Peguam Berhujah Mahkamah Perlu Putuskan Kesahihan Pembubaran Dun Sabah


 


PUTRAJAYA -- Seorang peguam memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai adalah isu perlembagaan yang penting dan perlu diputuskan oleh mahkamah.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leonard David Shim telah terkhilaf di sisi undang-undang apabila menafikan permohonan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri.
Firoz mewakili 33 ADUN diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.

“Permohonan ini melibatkan kuasa perlembagaan yang penting dan mahkamah perlu dengar meritnya,” katanya, menggesa Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan itu dan merujukkan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk didengar merit permohonan semakan kehakiman itu.
Beliau juga berkata kes itu boleh diadili (iaitu boleh dibicarakan di mahkamah) kerana ia melibatkan bidang kuasa keperlembagaan, dan dengan itu, Mahkamah Tinggi tidak boleh dengan mudah menolaknya pada peringkat permohonan bagi kebenaran.
Semasa memfailkan permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang lain menamakan Tun Juhar sebagai responden pertama; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai responden kedua; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai responden keempat.
Firoz hari ini berhujah di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam rayuan yang dikemukakan 33 ADUN berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai.
Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian.
Firoz berhujah Mohd Shafie tidak mempunyai hak untuk menasihat atau memohon Tun Juhar membubarkan DUN kerana beliau sudah hilang sokongan majoriti daripada 65 ADUN.
Katanya pada 29 Julai,  Musa telah menyerahkan 33 akuan berkanun kepada Istana menyatakan Mohd Shafie telah hilang sokongan majoriti dan bahawa 33 ADUN telah berkumpul untuk bertemu Yang Dipertua Negeri.
“Bagaimanapun, mereka (33 ADUN) diminta untuk datang pada keesokannya. Pada kira-kira 11 malam, 29 Julai,  Mohd Shafie menghadap Yang Dipertua Negeri dan pada 30 Julai, beliau (Tun Juhar), atas nasihat Mohd Shafie, telah membubarkan DUN.
“Ini adalah isu keperlembagaan. Beliau (Tun Juhar) perlu melaksanakan bidang kuasa berperlembagaan beliau untuk mengendalikan isu ini; bukan sekadar menurunkan tanda tangan,” katanya.
Peguam itu seterusnya berhujah dengan pandemik COVID-19 yang dihadapi ketika ini, ia bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri Sabah, menegaskan pilihan raya negeri yang lepas diadakan dua tahun lalu dan yang akan datang perlu diadakan pada 2023.
“Kenapa adakan satu lagi pilihan raya dalam waktu pandemik  COVID-19 ini,” hujahnya.
Peguam Datuk Cyrus Das yang mewakili Mohd Shafie dan kerajaan negeri Sabah, berhujah Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri mempunyai bidang kuasa mutlak untuk membubarkan badan perundangan mereka.
Memetik Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Negeri Sabah dan Perkara 36(2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Das berkata perkara-perkara itu memberikan mereka bidang kuasa untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Beliau berhujah bidang kuasa untuk menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka itu telah diiktiraf sebagai keputusan tidak boleh diadili.
“Tidak pernah berlaku dalam 61 tahun dan tidak pernah berlaku dalam sejarah berperlembagaan negara kita, cabaran dibuat terhadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen kerana ia telah diiktiraf sebagai tidak boleh diadili di mahkamah,” katanya.
Peguam Besar Negeri Sabah Brenndon Keith Soh, mewakili Tun Juhar, berhujah pembubaran dibenarkan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Sabah kerana perkara itu dibenarkan untuk membolehkan proses demokrasi di negara ini.
Merujuk kepada krisis keperlembagaan Perak serta keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu Tun Adnan Robert membenarkan pembubaran DUN dalam tempoh satu tahun dari tarikh pilihan raya negeri sebelumnya, beliau berkata Tun Juhar berhak melaksanakan bidang kuasanya untuk membubarkan DUN.
Musa hadir di mahkamah bersama beberapa ADUN lain.
Pendengaran bersambung esok dengan Das akan menyambung hujahannya.
Mahkamah Tinggi semasa menolak permohonan 33 ADUN berkenaan pada 17 Ogos, memutuskan Mohd Shafie telah bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Sabah semasa memohon Tun Juhar membubarkan DUN dan berkata pengisytiharan untuk membubarkan DUN adalah mengikut perlembagaan dan sah.
Dalam permohonan semakan kehakiman mereka, Musa dan ADUN yang menyokong beliau memohon perintah mahkamah bagi membatalkan permohonan Mohd Shafie kepada Tun Juhar untuk membubarkan DUN; membatalkan pengisytiharan pembubaran DUN; dan membatalkan notis pewartaan kerajaan negeri Sabah berhubung pembubaran itu.
Kesemua 33 wakil rakyat itu mendakwa pada 29 Julai bahawa mereka mempunyai majoriti dalam DUN dan mahu Tun Juhar membenarkan mereka mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu, sekali gus menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Mohd Shafie.
Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna dan penyandang kerusi DUN Senallang, mendahului tindakan Musa itu dengan menasihatkan Tun Juhar untuk membubarkan DUN yang ketika itu mempunyai 65 ahli, 60 dipilih dan lima dilantik.
Susulan pembubaran DUN, SPR menetapkan 12 Sept bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 Sept bagi pilihan raya negeri Sabah ke-16. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/peguam-berhujah-mahkamah-perlu-putuskan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

Mahkamah Persekutuan Perlu Putuskan Isu Perlembagaan Kuasa Tyt Singkir Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 324 hits
Isu mengenai keperlembagaan kuasa Yang Dipertua Negeri Sabah untuk menyingkirkan Ketua Menteri yang sedang berkhidmat dan dilantik secara sah perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan kata Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakimanny...
Ketua Negeri Ada Budi Bicara Mutlak Bubar Dun Peguam Beritahu Mahkamah Rayuan

Ketua Negeri Ada Budi Bicara Mutlak Bubar Dun Peguam Beritahu Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 350 hits
Semua perlembagaan negeri digubal mengikut perlembagaan persekutuan sebagai undang undang tertinggi di negara ini
Mahkamah Rayuan Sambung Pendengaran Kes Bubar Dun Sabah

Mahkamah Rayuan Sambung Pendengaran Kes Bubar Dun Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 267 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan tengah hari tadi menyambung semula pendengaran rayuan kes berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu Panel 3 hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil mula mendengar rayuan itu semalam d...
Warisan Letak Adik Tyt Sabah Di Dun Sungai Sibuga

Warisan Letak Adik Tyt Sabah Di Dun Sungai Sibuga

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 257 hits
Warisan telah mengemukakan Armani Mahiruddin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga Armani 54 akan bertarung di kubu kuat bekas ketua menteri Musa Aman yang memegang kerusi DUN i...
Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

Mahkamah Tinggi Putuskan Sidang Sehari Dewan Rakyat Sah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 208 hits
KUALA LUMPUR 3 SEPT Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa persidangan Parlimen selama sehari pada 18 Mei lalu adalah sah dan mengikut undang undang walaupun ia bukan normal dan tidak pernah berlaku sebelumnya demi menge...
Mahkamah Persekutuan Putuskankan Pemecatan Musa Aman Oleh Tyt Sabah Menyalahi Perlembagaan Prk Sabah Batal

Mahkamah Persekutuan Putuskankan Pemecatan Musa Aman Oleh Tyt Sabah Menyalahi Perlembagaan Prk Sabah Batal

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 663 hits
Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menetapkan TYT Sabah Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan apabila beliau sebagai Tuan Yang Terutama Sabah memecat TS Musa ...
Musa Aman Kalah Lagi Mahkamah Tolak Rayuan Gantung Bubar Dun

Musa Aman Kalah Lagi Mahkamah Tolak Rayuan Gantung Bubar Dun

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 208 hits
Tiga penal Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara hari ini menolak rayuan Tan Sri Musa Aman bersama 32 ADUN bagi menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu s...
Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 317 hits
KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 Calon DUN Tamparuli Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi Jahid ...
Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 386 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir 10 pagi tadi Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal