Pakar Dakwa Ideologi Ltte Berselindung Di Sebalik Organisasi Politik


PETALING JAYA: Pakar anti keganasan menepis dakwaan kumpulan pemisah di Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sudah terkubur di Malaysia dengan mendedahkan penyebaran ideologi itu giat dijalankan

Pakar Kajian Strategik dan Ancaman Keganasan Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Mohd Mizan Aslam berkata, kematian pengasas LTTE pada 2009 ketika peperangan dengan tentera kerajaan Sri Lanka bukanlah penamat bagi perjuangan kumpulan pengganas bersenjata itu.

Mizan mendakwa penyebaran ideologi LTTE sedang dikembangkan di Malaysia dan ia berselindung di sebalik sekelompok individu yang berpengaruh dalam politik termasuk segelintir pemimpin dalam DAP.

“Ideologi ini sedang berkembang pesat dalam negara kita kerana dilindungi oleh sekelompok mereka yang berpengaruh dalam politik (DAP).

“Mereka guna segelintir pemimpin parti yang sah seperti segelintir mereka dalam DAP untuk menjalankan dakyah secara halus dan akhirnya nanti akan merosakkan parti DAP itu sendiri. Jika mereka ‘declare’ LTTE atau MCC (Malaysian Ceylon Congress) sejak dari awal akan disekat, maka mereka guna parti yang sah seperti DAP dan mungkin pertubuhan lain untuk meneruskan agenda LTTE.

“Mereka menggerakkan ideologi menggunakan strategi menjadikan organisasi politik atau organisasi sah sebagai jalan mudah dan selamat dalam mengembangkan ideologi mereka,” katanya kepada FMT.

Tambah beliau, selain segelintir yang ada dalam DAP, terdapat NGO lain yang menggunakan nama agama dan kemanusiaan untuk mengembangkan ideologi politik dan ganas tanpa dikesan pihak berkuasa.

Mizan juga yakin apa yang berlaku melibatkan segelintir pemimpin DAP, tidak diketahui parti itu, termasuk pemimpin kanannya seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh.

“Malah, saya yakin pimpinan DAP seperti Kit Siang, Guan Eng termasuk mendiang Karpal juga tidak tahu ada unsur-unsur sebegini dalam DAP.

“Tetapi, mereka telah dipergunakan, istilahnya ‘being highjacked by terrorist’. Sama seperti Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain yang telah ‘highjacked by extremists’ dalam kumpulan mereka.”

Ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri itu berkata, LTTE juga diiktiraf sebagai pertubuhan pengganas pada 1980 oleh 32 negara termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Interpol.

Katanya, ideologi ekstrem LTTE terus berkembang tanpa sempadan negara, waktu dan parti politik. Kumpulan itu juga didakwa lebih merbahaya dari pengganas Al-Qaeda dan IS.

“LTTE adalah kumpulan pengganas yang paling bersistematik, mempunyai kumpulan askar sendiri, perisik terlatih dan skuad pengebom berani mati.

“LTTE dilatih oleh anasir luar terutama perisik antarabangsa. LTTE satu-satunya kumpulan pengganas yang membunuh pemimpin utama negara, mereka melakukan serangan bom berani mati dan tembakan tepat yang membunuh Rajiv Gandhi, perdana menteri India pada 1991 dan Ranasinghe Premadasa, perdana menteri Sri Lanka pada 1993.”

Mizan berkata LTTE juga merupakan kumpulan pengganas pertama yang melakukan modus operandi meletupkan diri menggunakan kanak-kanak dan wanita sebagai skuad berani mati dengan cara menculik dan mengindoktrinasi mereka dan menyerang Masjid Kottakundy dan menyebabkan kematian 147 jemaah pada 1990.

Tambahnya, sejarah juga menunjukkan LTTE merupakan kumpulan pengganas pertama melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana didakwa mahu mewujudkan negara Tamil sepenuhnya.

“Perjuangan mereka mengorbankan sekurang-kurangnya 80,000 nyawa selama 26 tahun. Dengan tidak kurang 4,000 kematian akibat serangan bunuh diri.

“Kumpulan itu juga mendapat sumber kewangan melalui aktiviti penjualan senjata api, perkapalan dan sumbangan dana peribadi melalui LTTE diapora di seluruh dunia.

“Mereka juga mempunyai jaringan di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat,Kanada, Finland, Sweeden dan Malaysia.”

Tangkapan penyokong LTTE tepat
Di Malaysia pula kumpulan itu mula ditubuh atas nama MCC pada era 70-an.

“Tumpuan mereka di sekitar Klang, Sentul, Pulau Pinang dan Brickfield.

“Melakukan majlis memperingati pahlawan yang terkorban dalam perjuangan LTTE dikenali sebagai Maaveeran Thiran (sembah AK-47). Inilah antara insiden yang membawa kepada penangkapan mereka di Malaysia termasuk terbaru 7 individu semalam,” katanya.

Katanya, tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan ke atas individu yang mendokong LTTE adalah tepat.

“Ancaman LTTE dan lain-lain kumpulan pengganas tidak boleh dipandang sepi, ancaman teroris merentasi agama, sempadan dan etnik.

“Tapi bagi masyarakat awam yang tidak faham mereka akan lihat perkara ini dipolitikkan, dipergunakan dan pihak polis atau keselamatan dianggap tidak menjalankan tugas secara profesional, inilah taktik yang dilakukan kumpulan ini sekarang,” katanya.

Semalam Bukit Aman mengesahkan penahanan tujuh indivisu termasuk dua Adun DAP atas dakwaan penglibatan LTTE.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan penahanan itu adalah pembaziran masa dan sumber polis kerana LTTE tiada cawangan di Malaysia.

Kritikan juga dibuat pemimpin berbangsa India Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan bersama 16 pemimpin India dari DAP dan PKR, mereka menyifatkan penangkapan itu adalah “di luar pemahaman” dan menggesa pembebasan individu yang ditahan. - www.freemalaysiatoday.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/10/pakar-dakwa-ideologi-ltte-berselindung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

Ibrahim Ali Dakwa Motif Operasi Isu Ltte Raih Undi Melayu Tg Piai

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 381 hits
Presiden Putra Ibrahim AliPETALING JAYA Presiden Putra Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pil...
Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

Peguam Negara Perlu Telus Dakwa Pemimpin Terlibat Ltte Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 343 hits
IPOH Jabatan Peguam Negara diminta melakukan proses pendakwaan secara telus terhadap pemimpin yang disiasat terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pih...
Desakan Gugurkan Jawatan Bagi Ahli Politik Terlibat Ltte

Desakan Gugurkan Jawatan Bagi Ahli Politik Terlibat Ltte

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 288 hits
UMNO Melaka mendesak kerajaan negeri bertindak tegas dengan menggugurkan jawatan EXCO terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah Khas 2012 10 Oktober lalu Tindakan sama juga perlu di...
Ltte Penangkapan Ahli Politik Dap Benarkah Mahathir Dan Muhyiddin Tidak Tahu

Ltte Penangkapan Ahli Politik Dap Benarkah Mahathir Dan Muhyiddin Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 503 hits
Sangat mengejutkan apabila PDRM mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah besar dipercayai untuk menggerakkan program berkaitan militan pengganas LTTE Wang itu digunakan untuk membiayai mempromosi merekrut dan menggerakkan aktiviti ...
Kit Siang Guan Eng Restu Ltte Dalam Parti Dakwa Ramesh Rao

Kit Siang Guan Eng Restu Ltte Dalam Parti Dakwa Ramesh Rao

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 439 hits
Kalau betul hormat undang undang negara dah lama mereka nasihat BANGI Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Datuk Ramesh Rao mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebenarnya mengetahui pergerakan kumpulan pengganas Pembebasan Hari...
Seven Including 2 Assemblymen Suspected Of Promoting Supporting Ltte Movement Arrested

Seven Including 2 Assemblymen Suspected Of Promoting Supporting Ltte Movement Arrested

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Seven individuals including two state assemblymen were arrested yesterday for alleged involvement in the Liberation Tigers of Tamil Eelam including promoting supporting and channelling funds to the group and in possession of ma...
Bukan Main Dap Backup Ltte Nah Jawapan Santiago

Bukan Main Dap Backup Ltte Nah Jawapan Santiago

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 396 hits
Hairan dengan Santiago yang mengatakan LTTE telah pupus dan tidak aktif lagi setelah kematian Prabhakaran pada 2009 Beberapa soalan kami kepadanya 1 Jika LTTE sudah pupus mengapa kerajaan India menyambung tempoh pengharaman ke atas LTTE sel...
Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

Exco Dap Melaka Terlibat Pengganas Ltte Kini Ditahan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 517 hits
Gambar atas Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State Exco Melaka disyaki terlibat LTTE ditahan AYER KEROH Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri y...
One Ltte Suspect Planned To Attack Sri Lanka High Comm Police

One Ltte Suspect Planned To Attack Sri Lanka High Comm Police

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 415 hits
Police said they are expecting to arrest more supporters of the Liberation Tigers of Tamil Eelam in the country and warned that there will be no compromise on anyone who poses a security threat Special Branch s Counter Terrorism Division ch...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025