Haniff Khatri Enggan Layan Desakan Penyokong Anwar Ibrahim Untuk Letak Jawatan Pengerusi Perda


Peguam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Haniff Khatri Abdulla enggan melayani desakan meletakkan jawatan berikutan pembabitannya sebagai peguam Muhammed Yusoff Rawther.

Mengulangi kenyataannya yang awal, Haniff berkata beliau tidak boleh menolak mana-mana pelanggan kecuali dalam keadaan luar biasa.

"Sebagai pengerusi Perda yang bertanggungjawab dan sebagai seorang peguambela dan peguamcara yang profesional, dan dalam mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) yang dihormati juga oleh kerajaan Pakatan Harapan, saya tidak akan tunduk kepada intimidasi dan ugutan itu.




"Sebagai nasihat percuma kepada mereka yang tidak puas hati dengan Kenyataan Media Rasmi saya ini, anda disarankan untuk menulis terus secara rasmi kepada YB Menteri Pembangunan dan Luar Bandar untuk memajukan aduan anda untuk beliau membuat keputusan lanjut.

"Sehingga itu, saya akan tetap melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Pengerusi Perda sama ada sehingga lantikan saya ditamatkan oleh pihak YB Menteri Pembangunan dan Luar Bandar ataupun sehingga saya sendiri membuat keputusan untuk berhenti dari memegang jawatan ini sekiranya saya percaya bahawa saya telah pun selesai melaksanakan amanah dan tanggungjawab lantikan saya sebagai Pengerusi Perda, ataupun sehingga kedatangan ajal saya, tertakluk kepada yang mana terdahulu," kata Haniff.

Haniff mengulas gesaan kumpulan yang dikenali sebagai Pro 98 Reformis Pulau Pinang yang menuntut agar beliau meletakkan jawatan pengerusi Perda.

Kumpulan itu menggelarkan beliau mempunyai "cita-cita yang tinggi" apabila mewakili Yusoff - individu yang didakwa menjadi mangsa salah laku seks Presiden PKR, Anwar Ibrahim.


Mereka juga memberitahu Haniff agar memberi perhatian kepada agensi kerajaan persekutuan dan bukannya terlibat dalam permainan "politik kotor" bersama Yusoff.

Sementara itu Haniff menegaskan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Perda bukan lantikan jawatan bergaji eksekutif sepenuh masa dan tidak menghalang tugasnya menjadi peguam.

Sebalikknya, sejak dilantik 4 Jan lalu, beliau berulang ke pejabat Perda setiap dua hari seminggu sehingga Mei. Sejak Jun beliau ke pejabat Perda selama dua hari setiap dua minggu bagi menyelia dan mengawasi perjalanan program.

"Butiran lengkap kesemua tugasan, kerja dan program Perda yang dilaksanakan oleh Perda di bawah teraju saya sebagai pengerusi boleh disemak dan dikaji di Pejabat Perda mahupun Pejabat YB Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk mereka yang berminat," katanya.

Sebelum mengambil kes Yusoff, Haniff berkata beliau telah wakili pihak lain dalam kes guaman terhadap pelbagai pihak dalam kerajaan persekutuan mahupun negeri dan agensi awam.

Namun, katanya tidak ada mana-mana pihak mempersoalkan profesionalisme beliau.

"Semata-mata kerana aduan "Yusoff Rawther" adalah berunsur aduan kesalahan seksual terhadap seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan, ia adalah salah dan khilaf untuk dilabelkan sebagai "politik longkang / gutter politics" tanpa keputusan siasatan.

"Satu siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa wajib dibenarkan untuk dijalankan, tanpa gangguan atau intimidasi mana-mana pihak sama sekali supaya satu keputusan adil dapat diperolehi terhadap aduan itu.

"Prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak benarkan sesiapa pun diletakkan mengatasi undang-undang (nobody is above the law), tidak kira apa sekalipun kedudukan individu terbabit," katanya menambah tuntutan Pro-98 Reformasi Pulau Pinang merupakan intimidasi dan ugutan.

SUMBER



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/haniff-khatri-enggan-layan-desakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 407 hits
1 Umum mengetahui bahawa perlantikan jawatan Pengerusi PERDA Dato Mohamed Hanif Khatri Abdula adalah lantikan YAB Menteri KPLB Rina Harun setelah dipersetujui oleh PM Tun Mahathir 2 Sebagai seorang profesional tentulah beliau faham akan tug...
Penyokong Anwar Gesa Peguam Yusoff Rawther Berambus Dari Perda P Pinang

Penyokong Anwar Gesa Peguam Yusoff Rawther Berambus Dari Perda P Pinang

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 478 hits
December 12 2019 2 16 PMPro 98 Reformis Malaysia mengadakan sidang media di Pulau Pinang hari ini bagi menyuarakan sokongan kepada Anwar Ibrahim susulan siasatan jenayah yang dimulakan Bukit Aman BUKIT MERTAJAM Sekumpulan penyokong tegar An...
Hans Isaac Kekal Dengan Pendirian Enggan Lepas Jawatan Pengerusi Finas

Hans Isaac Kekal Dengan Pendirian Enggan Lepas Jawatan Pengerusi Finas

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 588 hits
Meskipun didesak enam persatuan artis untuk melepaskan jawatannya Datuk Hans Isaac tetap dengan pendiriannya terus mengalas jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Beliau sebelum telah didesak oleh persatuan terbabit s...
Yusoff Rawther Tiba Dengan Haniff Khatri Bukit Aman Mula Siasatan Libatkan Anwar

Yusoff Rawther Tiba Dengan Haniff Khatri Bukit Aman Mula Siasatan Libatkan Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 525 hits
December 9 2019 1 42 PMMuhammed Yusoff Rawther dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla tiba di Bukit Aman untuk dirakam keterangan KUALA LUMPUR Muhammed Yusoff Rawther lelaki disebalik dakwaan salah laku seks terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim h...
Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

Mahu Menteri Dan Pengerusi Finas Letak Jawatan Metrotv

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 353 hits
PERSATUAN Pekerja Filem Profesional Malaysia Persatuan Seniman Malaysia Persatuan Sutradara Malaysia Komuniti Filem Titiwangsa Malaysian Society of Cinematographers dan Pertubuhan Industri Kreatif Digital Mal
Liwat 3 Kenyataan Media Dari Anwar Ibrahim

Liwat 3 Kenyataan Media Dari Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 675 hits
Yusoff ialah cucu kepada aktivis dan bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris Mohideen ialah abang kepada Idris Insiden itu dikatakan berlaku pada 2 Oktober 2018 lebih setahun lalu Tetapi tiada seorang anggota keluarg...
Krisis Anwar Azmin Bukan Kerana Rebut Jawatan Pm

Krisis Anwar Azmin Bukan Kerana Rebut Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 293 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI 14 Rabiulakhir 1441H Rabu Ahli Dewan Negara Senator Ismail Yusop menolak dakwaan konflik yang berlaku di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah disebabk...
Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 477 hits
Saya antara pimpinan parti yang hadir menyaksikan pertemuan serta terlibat dalam mesyuarat Biro Politik Khas tersebut Alhamdulillah ia satu perbincangan yang baik dan sudah pasti mengukuhkan kekuatan parti disamping menangkis persepsi yang ...
Menteri Kereta Terbang Elok Letak Jawatan Secara Terhormat

Menteri Kereta Terbang Elok Letak Jawatan Secara Terhormat

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 670 hits
Rasanya tidak ada Menteri dan Kementerian yang menimbulkan kekeliruan hilang kepercayaan ejekan dan momokan majoriti rakyat selain daripada yang satu ini Loading Menteri sudah jelas menjadi liabiliti Laporan PAC menyebut banyak kelemahan pr...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bapa Penyayang Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Bawa Anak Tunggal Ke Disneyland

Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar