Arahan Parti Satu Perangkap 6 Mp Bersatu Akan Pertahan Kerusi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 30, 2024 2:35 PM
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyifatkan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu supaya enam ahli parlimen parti itu, termasuk dirinya menyatakan sokongan sebagai satu "perangkap dan penganiayaan."
Sebelum ini, enam ahli parlimen Bersatu itu menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Sepanjang kami menyokong kerajaan perdana menteri, PMX kami tak pernah katakan kami bukan ahli parti Bersatu, tak pernah.

"Dan kami tidak pernah buat apa-apa poster yang menunjukkan kami bukan ahli Bersatu. Kami tidak menentang perlembagaan parti, kami tidak menentang prinsip parti.
"Apa yang kami buat ialah kami masih lagi menjadi ahli parti (Bersatu), kami tidak menentang dasar-dasar parti, kami memberi sokongan mengikut prinsip-prinsip Perlembagaan dan raja yang berdaulat.

“Tetapi bila benda itu tidak kena, maka parti mengambil satu tindakan lain dengan meminda perlembagaan," katanya pada sidang media di Bukit Gantang, hari ini.

Menurut Syed Abu lagi, pindaan perlembagaan yang berkuatkuasa pada 1 April itu tidak boleh mengenakan tindakan reprospektif terhadap enam ahli parlimen Bersatu itu.

"Maknanya patah balik belakang tak boleh, apa mereka buat? Mereka mengeluarkan arahan daripada MPT.

"Itu arahan yang dibuat selepas pindaan, kami bagi sokongan lagi awal...arahan MPT ini seolah-olah menganiayai dan memerangkap kami," katanya pada sidang media hari di Bukit Gantang, hari ini yang disiarkan secara langsung di media sosial Facebook.

Pada 20 Jun lalu, Bersatu memaklumkan telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli parlimen Bersatu ke pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee (gambar bawah) berkata notis membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu juga telah ditandatangan olehnya selaku Ketua Whip parti.

"Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.
"Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari (Speaker Dewan Rakyat) mahu memastikan badan Legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya pada kenyataan.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin berkata pihaknya juga telah menghantar surat bagi menjelaskan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat.

Tegasnya, enam ahli parlimen yang menyokong perdana menteri itu tidak bersalah ataupun melanggar perlembagaan parti Bersatu.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berkata dia sedia mempertahankan kerusi disandangnya jika pilihan raya kecil diadakan.
"Saya mempunyai keyakinan penuh setelah saya membaca detailnya kemungkinannya kita tak tahu, tapi kalau ada PRK saya sedia untuk mempertahankan (kerusi)," jelasnya.

Katanya, dia yakin Speaker Dewan Rakyat akan membuat keputusan dalam tempoh tiga minggu ketika persidangan berlangsung.

Menurut Syed Abu Hussin lagi, keputusan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengenai pilihan raya kecil DUN Nenggiri tidak mempengaruhi Speaker Dewan Rakyat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/arahan-parti-satu-perangkap-6-mp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tetap Bersama Parti Liberal Bersatu Dan Abang Besar Gelakan

Pas Tetap Bersama Parti Liberal Bersatu Dan Abang Besar Gelakan

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 207 hits
Kenyataan MediaPAS KEKAL BERSAMA PN Sebagai jurucakap kerajaan Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil seharusnya bersikap lebih telus dan tidak terus syok sendiri dengan permainan persepsi serta fitnah untuk memburukkan pesaing politik Putrajay...
Mahathir Malu Besar Parti Bersatu Dan Pas Banyak Kes Rasuah

Mahathir Malu Besar Parti Bersatu Dan Pas Banyak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 312 hits
Oleh Adam MalikPasti ramai orang sudah sedar lidah Tun Mahathir sudah tidak bermain lagi dengan kenyataan pencuri penyamun perompak terhadap umno dan pemimpin umno Ini kerana kes 1MDB bukan mendedahkan Datuk Seri Najib Razak sebalik nya men...
Tak Payah La Pi La Hangpa Join Dengan Parti Sekular Bersatu Parti Kami Sakaw

Tak Payah La Pi La Hangpa Join Dengan Parti Sekular Bersatu Parti Kami Sakaw

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 291 hits
Ini baru 3 contoh Ada beratus2 lagi ahli dan penyokong Pas kat Sg Bakap yg berpendirian sama Bukan shj di Sg Bakap kat tempat2 lain pun ramai yg sudah nampak tambah2 kat Perlis depa kata Pas muhong Ramai yg sudah boleh membezakan antara ker...
Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu

Parti Keadilan Rakyat Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 395 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan di sini pada Sabtu Pembentukan jawatankuasa itu susulan pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hi...
Tidak Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu Tidak Dikosongkan

Tidak Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu Tidak Dikosongkan

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 433 hits
Bagi Dewan dewan dalam Commonwealth keputusan satu dewan kepada satu dewan yang lain tidak binding tetapi ia persuasif sahaja Tidak berlaku krisis Perlembagaan seperti didakwa sesetengah pihak jika Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ...
Mp Pkr Saran Speaker Kosongkan Enam Kerusi Parlimen Bersatu

Mp Pkr Saran Speaker Kosongkan Enam Kerusi Parlimen Bersatu

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 280 hits
Pemimpin PKR Hassan Karim menggesa Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat pengumuman mengosongkan kerusi parlimen enam ahli parlimen Bersatu yang telah hilang keahlian dalam partinya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ...
Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 2139 hits
The six Bersatu MPs that the party is seeking to oust are arguing that they are now independent lawmakers one of the rebel representatives claimed Bukit Gantang MP Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal claimed this is because they were sac...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau