Pecinta Buah Buahan Masa Untuk Nikmati Premium Australian Summerfruits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini suka makan buah-buahan tak kisah lah buah tempatan atau buah import. Maha memang sangat suka makan buah kalau kasi satu bakul pun boleh habis makan seorang. Tambahan pula buah dari luar negara yang susah nak dapat kat negara kita seperti Apricot, Plum, Peach dan Nectarines.
Sekarang tengah berlangsung kempen Sweet Fruits "Sweeter When Shared" yang membawa hasil buah bermusim segar dari Australia terus ke Malaysia. Bersesuaian juga dengan tahun baru yang baru sahaja kita sambut dan juga akan tiba tak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina kita boleh meriahkan dengan buah-buahan segar ini.
Baru-baru ini Maha pergi ke majlis pelancaran kempen ini yang telah berlangsung di Village Grocer MyTown Cheras. Pada majlis tu mereka mengajar bagaimana untuk menjadikan buah-buahan yang penuh dengan khasiat ini bukan sahaja dimakan begitu sahaja tapi juga boleh dijadikan hamper hadiah serta hiasan makanan yang lazat-lazat
Bersama dengan selebriti terkenal Belinda Chee yang mempamerkan skill menyediakan resipi unik yang menggabungkan buah musim panas dari Australia termasuk Gift Box of Summer Fruits, Summer Fruits Delight dan Pavlova with Summer Fruits yang sempurna untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.
Australia menghasilkan beberapa buah-buahan terbaik di dunia hasil daripada microclimate unik yang memperlihatkan rasa manis buah semulajadi. Petani di sana juga mempunyai kepakaran, dan memohon biosekuriti yang ketat dan langkah-langkah keselamatan makanan untuk menjamin buah yang paling berkualiti dan paling selamat dikeluarkan
Faedah kesihatan Buah Dari Australia
Maha bukanlah pandai sangat pasal khasiat buah ini tapi ada baca bahawa kalau kita amalkan makan buah ini secara kerap ia akan memberi kesan kebaikan dari dalam dan luar. Di antara kebaikan yang terdapat pada buah dari Australia ini seperti buah Peach yang mampu menyediakan ciri anti-radang, antimikrob dan antioksidan yang sangat baik yang membantu mengurangkan perkembangan keadaan keradangan sendi
Manakala buah Nectarines menyediakan sumber kalium yang baik yang mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung. Buah Plum pula adalah buah indeks glisemik yang rendah, yang membantu mengawal gula dalam darah dan juga mengandungi vitamin K yang merupakan nutrien utama untuk tulang dan gigi yang sihat
Aprikot adalah buah kilojoule yang rendah dan kaya dengan vitamin A dan beta karoten yang bermanfaat bagi kesihatan mata. Bagi Maha walupun ia adalah buah bermusim tapi kalau kita dapat amalkan makan sekarang ini mesti ia akan memberi kesan yang berpanjangan betul tak.
Cuma sekarang ini korang tak perlu nak terbang ke Australia untuk dapatkan semua buah-buahan ini kerana ia dah ada jual kat Malaysia. Korang boleh dapatkan semua buah ini sekarang kerana tengah musim dan banyak dijual di pasaraya Village Grocer. Harga juga sangat berpatutan dan mampu untuk beli Maha yang kaki buah ni pun memang dah beli stock untuk sebulan hehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/01/buah-buahan-premium-australian-summerfruits.html