagi.
Mengenai Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali yang sebelum ini dikatakan mengintasi kerusi timbalan presiden, sumber berkata Adun Hulu Kelang itu dijangka bertanding merebut salah satu kerusi MPT.
Bagaimanapun, dedah sumber itu, ada percaturan melantik Azmin ke jawatan setiausaha agung yang mungkin kosong ditinggalkan Hamzah.
“Ini kerana Azmin dilihat antara pemimpin dapat mengimbangi pengaruh politik selain memperkukuhkan dalaman parti,” katanya.
Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dijangka mencabar Rina Harun sebagai ketua wanita manakala Adun Gombak Setia Hilman Idham dikatakan calon utama mengisi jawatan ketua sayap Pemuda, menggantikan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/peja-hamzah-rebut-timbalan-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Azmin To Clash For Number 2 Post In Bersatu Polls

Hamzah Azmin To Clash For Number 2 Post In Bersatu Polls

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 365 hits
A source says that having the two leaders in the party s top posts would augur well for Bersatu Bersatu Supreme Council members Hamzah Zainudin and Azmin Ali are expected to vie for the number two post at the party polls in October Speaking...
Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

Perpecahan Dorong Bersatu Kekal Muhyiddin Sebagai Presiden Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 217 hits
Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 7 Jun lalu memutuskan Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden PETALING JAYA Muhyiddin Yassin sudah lama berhasrat untuk berundur sebagai presiden Bersatu namun terbantut kerana perpecahan dalaman parti...
Tamparan Hebat Pmx Kepada Pas Bersatu Pn Tim Presiden Pas Menipu Tera

Tamparan Hebat Pmx Kepada Pas Bersatu Pn Tim Presiden Pas Menipu Tera

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 234 hits
Pembangkang fitnah kerajaan jual hak Malaysia dalam MAHB kepada pelabur asing Kalau dijual hak Malaysia tentulah share kerajaan makin kurang Ini makin bertambah banyak Dari 41 jadi 70 melalui KWSP dan Khazanah Pembangkang tak pandai mengira...
Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 2167 hits
The six Bersatu MPs that the party is seeking to oust are arguing that they are now independent lawmakers one of the rebel representatives claimed Bukit Gantang MP Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal claimed this is because they were sac...
Puad Beritahu Pas Lebih Baik Bantu Bersatu Yang Dah Nyawa Nyawa Ikan

Puad Beritahu Pas Lebih Baik Bantu Bersatu Yang Dah Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 631 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyarankan agar PAS membantu rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional Bersatu yang menurutnya sudah nyawa nyawa ikan berbanding mahu menyelamatkan Umno Beliau berkat...
Arahan Parti Satu Perangkap 6 Mp Bersatu Akan Pertahan Kerusi

Arahan Parti Satu Perangkap 6 Mp Bersatu Akan Pertahan Kerusi

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 212 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 30 2024 2 35 PMAhli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyifatkan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu supaya enam ahli parlimen parti itu termasuk dirinya menyatakan sokongan ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka