Peguam Gesa Ambil Tindakan Terhadap Hadi Kerana Ucapan Pecah Belah





Seorang peguam menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands bahawa orang Islam wajib mengundi hanya calon beragama Islam.

Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, dengan berkata demikian, pemimpin PAS itu melanggar undang-undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi beragama Islam.

“SPR mesti menunjukkan bahawa ia serius, dan tiada sesiapa dibenarkan melanggar undang-undang seperti menggunakan kaum dan agama untuk mempengaruhi sebahagian anggota masyarakat supaya mengundi menurut cara tertentu,” katanya kepada FMT.

Katanya, kegagalan bertindak boleh menggalakkan pemimpin daripada kedua-dua kumpulan politik melakukan perkara sama dalam PRK Semenyih akan datang, yang tempoh berkempennya akan bermula selepas hari penamaan calon pada 16 Feb depan.

Hadi dilaporkan berkata, orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi membawa “suara Islam” ke Parlimen.

Beliau menggesa pengundi Islam supaya hanya mempercayai orang Islam sebagai wakil mereka, dengan berkata, orang bukan-Islam tidak mempunyai konsep dosa dan pahala, lalu menjadikan mereka tidak layak berada di Parlimen.


Syed Iskandar Syed Jaafar.
Syed Iskandar berkata, SPR hendaklah konsisten dalam tindakannya kerana ia telah membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran kerana memakai baju dengan logo parti itu di sebuah pusat mengundi.

SPR yang membuat laporan itu di balai polis Sungai Koyan berkata, Manogaran melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA) 1954.


Syed Iskandar berkata, beliau percaya Hadi melanggar akta yang sama dengan menimbulkan perasaan tidak baik atau permusuhan.

Seksyen 4A EOA menyebut, mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan supaya mengundi atau tidak mengundi adalah melakukan satu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh dilarang daripada mengundi atau menjadi calon pilihan raya selama 5 tahun.

Peguam Lim Wei Jit berkata, peruntukan itu dimasukkan ke dalam EOA kerana badan perundangan telah melihat kesan percubaan mengapi-apikan perpecahan kaum dan agama semasa pilihan raya.

“Ahli politik juga perlu sedar bahawa membuat kenyataan yang menjurus kepada perpecahan kaum dan agama adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini boleh dilihat di dalam banyak peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 298 (membuat kenyataan bertujuan melukakan perasaan orang lain), Seksyen 504 (sengaja mengaibkan dengan niat mengganggu keamanan) dan Seksyen 505 (membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/02/peguam-gesa-ambil-tindakan-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bakar Bendera Negara Kerajaan Gesa Filipina Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pamatong

Bakar Bendera Negara Kerajaan Gesa Filipina Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pamatong

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 352 hits
Malaysia hari ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan membakar bendera negara ini secara terbuka di Filipina yang ditampilkan dalam sebuah video Dalam kenyataannya di sini Wisma Putra meluahkan rasa sangat kesal atas penerbitan video kontrov...
Waketum Pan Nilai Ucapan Said Aqil Picu Pecah Bela Umat Islam

Waketum Pan Nilai Ucapan Said Aqil Picu Pecah Bela Umat Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 321 hits
Wakil Ketua Umum Partai Amanat Nasional Hanafi Rais mengomentari ucapan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama Said Aqil Siradj yang mengatakan imam Masjid Khatib dan KUA harus berasal dari NU Dia menilai ucapan Said terlalu ego sektoral
Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

Presiden Pas Hadi Awang Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap Rewcastle Brown

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Langkah itu dibuat selepas Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di lu...
Tgb Ingatkan Hoaks Sentimen Agama Bisa Pecah Belah Bangsa

Tgb Ingatkan Hoaks Sentimen Agama Bisa Pecah Belah Bangsa

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 271 hits
TGB menambahkan hal ini diketahui berdasarkan temuan Tim Gerakan Tangkal Fitnah Tim Kampanye Jokowi Ma ruf Menurutnya akan ada hoaks perihal agama yang kembali dimunculkan di sejumlah tempat
Umno Kutuk Peguam Negara Sembunyi Fakta Tindakan Memalukan

Umno Kutuk Peguam Negara Sembunyi Fakta Tindakan Memalukan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 UMNO mengutuk dan menggesa sekeras kerasnya supaya Peguam Negara mengambil pertanggungjawaban penuh berhubung kegagalan besar beliau dalam menangani kemelut penubuhan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud sala...
Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kj

Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kj

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia untuk berkempen ...
Pemuda Ph Adukan Ucapan Anak Hadi Ke Polis

Pemuda Ph Adukan Ucapan Anak Hadi Ke Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 464 hits
Ng Xiang Yi PRK CAMERON Ketua Pemuda DAP Howard Lee hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berhubung kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa berceramah di Kampung Keledek dekat Jel...
Orang Cameron Highlands Jangan Termakan Janji Ph Gesa Hadi

Orang Cameron Highlands Jangan Termakan Janji Ph Gesa Hadi

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 376 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Pakatan Harapan kerana didakwa masih tidak malu menabur janji untuk memancing undi walaupun gagal menunaikan janji pilihan raya umum 9 Mei lalu Kita saksikan bagaimana parti ini yang hebat b...
Spr Timbang Ambil Tindakan Terhadap Manogaran

Spr Timbang Ambil Tindakan Terhadap Manogaran

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 322 hits
Pengerusinya Azhar Harun berkata akan mendapatkan nasihat daripada jabatan perundangan suruhanjaya itu berhubung semua dakwaan kesalahan pilihan raya
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo