Peguam Ini Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding 10 Peguam Siti Bainun


 
April 19, 2022 Isu berkaitan kes penderaan yang dialami kanak-kanak istimewa, adik Bella kembali hangat sejak minggu lalu apabila satu persatu laporan baharu yang diceritakan saksi.
Kes ini difahamkan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa tempatan. Bagi yang mengikuti kes, pastinya perasaan bercampur baur terhadap apa yang dilaporkan menerusi media mahupun pihak awam yang berkongsi pengalaman mengikuti kes perbicaraan tersebut.
Lebih-lebih lagi apabila salah seorang peguam yang mewakili pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun memuat naik status memilih untuk mempercayai versi klien dan membiarkan pihak mahkamah menentukan keputusan.

Dalam pada itu, dia juga memuat naik sekeping foto di media sosial yang memaparkan barisan peguam mewakili Siti Bainun.
Tindakan peguam tersebut mendapat kritikan netizen kerana dianggap bersikap tidak profesional dalam mengendalikan kes besar ini.

Seorang peguam yang sering mengulas isu tular di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor tampil memberi penjelasan apabila disoal tiada kehadirannya sebagai pihak pendakwaan.Perkara ini juga menimbulkan persoalan netizen, walaupun ramai peguam yang dikenali menerusi media sosial memperjuangkan kes Bella tetapi tidak bersama mewakili pihak pendakwaan.

“Kenapa puan tidak mewakili Bella bersama dengan team pendakwaan? Baru nampak ramai dan kuat”.
Saya terangkan prosedurnya. Ini kes jenayah. Berbeza dengan kes sivil.
Kes sivil menuntut ganti rugi dan lain-lain terhadap dua pihak. Contoh Plaintif tuntut dari Defendan ganti rugi dan injunksi.
Jadi Plaintif yang menuntut diwakili peguam dan Defendan yang dituntut ada peguamnya. Jadi saya boleh wakili salah satu, sama ada Plaintif atau Defendan.
Bagi kes jenayah, memandangkan kesalahan melibatkan kepentingan awam. Perbuatan jenayah ini, kalau ramai-ramai buat maka memberi kesan kepada keamanan negara.

Jadi yang menyiasat kes adalah polis. Kemudian selepas mendapat izin dakwaan, kes akan dimulakan di mahkamah dan yang mewakili itu adalah pendakwaraya.
Siapa itu pendakwaraya? Mudah kata, bahasa mudah hendak faham iaitu Peguam Negara. Peguam Kerajaan. Mereka bukan peguam swasta. Mereka memang dilantik untuk mewakili pertuduhan dan prosiding di mahkamah jenayah untuk memastikan tertuduh dihukum secara penjara atau denda bagi memastikan keamanan dalam masyarakat.
Jadi dalam kes Bella, contoh peguam Tuan Mahmud Jumaat yang banyak membantu dan memperjuangkan kes Bella dari awal, bukan kami tidak mahu membantu di mahkamah sama-sama mewakili kes Bella terhadap tertuduh tetapi kami tidak boleh. Kami bukan pendakwaraya.

Perlu faham juga, kenapa pendakwaraya tidak update di media sosial tentang kes? Sebab etika dan sebab mereka terikat dengan peraturan.
Jika gagal mematuhi peraturan, tindakan displin boleh diambil terhadap mereka. Kita semua pun tahu, larangan penjawat awam.
Kalau disuruh sebenarnya nescaya kami buat tetapi tidak boleh. Jangan salah faham, bukan tidak mahu mewakili. Kalau boleh itu, saya rasa bersusun peguam-peguam lain yang menyokong kes ini.
Jadi kami peguam-peguam yang bersama Bella, akan sentiasa berikan nasihat dan sokongan.
Bagi tertuduh pula, mereka diwakili oleh peguam yang dilantik dan bersetuju untuk mewakili.
Begitu rupanya, semoga kes ini menang dipihak yang benar.
Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.
Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.
Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis,  saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas.  Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.
Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.
Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.

Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.
Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.
Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.
Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.

Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.
Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.
Nor Zabetha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/peguam-ini-jelaskan-kenapa-tak-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Dera Bella Giliran Adik Peguam Siti Bainun Pula Dikecam Warganet

Kes Dera Bella Giliran Adik Peguam Siti Bainun Pula Dikecam Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 221 hits
FAZLI RADZIKes dera remaja Sindrom Down Bella menyaksikan giliran adik kepada peguam Nurul Hafidzah Hassan pula dikecam warganet ekoran satu hantarannya di Facebook hari ini Nurul Hayati Hassan dilihat gigih membalas serangan demi serangan ...
Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 234 hits
Foto Utusan MalaysiaDalam prosiding kes kanak kanak perempuan sindrom down Bella yang dilaporkan didera oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyaksikan peguamnya menegaskan saksi pendakw...
Bella Makan 1 280 Cili Padi 30 Pembohongan Besar Saksi Peguam Siti Bainun

Bella Makan 1 280 Cili Padi 30 Pembohongan Besar Saksi Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 363 hits
Sebelum ini saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood memberi keterangan bahawa remaja Sindrom Down Bella telah diberi makan 1 280 biji cili padi bagaimanapun didakwa sebagai pembohongan terbesar Menur...
Yasmin Menipu Dari Hari Pertama Supaya Siti Bainun Dimasukkan Penjara Peguam

Yasmin Menipu Dari Hari Pertama Supaya Siti Bainun Dimasukkan Penjara Peguam

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 173 hits
Yasmin menipu dari hari pertama supaya Siti Bainun dimasukkan penjara PeguamFoto Siti Bainun Malaysia NowMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ditayangkan video tular remaja perempuan sindrom down Bella yang didakwa didera di sebuah kondomi...
Peguam Tu Nak Publisiti Jer Dialah Yang Nak Rompak Duit Saya Rm900k Nabila Huda Dedah Watak Sebenar Peguam Siti Bainun

Peguam Tu Nak Publisiti Jer Dialah Yang Nak Rompak Duit Saya Rm900k Nabila Huda Dedah Watak Sebenar Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 255 hits
April 18 2022 Baru baru ini heboh di laman sosial mengenai peguam yang dikatakan menyiarkan beberapa maklumat isu dalaman berkaitan salah satu kes yang sedang hebat diperkatakan Peguam itu juga merupakan salah seorang wakil kepada Orang Ken...
Kes Respon Peguam Siti Bainun

Kes Respon Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 213 hits
Saya terpanggil nak beri pandangan Berkenaan respons peguam Siti Bainun Katanya apa masalah netizens dia nak bergambar dengan OKT 1 Satunya kita kena paham kes ini kes berkepentingan awam Kes penderaan yang mendapat liputan meluas Bila kes ...
10 Peguam Lawan Seorang Kanak2 Ini Reaksi Ym Che Puan Khaleeda Boleh Buat Semua Peguam Siti Bainun Mula Goyang

10 Peguam Lawan Seorang Kanak2 Ini Reaksi Ym Che Puan Khaleeda Boleh Buat Semua Peguam Siti Bainun Mula Goyang

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 350 hits
Nama Siti Bainun sedang meletup dan sohor kini di media sosial manakala peguamnya pula dikecam warganet ekoran kes de ra dialami remaja perempuan Sind rom Down yang dikenali sebagai Bella
Hiburan Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1 280 Biji Cili Padi Peguambela Siti Bainun

Hiburan Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1 280 Biji Cili Padi Peguambela Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 249 hits
Kes penderaan terhadap remaja Sindrom Down iaitu Bella masih lagi menjadi topik hangat bual bicara orang ramai di media sosial dan kebanyakkannya ingin mengambil tahu tentang perkembangan kes berkenaan Sebelum ini keterangan daripada seoran...
Hiburan Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

Hiburan Masih Terlalu Awal Untuk Kata Itu Ini Penjelasan Peguam Siti Bainun Undang Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 204 hits
Sedia maklum kes penderaan terhadap adik Bella masih dibawah siasatan pihak berkuasa tempatan dan sedar akan kemarahan orang ramai kerana menyebelahi pihak pemilik Rumah Bonda Siti Bainun peguam Hafidzah Hassan tampil beri penjelasan lanjut...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025