Peduli Insan Lancar Kempen Bantuan Kecemasan Gempa Turki Syria


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sehingga semalam, jumlah mangsa yang maut menghampiri 37,000 orang, manakala lebih 80,000 orang lagi cedera. Gempa bumi ini menyebabkan kemusnahan sebahagian wilayah kerana kekuatannya, dan antara gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak 1939 serta kerana ia melanda wilayah dengan penduduk yang ramai. Untuk info, Turkiye berada dalam salah satu zon gempa bumi paling aktif di dunia. Gempa di sepanjang garis sesar Anatolia Utara di wilayah Duzce di utara Turkiye mengorbankan lebih 17,000 orang pada 1999

Alhamdulillah, banyak bantuan yang diberikan termasuklah daripada negara Malaysia sendiri. Salah satu pihak yang sering memberikan bantuan adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau dikenali sebagai Peduli Insan

MISI BANTUAN MUSIM SEJUK 3 NEGARA & MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA SYRIA TURKIYE
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada pagi semalam (15 Februari) bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu. Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye


Pasukan Peduli Insan akan berada di Lubnan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria bagi misi bantuan kecemasan gempa bumi. Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, beliau memaklumkan perancangan ini sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu. 
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini.”

Manakala bagi Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye, ianya dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan. Menurut beliau juga, fokus utama bantuan kecemasan gempa ini diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye. Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD). 
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa. Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini. 
Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000."





Peduli Insan turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria. Selain daripada itu, 14,000-liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan

“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang.”

Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah turut memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil

Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/02/peduli-insan-lancar-kempen-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Ibu Bersalin Bawah Runtuhan Gempa Bumi Turki Syria Bayi Selamat Ibu Meninggal Dunia

Video Ibu Bersalin Bawah Runtuhan Gempa Bumi Turki Syria Bayi Selamat Ibu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 141 hits
Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7 8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan...
Jerman Hingga Israel Kirim Bantuan Untuk Korban Gempa Di Turki

Jerman Hingga Israel Kirim Bantuan Untuk Korban Gempa Di Turki

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 109 hits
Jerman hingga Israel Kirim Bantuan untuk Korban Gempa di Turki Bantuan untuk korban terdampak gempa di Turki mulai disalurkan dari sejumlah negara seperti di antaranya adalah Pakistan Israel Amerika hingga Jerman yang mulai mengirimkan bant...
Ini 3 Tahapan Bantuan Kemanusiaan Indonesia Buat Korban Gempa Turki

Ini 3 Tahapan Bantuan Kemanusiaan Indonesia Buat Korban Gempa Turki

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 153 hits
Menurut Muhadjir bantuan tahap kedua terdiri dari EMT sebanyak 105 personel lengkap dengan obat obatan hingga peralatan rumah sakit lapangan untuk melakukan operasi darurat di lokasi
Potret Hercules Tni Au Angkut 24 Ton Bantuan Ri Untuk Korban Gempa Turki

Potret Hercules Tni Au Angkut 24 Ton Bantuan Ri Untuk Korban Gempa Turki

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 166 hits
Potret Hercules TNI AU Angkut 24 Ton Bantuan RI untuk Korban Gempa Turki Sebanyak 24 ton bantuan Indonesia untuk korban gempa dahsyat di Turki akan diterbangkan menggunakan pesawat Hercules C130 milik TNI AU
Hampir 12 Hari Terkubur Reruntuhan Gempa Pria Turki Ditemukan Selamat

Hampir 12 Hari Terkubur Reruntuhan Gempa Pria Turki Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 189 hits
Seorang pria Turki ditemukan selamat setelah terkubur reruntuhan akibat gempa selama hampir 12 hari
Negara Eropah Tak Tunjuk Sebarang Usaha Bantu Turki Hadapi Bencana Gempa Bumi Hadi Awang

Negara Eropah Tak Tunjuk Sebarang Usaha Bantu Turki Hadapi Bencana Gempa Bumi Hadi Awang

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 91 hits
Bencana gempa bumi yang melanda Tukri dan Syria dilaporkan telah mengorbankan banyak nyawa Prihatin dengan kejadian yang berlaku beberapa negara lain telah bertindak menghulurkan bantuan dengan segera termasuk Malaysia nbsp Bagaimanapun Pre...
Ribuan Bangunan Hancur Turki Tetapkan 131 Tersangka Penyebab Bangunan Tak Tahan Gempa

Ribuan Bangunan Hancur Turki Tetapkan 131 Tersangka Penyebab Bangunan Tak Tahan Gempa

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 75 hits
Sebanyak 24 921 dari 170 000 bangunan roboh dan rusak berat akibat gempa ada dugaan kelalaian manusia atas kerusakan tersebut seperti kurangnya standar kemanan bangunan
Turki Sulap Stadion Jadi Kamp Pengungsian Korban Gempa

Turki Sulap Stadion Jadi Kamp Pengungsian Korban Gempa

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 88 hits
Turki Sulap Stadion Jadi Kamp Pengungsian Korban Gempa Pemerintah Turki menjadikan kompleks stadion sebagai tempat pengungsian dengan mendirikan ratusan tenda Cara ini dilakukan untuk menampung ribuan korban gempa yang kehilangan rumahnya d...
Mangsa Gempa Turkiye Syria Cecah 24 000

Mangsa Gempa Turkiye Syria Cecah 24 000

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 95 hits
Mangsa gempa Turkiye Syria cecah 24 000 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Feb 2023 7 35AM
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tips Mudah Jadi Miskin

Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli