Peguam Najib Mahu Pakar Australia Sahkan Tandatangan Tulisan



[9 Disember 2019]
Pasukan pembelaan Najib Razak bagi perbicaraan SRC International mahu memanggil pakar asing bagi menentukan ketulenan tandatangan dan tulisan barang-barang kes tertentu
Peguam, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini pakar akan tiba dari Australia pada Rabu
Beliau mencadangkan pakar itu menjalankan pemeriksaan barang kes disaksikan kakitangan mahkamah dan pasukan pendakwaan
“Barang-barang kes itu tidak akan diganggu. Selepas pakar periksa barang-barang kes, dia akan pulang dan sediakan laporannya,” kata Shafee
Bagaimanapun, pendakwa raya ad hoc, V Sithambaran membantah permintaan pasukan pembelaan itu, mengatakan pendakwaan mungkin akan diprejudiskan
“Saya mahu pertikaikan perkara ini secara rasmi, dan mereka harus buat satu permohonan rasmi dan kemukakan satu afidavit untuk kami jawab,” katanya
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali meminta pasukan pembelaan membuat satu permohonan rasmi untuk pertimbangannya
Seorang lagi peguam Najib, Harvinderjit Singh kemudian berkata mereka akan membuat permohonan itu minggu ini
Terdahulu, Najib beritahu mahkamah tiada keterangan dokumen atau testimoni saksi menunjukkan beliau menggelapkan dan mengarahkan pemindahan dana SRC International ke akaun banknya
“Tiada pun keterangan dikemukakan di mahkamah menunjukkan saya minta sebarang suapan semasa pengeluaran jaminan kerajaan kepada SRC,” katanya dalam testimoni.Ketika disoal peguamnya, Wan Aizuddin Wan Mohammad kerana beliau tidak membuat laporan polis selepas muncul berita mengenai dakwaan pemindahan RM42 juta dana SRC International, beliau tidak berbuat demikian atau membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu dilihat mengganggu pihak berkuasa
“Pada 2016, peguam negara tampil berkata tiada keterangan yang mengaitkan saya dengan sebarang salah laku. Itu yang saya pegang hingga hari ini,” katanya
Aizuddin berkata pasukan pembelaan akan memanggil bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali untuk memberi keterangan mengenai mengenai kenyataan medianya bahawa tiada keterangan dalam siasatan pihak berkuasa yang menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan menteri kewangan
Najib juga berkata setiausaha peribadinya sebelum ini, Azlin Alias mungkin diperdaya ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho dan ketua pegawai eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil berhubung isu berkaitan akaun banknya
“Dakwaan oleh seorang saksi (bekas CEO Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling) bahawa Azlin mengarahnya memindahkan dana daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd ke akaunnya adalah tidak berasas dan semasa perbicaraan didedahkan dia rakan Low,” katanya
Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam penyaluran RM42 juta ke akaunnya daripada SRC International, bekas unit 1MDB
Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan
Perbicaraan di hadapan Nazlan bersambung esok
FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaramelayubaru.blogspot.com/2019/12/peguam-najib-mahu-pakar-australia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Nafi Tandatangan Minit Mesyuarat 7 Sept Ia Boleh Dipalsukan

Najib Nafi Tandatangan Minit Mesyuarat 7 Sept Ia Boleh Dipalsukan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 354 hits
11 Disember 2019 Datuk Seri Najib berkata beliau tidak pernah menandatangani minit mesyuarat yang digunakan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil untuk memberi taklimat kepada Ahli Lembaga Pengarah syarika...
Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

Sd Azilah Kes Altantuya Peguam Anwar Mengaku Najib Razak Tidak Terlibat

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 645 hits
Rupa rupanya Akuan Bersumpah Azilah Hadri belum diketahui kesahihannya Pihak polis beritahu mereka perlu mengesahkan SD itu dahulu sebelum perlu tindakan selanjutnya Azilah dan Sirul didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 da...
Src International Najib Terima Bola Tanggung Dari Peguam Negara

Src International Najib Terima Bola Tanggung Dari Peguam Negara

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 349 hits
10 Disember 2019 Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan marah dan hilang sabar seketika dengan soalan yang dikemukakan oleh Tan Sri Tommy Thomas ketika sesi soal balas pendakwaan pada perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari iniPerbicaraan ...
Umno Spent All Rm245 Mil Given By Najib For Ge13 And Is Not From 1mdb Court Told

Umno Spent All Rm245 Mil Given By Najib For Ge13 And Is Not From 1mdb Court Told

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 488 hits
The High Court today heard that Umno spent all the election money its former president Najib Razak gave it for the 2013 general election Lawyer Hariharan Tara Singh in making his submission on the government s civil application to forfeit m...
Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

Dap Tak Mahu Kaki Putar Belit Macam Najib Razak

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 495 hits
Pada 5 Disember 2019 Mengulas lanjut Edry dalam pada itu turut sempat berseloroh apabila mengajak Najib untuk turut memohon kerja kosong yang ditawarkan DAP memandangkan beliau kini kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum lalu Sebe...
Mahkamah Diberitahu Rm3 2 Bilion Masuk Ke Akaun Najib

Mahkamah Diberitahu Rm3 2 Bilion Masuk Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 453 hits
Sebanyak US 1 05 bilion daripada pihak Arab Saudi dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmBank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 2011 hingga 2013 Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Menurut penyataan saksi Najib seb...
Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

Najib Src Trial Mahathir Has Documented Evidence To Prove Arab S Rm3 2b Political Donations

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 335 hits
The RM3 2 billion deposited into Datuk Seri Najib Razak private accounts in multiple transactions between 2011 and 2013 were political funds donated by the Saudi Arabia kingdom The original documented evidence to prove the Arab political do...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi