Orang Cameron Highlands Jangan Termakan Janji Ph Gesa Hadi



(FMT) – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa masih tidak malu menabur janji untuk memancing undi walaupun gagal menunaikan janji pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
“Kita saksikan bagaimana parti (PH) ini yang hebat berjanji masa pilihan raya. Kalau menang jadi kerajaan, esok harga minyak turun, menang jadi kerajaan tol dihapuskan dan lepas menang nak buat itu dan ini.
“PH janji lagi, kalau menang di Cameron Highlands nak buat pembangunan. Apakah orang Cameron Highlands merangkak dalam ‘reba’ (semak), tidak ada (pembangunan), tidak ada jalan, tidak ada elektrik?
“Ini ada elektrik. Kita ceramah ini (pun) pembangunan sudah ada. Walaupun PAS berbalah dengan Umno, kita tahu (pembangunan) ini Umno buat. Itu kita iktiraf.
“Mereka jadi kerajaan mereka buat, kita jadi kerajaan di Kelantan kita buat juga. Bukan makna orang Kelantan merangkak dalam ‘reba’,” katanya.
Hadi berkata, keputusan PRU lepas menyaksikan umat Islam yang menjadi majoriti di negara ini “diperintah” oleh orang bukan Islam.
“Kita menyaksikan PRU14 pukulan dahsyat kepada umat Islam di Malaysia. Tidak semena-mena umat Islam majoriti ini yang menjadi tulang belakang politik Malaysia memilih kerajaan didominasi bukan Islam. Sangat malang bagi mereka (kerana) pihak yang memerintah sekarang majoriti bukan Islam.
“Walaupun perdana menteri melakukan ubah suai memperbanyakkan umat Islam dalam Kabinet, kuasa politik yang memerintah di tangan bukan Islam,” katanya.
Hadi mendakwa selepas keputusan PRU14, DAP “naik toncang” apabila memenangi lebih kerusi daripada sebelum itu.
“Mereka naik toncang menguasai Pulau Pinang, mencorotkan MCA dan Gerakan, menunjukkan keangkuhan dan kesombongan, mengeluarkan suara yang lantang mencabar Islam, mencabar orang Melayu, campur tangan dalam urusan pentabiran negara, dalam dasar negara, dalam perkara perlembagaan.” katanya.
Hadi menasihatkan penyokong PAS dan Umno berhenti berbalah sesama sendiri dan memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan Islam.
Katanya, perpecahan dan perbalahan antara umat Islam menyebabkan negara hancur dan dikuasai bukan Islam seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan Islam di Sepanyol.
“PRK (pilihan raya kecil) ini sangat mencabar umat Islam, PAS melihat wajib umat Islam bersatu dan hentikan pertelingkahan. Kita mesti hadapi perkara dasar dan penting.
“Islam pernah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun, lebih lama daripada Tanah Melayu membina tamadun, tetapi kerana orang Islam berpecah, pemerintahan Islam di Sepanyol hancur,” katanya ketika berceramah sepentas dengan pemimpin Umno di Felda Sungai Koyan, di sini, malam tadi.
Menurut Hadi, Islam mengajar umatnya memilih pemimpin yang tahu erti dosa dan pahala supaya mereka ikhlas dan berlaku adil kepada semua, sama ada Islam atau pun bukan Islam.
“Islam mengajar pemimpin mengenai dosa dan pahala. Perkara dosa dan pahala ini tiada dalam DAP,” katanya.
Orang Melayu dan Orang Asli, katanya, wajib memilih wakil rakyat yang membawa suara Islam.
“Orang bukan Islam juga tidak perlu takut. Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Kita lihat bagaimana layanan dan hak diberi kepada bukan Islam yang tidak diberi oleh negara lain,
“Di Indonesia tidak ada sekolah Cina, sekolah Tamil. Di Singapura dan Thailand pun tidak ada, tapi di sini kita berikan hak. Bukan kita pandai-pandai, tapi memberi hak kepada bangsa lain itu Islam yang suruh,” katanya.
Beliau mengambil Kelantan dan Terengganu sebagai contoh walaupun diperintah orang Islam, hak untuk kaum lain tidak pernah dinafikan dan tidak ada isu berbangkit mengenai perkara tersebut.
Lebih 1,000 orang, termasuk Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, turut hadir.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/21/orang-cameron-highlands-jangan-termakan-janji-ph-gesa-hadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

Terima Kasih Pengundi Pas Cameron Highlands Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 494 hits
Ayah Chik mengucapkan terima kasih kepada para ahli PAS dan pengundi di Parlimen Cameron Highlands
Ph Sibuk Janji Nak Bela Untung Nasib Penduduk Cameron Highlands Anggota Bomba Adib Diabaikan Saja

Ph Sibuk Janji Nak Bela Untung Nasib Penduduk Cameron Highlands Anggota Bomba Adib Diabaikan Saja

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 568 hits
KENYATAAN AKHBAR PEMUDA UMNO CAMERON HIGHLANDNasib Anggota Bomba Adib Tak Terbela PH Tawarkan Diri Nak Jaga Masa Depan Penduduk Cameron Highlands PulaHari ini ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib beserta keluarga besar Jabatan Bomba Dan ...
Hadi Turun Kempen Cameron Highlands Ahad Ini

Hadi Turun Kempen Cameron Highlands Ahad Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 296 hits
Diterbitkan Hari ini 5 53 petang PRK CAMERON PAS mengulangi pendirian akan memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26 Jan ini meskipun undi PAS bukan penentu kemenangan BN dalam PRK itu Presi...
Ahmad Nazlan Gesa Pengundi Cameron Highlands Tolak Ph Kerap U Turn

Ahmad Nazlan Gesa Pengundi Cameron Highlands Tolak Ph Kerap U Turn

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 417 hits
Ahli Parlimen Jerantut Datuk Hj Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan Pakatan Harapan tidak terlalu kerap membuat u turn termasuklah isu berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial sehi...
Jadikan Prk Cameron Highlands Sebagai Isyarat Kepada Ph Yang Gagal Tunai Janji

Jadikan Prk Cameron Highlands Sebagai Isyarat Kepada Ph Yang Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 265 hits
TANAH RATA 18 Jan 8211 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsuddin berkata rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands sebagai medan untuk memberi isyarat kepada Pakatan Harapan bahawa rakyatlah penentu nasi
Tok Pa Mahu Pengundi Cameron Highlands Beri Sokongan Pada Tun M

Tok Pa Mahu Pengundi Cameron Highlands Beri Sokongan Pada Tun M

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 360 hits
Malaysia perlukan kepimpinan yang kuat Malaysia memerlukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kata Bekas menteri dan pemimpin Umno Mustapa Mohamed sewaktu ceramah di sebuah penempatan Melayu di Kampung Kuala Medan Jelai semalam Mustapa yan...
Prk Cameron Highlands Pertembungan Pemimpin Ph Bn Di Pasar Malam Curi Tumpuan

Prk Cameron Highlands Pertembungan Pemimpin Ph Bn Di Pasar Malam Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 361 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LIPIS Pertembungan dua seteru politik buat pertama kali ketika berkempen bagi calon masing masing sempena Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands semalam mencuri tumpuan ramai di sini Pertemuan tanpa dijangka yang mel...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah