Peguam Najib Asak Saksi Dengan Soalan Global Mail Resources


Hidir Reduan & Hariz Mohd  
   
KES NAJIB | Pasukan pembelaan Najib Razak hari ini mengasak pengurus bank Norhayati Mohd Yunus berkenaan pemindahan RM35 juta daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd ke sebuah syarikat bernama Mail Global Resources Sdn Bhd pada 2015.

Ihsan Perdana ialah bahagian tanggungjawab sosial korporat untuk SRC International Sdn Bhd. Setakat ini, pihak pendakwa telah menunjukkan ia didanai oleh SRC International.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu yang Ihsan Perdana memberikan wang itu dalam masa satu hari melalui tujuh cek - setiap satu bernilai RM5 juta - kepada Mail Global Resources.

Menurut penghujahan peguam bela Farhan Read, Kesemua cek dikeluarkan pada 13 Januari 2015.

Norhayati ialah pengurus Affin Bank cawangan The Curve Petaling Jaya, yang menempatkan akaun Ihsan Perdana.

Pada satu ketika, Farhan mula bertanya kepada Norhayati sama ada dia pernah disiasat sebelum atau selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Farhan bertanya bagaimana dia boleh ingat tentang tujuh cek yang dikeluarkan untuk Mail Global Resources itu.

Norhayati menjawab dia ingat tentang syarikat itu susulan satu permintaan dokumen oleh Bank Negara sebelum PRU ke-14.

Katanya lagi, ketika memeriksa dokumen selepas permintaan itu, dia sedar sejumlah besar wang telah dipindahkan ke Mail Global Resources.

Ketika ditanya Farhan sama ada Bank Negara atau SPRM ada bertanyakan soalan khusus tentang Global Mail Resources, Norhayati menjawab tidak.

Dia juga berkatabak tiada sebarang urus niaga dengan Mail Global Resources selepas PRU ke-14.

Farhan kemudian bertanya tentang sekeping lagi cek berjumlah RM53 juta yang dikeluarkan oleh Ihsan Perdana kepada Mail Global Resources.

Untuk soalan itu, Norhayati berkata SPRM tidak bertanya tentang perkara itu kepadanya.
Muhammad Shafee AbdullahSementara itu, ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah berkata strategi pihak pembelaan adalah untuk menentukan sama ada sebahagian saksi telah dipujuk untuk menukar keterangan mereka selepas PRU lalu.

"Kami tidak terkejut jika perkara seperti itu berlaku. Sebab itu kami terus bertanya.

"Jika ada saksi yang memberi keterangan yang berbeza secara drastik dengan apa yang kami jangka mereka akan katakan, maka ada sebab untuk rasa khuatir," katanya lagi.

Ketika ditanya bagaimana pasukan pembelaan akan membuktikannya, Shafee mendakwa ada cara untuk membuatkan saksi menunjukkan perubahan keterangan mereka melalui kaedah pemeriksaan balas.

"Ada cara. Kami tidak boleh beritahu anda. Ia satu kaedah pemeriksaan balas," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/peguam-najib-asak-saksi-dengan-soalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib S Lawyers Grill Witness Over Mail Global Resources

Najib S Lawyers Grill Witness Over Mail Global Resources

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 239 hits
NAJIB TRIAL Former premier Najib Abdul Razak s defence team today grilled banker Norhayati Mohd Yunus over the transfer of RM35 million from Ihsan Perdana Sdn Bhd to a company named Mail Global Resources Sdn Bhd in 2015 Ihsan Perdana is the...
Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 384 hits
Astro Awani Peguam pembelaan Harvinderjit mengasak saksi ke 29 Amirul berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International KUALA L...
Aku Nak Tanya Satu Soalan Kepada Najib Biar Dia Koyak Rabak

Aku Nak Tanya Satu Soalan Kepada Najib Biar Dia Koyak Rabak

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 382 hits
Sepuluh SOALAN ditanya Najib kepada Mujahid berhubung LUTHPertamanya yang patut Tanya Mujahid bukannya Najib tetapi yang setaraf dengan Mujahid seperti Azeez Rahim atau mantan Menteri Ugama Menteri di JPM Oleh kerana Najib adalah mantan PM ...
Peguam Bela Najib Soal Pegawai Bank Mana Hilang Rm8 Juta

Peguam Bela Najib Soal Pegawai Bank Mana Hilang Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 278 hits
Pihak peguam bela sebelum ini telah berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah agar saksi pendakwaan ke 20 Rosaiah Mohamed Rosli yang juga pegawai Affin Bank mendapatkan imej cek bernilai RM8 juta dipercayai dikeluarkan Ihsan Perdana Sdn Bhd ke...
Saksi Beritahu Mahkamah Najib Beri Rm240k Untuk Malaysian Digest

Saksi Beritahu Mahkamah Najib Beri Rm240k Untuk Malaysian Digest

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 247 hits
Portal berita Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek berjumlah RM240 000 daripada Najib Razak yang ketika itu merupakan perdana menteri pada 2015 kata saksi pendakwaan ke 16 Onn Hafiz Ghazi Saksi memberitahu hal ini kepada Mahka...
Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 397 hits
Bekas Penolong Naib Presiden KWAP Amirul Imran Ahmat Foto oleh malay MailKumpulan Wang Persaraan menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012 Perkara i...
Saksi Tiada Obligasi Untuk Beritahu Najib Hal Meragukan

Saksi Tiada Obligasi Untuk Beritahu Najib Hal Meragukan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 351 hits
KES NAJIB Saksi keempat perbicaraan Najib Razak berkenaan SRC International hari ini berkata dia tiada komen berkenaan sama ada bekas perdana menteri itu akan diberitahu jika Bank Negara diberi amaran berkenaan transaksi mencurigakan meliba...
Saksi Kata Najib Beri Rm2 5j Untuk Risikan Politik

Saksi Kata Najib Beri Rm2 5j Untuk Risikan Politik

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 234 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2 5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk manfaat ...
Keterangan Saksi Prosiding Najib Bercanggah

Keterangan Saksi Prosiding Najib Bercanggah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 217 hits
Pengurus Ambank Cawangan Jalan Raja R Uma Devi hadir pada perbicaraan kes Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA L...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord