Ketua Pasukan Pendakwaan Kes Zahid Mohon Bersara Awal Peguam Negara


satuberita.my
By SatuBerita
-August 8, 2023
KEPUTUSAN untuk menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan berkenaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan yang teliti

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal iaitu pada 3 April lalu dan telah diluluskan serta akan berkuat kuasa pada 1 November depan.

“Selanjutnya, Raja Rozela binti Raja Toran telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos 2023,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

Raja Rozela yang mengetuai pendakwaan terhadap Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Media tempatan turut melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.

Dalam masa sama, Idrus memaklumkan bahawa Datuk Mohd Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, Mohd Dusuki merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

“Memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember tahun 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan melibatkan Ahmad Zahid.

“Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Rozela enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

“No comment, mohon maaf,” jawabnya ringkas selepas ditanya mengenai ketiadaannya dalam prosiding kes Ahmad Zahid minggu lalu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/ketua-pasukan-pendakwaan-kes-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 311 hits
malaysianow comOgos 8 2023 11 45Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Ogos Gambar BernamaSeorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menj...
Representasi Kes Rasuah Zahid Masih Disemak Peguam Negara Mahkamah Diberitahu

Representasi Kes Rasuah Zahid Masih Disemak Peguam Negara Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 388 hits
freemalaysiatoday com01 Aug 2023Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar berkata sebuah pasukan sedang meneliti representasi Zahid Hamidi berhubung kes rasuahnya Zahid Hamidi sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah ...
Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 520 hits
KUALA LUMPUR Walaupun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil semula jawatannya setelah dipecat kerana tidak hadir selama 1 535 hari niat Yahaya Wahi untuk terus mengajar nurid sekolah rendah di kawasan terpencil Gerik masih belum pasti ...
Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 384 hits
Kerajaan digesa menjelaskan kenapa pendakwa kanan Raja Rozela Raja Toran digugurkan daripada mengendalikan perbicaraan terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan rasuah melibatkan dana Yayasan Akal Budi Timbalan ketua biro perlembagaan dan...
Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 249 hits
Lepas disenarai 8216 wanted list 8217 menantu Muhyiddin dan peguam terus lari keluar negara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia percaya dua lelaki termasuk menantu kepada bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melarikan diri ke l...
Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 274 hits
Kes rasuah menantu kepada Pengerusi Bersatu Mahiaddin Yassin yang kini melarikan diri dianggap kes besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hal itu dalam ceramah mega Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di DUN Paroi m...
Peguam Negara 3 Tuduhan Terima Wang Haram Dihadapi Muhyiddin Masih Kekal

Peguam Negara 3 Tuduhan Terima Wang Haram Dihadapi Muhyiddin Masih Kekal

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 385 hits
BernamaKUALA LUMPUR Tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal kata Peguam...
Arsenal Laung Amaran Awal Kempen Epl 2023 24 Piala Perisai Komuniti Fa 2023

Arsenal Laung Amaran Awal Kempen Epl 2023 24 Piala Perisai Komuniti Fa 2023

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 476 hits
Arsenal merangkul gelaran ke 17 mereka dalam pertandingan itu Arsenal laung amaran awal julang Perisai Komuniti Pemain Arsenal meraikan kejayaan menjuarai Perisai Komuniti selepas menewaskan Man City di Stadium Wembley AFP LONDON Arsenal me...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest