Pearly Tan M Thinaah Tebus Kekecewaan Juara Terbuka Artik 2025


Pearly Tan-M. Thinaah Tebus Kekecewaan, Juara Terbuka Artik 2025
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Gandingan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah menebus kekecewaan tahun lalu apabila muncul juara Terbuka Artik 2025 dengan aksi bertenaga di Arena Vantaan Energia, Vantaa, Finland, hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu hanya memerlukan 32 minit untuk menundukkan beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kei Nakanishi 21-7, 21-9 bagi meraih gelaran kedua dalam siri Jelajah Dunia BWF tahun ini selepas Terbuka Thailand pada Mei lalu.
Pearly-Thinaah, beregu nombor dua dunia, mempamerkan penguasaan penuh sejak awal permainan dengan corak serangan agresif dan pukulan kemas untuk mendahului 11-4 sebelum menutup set pertama 21-7 dalam masa 14 minit.
Momentum sama diteruskan pada set kedua apabila mereka terus menghukum lawan untuk mendahului 11-3, sebelum kesilapan Nakanishi yang gagal membalas pukulan Pearly menghadiahkan mata kemenangan 21-9 buat wakil Malaysia.
Kemenangan ini juga merupakan kemenangan keenam daripada lapan pertemuan mereka menentang pasangan Jepun itu sejak pertemuan pertama di Kejohanan Antarabangsa Sydney 2019. Turut muncul naib juara Kejohanan Dunia 2025, Pearly-Thinaah sebelum ini meraih gelaran sulung musim ini di Terbuka Thailand, selain menamatkan cabaran sebagai naib juara di Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.
Pada edisi tahun lalu, mereka tewas 12-21, 17-21 kepada gandingan China, Liu Shengshu-Tan Ning di pentas final.
Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (kira-kira RM169,000), manakala Iwanaga-Nakanishi menerima USD18,050 (sekitar RM76,000).
Sementara itu, Thinaah berkata beliau berpuas hati dengan persembahan mereka, sambil menambah bahawa kedua-dua pemain sentiasa saling mengingatkan dan memberi sokongan sepanjang perlawanan.
“Kami akan menikmati hidangan istimewa untuk meraikan kejayaan hari ini, kemudian menumpukan semula perhatian dan bersedia untuk Terbuka Denmark,” katanya dalam kenyataan ringkas daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Sebagai pilihan kedua, Pearly-Thinaah akan membuka kempen Terbuka Denmark 2025 yang bermula Selasa ini hingga 19 Okt menentang pemain Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum.
BACA: Rezeki Juara Dunia, Tang Jie & Ee Wei Dapat RM460,000
Sumber: BERNAMA
The post Pearly Tan-M. Thinaah Tebus Kekecewaan, Juara Terbuka Artik 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/12/pearly-tan-m-thinaah-tebus-kekecewaan-juara-terbuka-artik-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aaron Wooi Yik Naib Juara Terbuka Artik 2025

Aaron Wooi Yik Naib Juara Terbuka Artik 2025

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 163 hits
Aaron Wooi Yik Naib Juara Terbuka Artik 2025 KUALA LUMPUR 12 Okt Hasrat wakil Malaysia meraih gelaran berganda di Terbuka Artik tidak kesampaian selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan England ...
Pasangan Anak Beranak Liza Hanim Dan Marsya Juara Talk To My Manager 2025

Pasangan Anak Beranak Liza Hanim Dan Marsya Juara Talk To My Manager 2025

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 228 hits
Selepas lapan minggu berentap pentas Talk To My Manager menyasikan pasangan anak beranak Liza Hanim X Marsya dinobat sebagai juara Hasil kemenangan tersebut telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30 000 berserta trofi Tem...
Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 331 hits
Rezeki Penyanyi Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025 Sekali gus membawa pulang wang tunai RM30 000 dan trofi Mazleen menyampaikan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor U...
Pearly Thinaah Lift Arctic Open Crown To Make History

Pearly Thinaah Lift Arctic Open Crown To Make History

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 219 hits
They beat Japan s Rin Iwanaga Kie Nakanishi 21 7 21 9 in just 31 minutes to become the first Malaysians to lift the women s doubles title at the tournament Pearly Tan M Thinaah will take home US 37 525 for their efforts PETALING JAYA Nation...
Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

Baucar Skim Mesra 2025 Permohonan Semakan Tuntutan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 206 hits
Penerima Skim Mesra 2025 boleh membuat tuntutan baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN bermula 1 Oktober 2025 Mereka juga dinasihatkan untuk membuat semakan tempat tuntutan baucar terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan Berikut adalah makl...
Pecat King Sing Segera Toqqi Kenyataan Media Ppim 06 10 2025

Pecat King Sing Segera Toqqi Kenyataan Media Ppim 06 10 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 292 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia ingin merakamkan perasaan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan yang membiarkan arak dihidangkan secara bebas di suatu majlis rasmi Kementerian itu Saya ca...
10 Pengecas Tanpa Wayar Iphone Terbaik 2025 Cepat Selamat Bergaya

10 Pengecas Tanpa Wayar Iphone Terbaik 2025 Cepat Selamat Bergaya

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 367 hits
Ingin cari pengecas tanpa wayar iPhone terbaik Kini anda boleh caj iPhone dengan lebih mudah tanpa kabel berselirat Artikel ini senaraikan 10 pengecas tanpa wayar iPhone terbaik di Malaysia untuk tahun 2025 sesuai untuk semua model iPhone y...
Doa 7 Oktober 2025

Doa 7 Oktober 2025

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 255 hits
Ya Allah lindungi keluarga kami jauhkan dari penyakit dekatkan dengan kasih sayang
Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Warga Sekolah Nikmati Rehat Panjang Hingga Lima Hari

Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025 Warga Sekolah Nikmati Rehat Panjang Hingga Lima Hari

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Berita gembira buat warga pendidik dan pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pemberian cuti tambahan sempena sambutan perayaan Deepavali yang akan diraikan pada Isnin 20 Oktober 2025 Langkah itu diambil bagi membe...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Kad Kredit Islamik Ganjaran Terbaik Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Pengalaman Guna Medical Card

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Lirik Lagu Lipat Nyanyian Budak Nakal Hujung Simpang

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejar Kesejahteraan Atau Terperangkap Dalam Kegelapan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

6 Makanan Yang Buat Kita Nampak Tua Lebih Cepat

Novia Bachmid Maaf Chord

Gammaone Aku Ini Siapa Chord

Lesoparkovy Apartment Starikova Architects Russia