Pdrm Sahkan Telah Rakam Keterangan Anwar Ibrahim Berhubung Siasatan Rakaman Audio


 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dirakamkan percakapan berhubung siasatan kes penularan rakaman audio perbualan didakwa melibatkan dirinya pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar telah hadir ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman dengan ditemani oleh peguamnya.
“Kenyataan beliau dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah manakala siasatan dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam.
“Kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian setelah memperolehi perintah untuk menyiasat mengikut peruntukan Seksyen 108 (2) Kanun Tatacara Jenayah daripada Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Huzir, rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat pebualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Persiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi tular pada awal April lalu telah mencetuskan kebimbangan dan kegentaran kepada awam yang kemudiannya tampil membuat laporan polis.
“Siasatan dijalankan ekoran 18 laporan polis yang diterima daripada 17 orang wakil politik dan seorang individu awam yang mendesak agar ia dilakukan bagi menentukan kesahihan atau mungkin terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah memalsukan rakaman audio tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan kegentaran awam dan mewujudkan perasaan tidak harmoni di antara kedua-dua parti politik.
“Penularan rakaman audio perbualan tersebut telah memberikan pelbagai persepsi negatif dan menimbulkan kebimbangan masyarakat berdasarkan kepada beribu komen-komen netizen di media sosial memandangkan kedua-dua individu berkenaan adalah merupakan dua orang pemimpin parti yang berpengaruh,” jelas beliau.
Huzir menambah, tindakan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, adalah merupakan suatu prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan.
“Rakaman percakapan beliau (Anwar) diperlukan bagi membantu siasatan tentang sejauh mana rakaman audio itu dapat disahkan sebagai perbualan di antara beliau dengan Datuk Seri Ahmad Zahid.
“Siasatan terperinci juga perlu dijalankan untuk mengenal pasti individu yang membuat rakaman audio berkenaan, motif ia disebarkan dan sama ada wujud modifikasi rakaman oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam,” katanya #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/04/rakaman-audio-pdrm-sahkan-telah-rakam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Audio Anwar Zahid Presiden Pkr Hanya Beri Keterangan Sebagai Saksi

Audio Anwar Zahid Presiden Pkr Hanya Beri Keterangan Sebagai Saksi

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 311 hits
suaramerdeka com PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil ke Bukit Aman pagi ini hanya untuk memberi keterangan sebagai saksi berhubung klip audio dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Siasat Hamzah Berhubung Rakaman Audio Bocor Kata Peguam

Siasat Hamzah Berhubung Rakaman Audio Bocor Kata Peguam

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 377 hits
April 30 2021 Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa KPN baharu menyiasat Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berhubung rakaman yang bocor PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mesti disiasat berhubung rakaman au...
Bukit Aman Panggil Anwar Berhubung Klip Audio Tular

Bukit Aman Panggil Anwar Berhubung Klip Audio Tular

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 377 hits
freemalaysiatoday com April 26 2021 10 15 PMKetua Pembangkang Anwar Ibrahim diminta hadir di Bukit Aman pada 10 pagi esok PETALING JAYA Anwar Ibrahim dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung klip audio dikatakan antara beliau...
Zahid Hamidi Is Anwar Ibrahim S Runner In Umno Reveals Shahidan Kassim

Zahid Hamidi Is Anwar Ibrahim S Runner In Umno Reveals Shahidan Kassim

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 278 hits
Perlis Umno veteran Shahidan Kassim has remained defiant following the recent move by the party president to replace him as state chief vowing to make good on his threat to expose efforts by the top leader to mobilise support for PKR presid...
Shahidan Sasar Zahid Selepas Dipecat Gesa Tindakan Diambil Berhubung Surat Audio

Shahidan Sasar Zahid Selepas Dipecat Gesa Tindakan Diambil Berhubung Surat Audio

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 281 hits
Pengerusi Umno Perlis yang dipecat Shahidan Kassim menggesa tindakan disiplin diambil ke atas sesiapa yang menentang keputusan parti untuk tidak bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas beberapa jam beliau dipecat daripada jawa...
Video Kenapa Audio Scheme Of Things Muhyiddin Tak Disiasat Anwar

Video Kenapa Audio Scheme Of Things Muhyiddin Tak Disiasat Anwar

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 185 hits
Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa dua audio dipercayai mirip suara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang didakwa melibatkan ugutan dan rasuah tidak disiasat polis Sedangkan kata Presiden PKR itu a...
Anwar Betrays Reform By Endorsing Appointments For Political Loyalty

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Check In Eastin Hotel Penang

Zaid Toys With Bold Rafizi As Macc Chief

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Perjalanan Ke Utara Sebelah Pulau Di Penang

Bahagia Cara Sendiri

Perodua Malaysia Masters 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Pizza Mini Jom Try

Housemate Pocong Fiksyen Atau Benar

Hibah Dan Wasiat Mana Lebih Kuat Dari Sudut Undang Undang Islam

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Peguam Perceraian Di Malaysia Panduan Lengkap Hak Prosedur Kos Terkini 2025

Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri