Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid


malaysianow.com
Staff Writers
Ogos 8, 2023 11:45

Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 1 Ogos. Gambar: Bernama
Seorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan laporan berhubung ketua pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, dengan mengatakan banyak isu berkaitan kes Yayasan Akal Budi "semakin diselubungi misteri".

Rafique Rashid dalam satu kenyataan berkata Raja Rozela Raja Toran mengetuai pasukan pendakwaan sejak awal kes sehingga Zahid dipanggil membela diri.

“Perbicaraan di tahap pendakwaan selama 53 hari bermula 18 November 2019 sehingga 19 Mac 2021 membabitkan 99 saksi.

“Kayu ukur kejayaan pasukan pendakwaan sudah tentu apabila Zahid dipanggil membela diri yakni segala elemen-elemen pertuduhan berjaya dibuktikan.

“Maka sekiranya begitu mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan?”

Awal hari ini, NST melaporkan Raja Rozela digugurkan sebagai ketua pendakwa raya, beberapa hari selepas spekulasi ketidakhadirannya di mahkamah ketika perbicaraan disambung minggu lalu.

Raja Rozela bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi akhbar itu.

"Saya seorang penjawat awam... saya tidak dibenarkan mengulas. Saya mohon maaf," katanya dipetik sebagai berkata.

Rafique yang juga ketua penerangan Pejuang, berkata kes itu kini di peringkat pembelaan dan Zahid sendiri sudah memberikan keterangan.

“Namun fakta bahawa beliau kini berada dalam posisi sebagai timbalan perdana menteri dan presiden Umno serta pengerusi Barisan Nasional yang menyumbang 30 ahli Parlimen sokongan kepada kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri memungkinkan pelbagai spekulasi.”

Menyebut surat representasi setebal 200 muka surat yang dikatakan dihantar kepada peguam negara oleh peguam Zahid serta pemulangan pasport antarabangsanya walaupun terdapat 47 pertuduhan rasuah terhadapnya, Rafique berkata ini juga menimbulkan persoalan.

“Kuasa untuk mendakwa, memberhentikan, menangguhkan serta memulakan kembali mana-mana pertuduhan jenayah terhadap sesiapa sahaja di Malaysia ini ada di tangan peguam negara. Ini undang-undang mantap.

“Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan juga jelas. Ini tidak dinafikan.

“Begitu juga yang tidak boleh dinafikan adalah pasukan pendakwaan kes Yayasan Akal Budi dikemudi sebaiknya oleh Raja Rozela sehingga tertuduh dipanggil membela diri.

“Peguam negara tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh. Penjelasan wajib diberikan.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/peguam-persoal-sikap-berdiam-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pasukan Pendakwaan Kes Zahid Mohon Bersara Awal Peguam Negara

Ketua Pasukan Pendakwaan Kes Zahid Mohon Bersara Awal Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 275 hits
satuberita myBy August 8 2023KEPUTUSAN untuk menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan berkenaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilakukan setelah mengambil kira pelbaga...
Representasi Kes Rasuah Zahid Masih Disemak Peguam Negara Mahkamah Diberitahu

Representasi Kes Rasuah Zahid Masih Disemak Peguam Negara Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 405 hits
freemalaysiatoday com01 Aug 2023Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar berkata sebuah pasukan sedang meneliti representasi Zahid Hamidi berhubung kes rasuahnya Zahid Hamidi sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah ...
Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 401 hits
Kerajaan digesa menjelaskan kenapa pendakwa kanan Raja Rozela Raja Toran digugurkan daripada mengendalikan perbicaraan terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan rasuah melibatkan dana Yayasan Akal Budi Timbalan ketua biro perlembagaan dan...
Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR Walaupun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil semula jawatannya setelah dipecat kerana tidak hadir selama 1 535 hari niat Yahaya Wahi untuk terus mengajar nurid sekolah rendah di kawasan terpencil Gerik masih belum pasti ...
Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 297 hits
Kes rasuah menantu kepada Pengerusi Bersatu Mahiaddin Yassin yang kini melarikan diri dianggap kes besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hal itu dalam ceramah mega Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di DUN Paroi m...
Kes 1mdb Najib Minta Dibebaskan Jika Hakim Tarik Diri

Kes 1mdb Najib Minta Dibebaskan Jika Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 395 hits
Hidir Reduan Abdul Rashid Najib Razak memohon pembebasan penuh jika permohonannya agar hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada kes rasuah 1MDB berjumlah RM2 28 bilion diterima Pasukan pembelaan memberitahu Mahka...
Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 260 hits
Lepas disenarai 8216 wanted list 8217 menantu Muhyiddin dan peguam terus lari keluar negara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia percaya dua lelaki termasuk menantu kepada bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melarikan diri ke l...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih