Saksi Tiada Obligasi Untuk Beritahu Najib Hal Meragukan


Hidir Reduan & Hariz Mohd 
   
KES NAJIB | Saksi keempat perbicaraan Najib Razak berkenaan SRC International hari ini berkata dia "tiada komen" berkenaan sama ada bekas perdana menteri itu akan diberitahu jika Bank Negara diberi amaran berkenaan transaksi mencurigakan melibatkan akaunnya.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Farhan Sharifuddin mengesahkan dia adalah pegawai penyiasat Bank Negara yang meneliti akaun Ambank Najib, dan bank itu didenda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Mencurigakan (STR).

Ketika Shafee bertanya jika pemegang akaun yang tertakluk dengan STR akan diberitahu dan ditanya oleh Bank Negara, Farhan berkata secara undang-undang, ia tidak dapat dilakukan.

Farhan berkata ada peruntukan khusus bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) yang menghalang penyiasat membuat tindakan yang boleh memberi amaran atau maklumat (tip off) kepada suspek.

Shafee: Adakah anda bersetuju bahawa jika Ambank telah melakukan tugasnya dalam memfailkan STR, anak guam saya (Najib) telah dimaklumkan seawal tahun 2015 atau lebih awal mengenai transaksi yang mencurigakan?

Farhan: Saya tidak bersetuju kerana itu sama dengan membocorkan maklumat.

Shafee: Jika Ambank melaporkan transaksi, ada kemungkinan Bank Negara atau agensi lain akan menghubungi pemilik akaun (Najib) dan menjelaskan transaksi yang disyaki.

Farhan: Saya tiada komen. Itu ialah soalan kesimpulan. Secara hipotetik, jika Ambank menghantar laporan dan analisisnya, jawapan saya kepada soalan anda ialah "tiada komen".
Shafee AbdullahShafee kemudian mencadangkan bahawa jika Bank Negara menerima STR, Najib akan diberitahu tentang apa yang berlaku.

Farhan beberapa kali berkata dia tidak boleh menjawab soalan kesimpulan (hypothetical question).

Pada satu ketika, Farhan ketawa apabila Shafee bertanya soalan sama menggunakan ayat berbeza.

Peguam bela Harvinderjit Singh kemudian mengambil alih pemeriksaan balas dan sekali lagi bertanya Farhan sama ada badan penguatkuasaan akan menghubungi pemilik akaun untuk menjelaskan transaksi mencurigakan.

Farhan berkata dia tidak tahu.
Harvinderjit SinghIa menyebabkan DPP V Sithambaram membuat bantahan atas asas soalan itu berdasarkan anggapan dan telah dijawab oleh saksi.

"Berapa kali anda mahu tanya (soalan) ini?" soal Sithambaram.

Harvinderjit bagaimanapun tetap meneruskan soalannya.

Harvinderjit: Dalam jabatan perisikan kewangan, anda tidak tahu sama ada pemilik akaun akan disoal jawab berkenaan traksaksi mencurigakan?

Farhan: Ia berbeza dengan analisis. Saya tak boleh jawab bagi pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Harvinderjit: Ada transaksi mencurigakan. Anda boleh kata anda tak boleh jawab sama ada (agensi lain boleh melakukannya). Anda setuju jika dalam siasatan anda, anda boleh menyoal pemilik akaun

Farhan: Tidak.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/saksi-tiada-obligasi-untuk-beritahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

Najib Tandatangan Perjanjian Pinjaman Tambahan Rm2 Bilion Kwap Saksi

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 357 hits
Bekas Penolong Naib Presiden KWAP Amirul Imran Ahmat Foto oleh malay MailKumpulan Wang Persaraan menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012 Perkara i...
Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

Kes Najib Saksi Terpaksa Siapkan Kertas Kerja Dalam Keadaan Terburu Buru

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 286 hits
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berada dalam keadaan tertekan ketika menyediakan kertas kerja pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan berhubung pinjaman wang berjumlah RM4 bilion kepa...
Peguam Najib Asak Saksi Dengan Soalan Global Mail Resources

Peguam Najib Asak Saksi Dengan Soalan Global Mail Resources

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 268 hits
KES NAJIB Pasukan pembelaan Najib Razak hari ini mengasak pengurus bank Norhayati Mohd Yunus berkenaan pemindahan RM35 juta daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd ke sebuah syarikat bernama Mail Global Resources Sdn Bhd pada 2015 Ihsan Perdana iala...
Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 8 Mei Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam a...
Saksi Kata Najib Beri Rm2 5j Untuk Risikan Politik

Saksi Kata Najib Beri Rm2 5j Untuk Risikan Politik

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 202 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2 5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk manfaat ...
Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

Saksi Perbicaraan Najib Kata Pemilik Akaun Bank Bertanggungjawab Semua Transaksi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 218 hits
Foto olehThe Malaysian InsightKUALA LUMPUR Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka lapor nbsp Astro Awani Loading va
Keterangan Saksi Prosiding Najib Bercanggah

Keterangan Saksi Prosiding Najib Bercanggah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 188 hits
Pengurus Ambank Cawangan Jalan Raja R Uma Devi hadir pada perbicaraan kes Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA L...
Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

Najib Buka Akaun Ambank Untuk Terima Wang Dari Luar Negara Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan R Uma Devi berkata Bank Negara Malaysia diberitahu...
Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

Kes Src Peguam Najib Saksi Bertikam Lidah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 345 hits
Astro Awani Peguam pembelaan Harvinderjit mengasak saksi ke 29 Amirul berkenaan dokumen yang diberikan kepada panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan untuk mendapatkan kelulusan berhubung pinjaman RM1 bilion kepada SRC International KUALA L...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan