Pegawai Khas Mb Pahang 11 Kaunselor Pbt Letak Jawatan Serta Merta


Kasthuri Jeevendran 



KUALA LUMPUR – Seramai 12 pemimpin termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang meletak jawatan serta merta ekoran kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak mempedulikan nasib 60 pekebun kecil dalam kalangan masyarakat India di Cameron Highlands.

Pegawai khas kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Arumugam AV Pillai ketika bercakap dengan MalaysiaGazette sebentar tadi berkata, beliau bersama 11 Ahli Majlis Berkuasa Tempatan (PBT) dari MIC terpaksa bertindak demikian kerana kerajaan negeri enggan membela nasib golongan ini.

Malah kata Arumugam, walaupun ada pihak tertentu mahu beliau bersabar dan tidak terburu-buru meletak jawatan pada masa ini, namun tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mendakwa pihak satu lagi juga berkeras kepala enggan membantu petani yang terbabit.

“Ini bukan lagi soal hendak sabar atau tidak. Ini soal prinsip. Ini soal apakah yang akan terjadi kepada kumpulan pekebun kecil ini yang bukan sehari dua sudah bertani di Kuala Terla ini sebalik lebih tiga empat generasi.

“Apakah anda akan usir mereka, roboh tempat ini tanpa memberikan mereka apa-apa alternatif lain? Tanah gantian supaya periuk nasi mereka terjaga. Kita sedang bercakap tentang kerajaan negeri yang kuasanya kita pegang. Apakah kita tidak mampu berikan satu penyelesaian?

“Jadi untuk apakah kami masih lagi duduk memegang jawatan apabila pandangan serta harapan serta rayuan yang kami pinta ini dipandang sepi? Untuk apa duduk pegang jawatan lagi? Anda sudah masuk dengan jentolak, pekebun ini semua sudah dilarang masuk. Apa hendak sabar lagi?

“Saya sudah menghantar pesanan kepada Menteri Besar tentang peletakan jawatan saya berkuatkuasa serta merta. Datuk Seri belum memberikan apa-apa jawapan tetapi saya juga telah muktamad. Saya telah cuba sedaya upaya dan ini sememangnya tidak adil,” katanya sebentar tadi.

MalaysiaGazette sebelum ini mendedahkan arahan oleh kerajaan negeri yang kepada hampir 60 pekebun kecil supaya mengosongkan kawasan tanah haram di Kuala Terla, Cameron Highlands.
Tindakan mengusir pekebun-pekebun mengundang kebimbangan apatah lagi tidak ada sebarang tanah alternatif diberikan kepada mereka ini walaupun mereka sudah berada di kawasan itu sejak tiga atau empat generasi.

MIC sebelum ini sudah tampil mengkritik tindakan tersebut sambil memohon supaya tanah gantian diberikan terlebih dahulu sebelum kumpulan ini diusir keluar malah hari ini terdapat protes dilakukan oleh mereka namun selain ditahan, kerajaan negeri juga telah bertindak meneruskan pengosongan tersebut.

Arumugam juga mendedahkan sehingga saat-saat akhir beliau bersama-sama pemimpin telah sedaya upaya cuba melakukan rundingan namun semua usaha itu telah gagal.

“Rintihan serta rayuan kami sebelum operasi pagi tadi bagi pengosongan serta pembersihan itu tidak langsung diendahkan. Kami gagal dalam melaksanakan tanggungjawab membela masyarakat yang kami wakili sendiri.

“Presiden kami, Tan Sri SA Vigneswaran yang juga senada dengan kami ternyata kecewa dengan tindakan drastik oleh kerajaan negeri pada hari ini. Beliau sendiri bukan sahaja sokong malah meminta kami untuk meletak jawatan sahaja.

“Hakikatnya, walaupun kami adalah komponen dan negeri Pahang di bawah Barisan Nasional (BN) tapi suara MIC ini seolah-olah tidak ada nilai, murah sangatkah kami? Melampau ke permintaan membela nasib penduduk Cameron Highlands ini?

“Jangan lupa, mereka juga pengundi dan sangat harapkan belas daripada kita. Janganlah kita terlampau bermegah dengan kemenangan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, rakyat juga nampak. Kerajaan negeri Pahang di bawah kita tetapi sebagai salah satu komponen kita sendiri tidak berdaya?” katanya.



Kata Arumugam, operasi pengosongan dan  pembersihan kawasan pertanian telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dengan bantuan pihak polis dan  FRU pagi tadi.

“Berlaku beberapa tangkapan polis ke atas  pemimpin MIC yang cuba  menghentikan operasi tersebut.

“Malah operasi ini telah dimulakan kurang 24 jam MIC Negeri Pahang menzahirkan campur tangan MB Pahang bagi menangguhkan operasi tersebut dan  menawarkan kawasan pertanian  baru  bagi relokasi pekebun tersebut. Jadi apa maksudnya?,” soalnya.



Jelasnya lagi, permintaan untuk rundingan serta tanah gantian bukan sesuatu yang sukar untuk di penuhi sebenarnya.

“Kumpulan pekebun ini akur dengan keputusan pengosongan serta pembersihan tempat ini. Tetapi mereka juga berharap diberikan tempoh pemindahan serta tanah gantian. Sukarkah?

“Sememangnya harapan kami berkecai apabila Menteri Besar dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor langsung tidak menghiraukan nasib keluarga pekebun terbabit yang sudah  pasti runtuh sama sekali dengan tindakan yang diambil. Keyakinan dan  perjuangan kami diperkotak katikkan.

“Tetapi ini tidak lemahkan semangat kami untuk berjuang bukan sahaja untuk kumpulan pekebun ini sebaliknya keseluruhan masyarakat India secara keseluruhannya.

“Kita tidak akan sesekali terkongkong dengan jawatan serta kerusi empuk ini, MIC akan tetap membela nasib masyarakat, seandainya itu sukar untuk kamu (BN), terpulanglah, kami juga tidak gentar,” tegasnya.



Pertengahan tahun ini, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu bertegas dalam isu pekebun kecil Kuala Terla untuk menjamin kesinambungan bekalan air terawat, bagi keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands.

Beliau dipetik sebagai berkata, terdapat dua sungai iaitu Sungai Terla dan Sungai Ichat di kawasan berkenaan menjadi penyumbang sumber air mentah untuk diproses menjadi air terawat, tetapi hanya Sungai Terla digunakan ketika ini kerana Sungai Ichat tercemar teruk dan diburukkan dengan penerokaan haram di kedua-dua belah tebingnya.– MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/pegawai-khas-mb-pahang-11-kaunselor-pbt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apandi Ali Letak Jawatan

Apandi Ali Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 356 hits
EKSKLUSIF Apandi Ali umum letak jawatan tak rela jadi kuda tunggangan dalam UMNO Astro Awani Diterbitkan pada Disember 26 2019 EKSKLUSIF Apandi Ali umum letak jawatan tak rela jadi kuda tunggangan dalam UMNOMohamed Apandi letak jawatan seba...
Annuar Musa Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar

Annuar Musa Khabar Angin Apandi Letak Jawatan Tak Benar

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM UMNO belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu Tan Sri Mohamed Apandi Ali Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata khabar angin itu tidak sepatutnya berlaku kerana Moham...
Sumpah Laknat Mufti Wilayah Patut Letak Jawatan Kata Zamihan

Sumpah Laknat Mufti Wilayah Patut Letak Jawatan Kata Zamihan

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 328 hits
MALAYSIAKINI Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dr Zamihan Mat Zin menyarankan supaya Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad meletak jawatan ekoran kenyatannya bahawa sumpah laknat tiada dalam sistem perundangan Islam Zamihan...
Haniff Khatri Enggan Layan Desakan Penyokong Anwar Ibrahim Untuk Letak Jawatan Pengerusi Perda

Haniff Khatri Enggan Layan Desakan Penyokong Anwar Ibrahim Untuk Letak Jawatan Pengerusi Perda

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 389 hits
Peguam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang Haniff Khatri Abdulla enggan melayani desakan meletakkan jawatan berikutan pembabitannya sebagai peguam Muhammed Yusoff Rawther Mengulangi kenyataannya yang awal Haniff berkat...
Apandi Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Selepas Dakwaan Campur Tangan

Apandi Letak Jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Selepas Dakwaan Campur Tangan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 362 hits
Terdapat dakwaan campur tangan pimpinan parti terhadap siasatan dan pengadilan tuduhan salah laku Hishammuddin Hussein KE ATAS HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO DIHENTIKAN KALI KETIGA LOKMAN ADAMhttps www facebook com lokm...
Menteri Pendidikan Itali Letak Jawatan Ekoran Kekurangan Dana

Menteri Pendidikan Itali Letak Jawatan Ekoran Kekurangan Dana

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 448 hits
Menteri pendidikan Itali letak jawatan ekoran kekurangan dana Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 2019 10
Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 356 hits
1 Umum mengetahui bahawa perlantikan jawatan Pengerusi PERDA Dato Mohamed Hanif Khatri Abdula adalah lantikan YAB Menteri KPLB Rina Harun setelah dipersetujui oleh PM Tun Mahathir 2 Sebagai seorang profesional tentulah beliau faham akan tug...
Dr M Saya Letak Jawatan Pm Bila Masalah K Jaan Dulu Selesai

Dr M Saya Letak Jawatan Pm Bila Masalah K Jaan Dulu Selesai

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 228 hits
BERITAPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini ditanya pada majlis Forum Doha di Qatar jika beliau akan berundur pada 2020 Bagaimanapun perdana menteri kelihatan silap faham soalan yang ditanya lantas bercakap mengenai bagaimana pentadb...
Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 308 hits
PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia Persatuan Seniman Malaysia Persatuan Sutradara Malaysia Komuniti Filem Titiwangsa Malaysian Society of Cinematographers dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Mal
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching