Pdpr Jangan Bebankan Guru Perkenal Pedagogi Baharu Sediakan Elaun Khas


 





Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet.
Bagi mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya lebih peka dalam sesi tahun ini selepas beberapa percubaan PdPR sebelum ini.
"Pelbagai isu timbul sepertimana sebelum ini. Isu kemiskinan digital yang menyebabkan kesenjangan pemilikan peranti dan juga kesenjangan akses kepada pembelajaran talian akan kembali.
"Walaupun kini sudah ada DidikTV, namun keberkesanannya masih diragui bukan sahaja oleh ibubapa, malah oleh majoriti guru-guru. Begitu juga bahan-bahan dari DidikTV yang sepatutnya ditempatkan di dalam portal milik KPM seperti Delima dan EduwebTV, tidak pula ditempatkan di sana.
"Ianya diletakkan di laman web Tonton milik syarikat TV swasta walaupun yang terlibat menghasilkan bahan-bahan tersebut adalah para guru KPM sendiri.
"Lebih malang kerana kecuaian seorang dua guru, sesetengah ibubapa dan warga net pula akan segera menyalahkan para guru dan menuduh mereka makan gaji buta.
"Hakikatnya majoriti para guru berhempas pulas untuk memastikan anak-anak murid mereka terdidik. Tiada istilah makan gaji buta sewaktu PKP dan PdPR bagi para guru," kata Maszlee dalam satu kenyataan
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, guru-guru dalam sesi pengajian lepas telah berkorban kepada anak-anak murid yang tidak mempunyai talian internet atau peranti dengan mengedarkan helaian kerja atau kerja rumah untuk dibuat oleh murid-murid.
Katanya, ada juga yang melakukan pelbagai inisiatif sendiri demi memastikan tiada hari yang dilalui oleh anak-anak murid tanpa diisikan dengan perkara yang bermanfaat.
Oleh itu, Maszlee mencadangkan para guru yang menghadapi cabaran PdPR diberi elaun tambahan untuk memudahkan pengajaran mereka. Lebih-lebih lagi jika terpaksa membeli data internet tambahan.
"Di atas dasar inilah semenjak tahun lalu, saya telah berkali-kali membawakan isu insentif kepada para guru ini diberikan, samada di dalam sidang Parlimen, perbahasan Belanjawan 2021, mahupun di dada-dada media.
"Para guru amat memerlukan insentif ini demi menampung usaha mereka mendidik anak-anak murid. Di atas dasar ini jugalah, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) yang saya terajui, di dalam kenyataan medianya bertarikh 9 Mei 2021 telah mendesak agar kerajaan memberikan insentif tambahan kepada para guru apabila berlangsungnya PdPR untuk perbelanjaan data dan alat bantuan mengajar (ABM) mereka," katanya.
Sehubungan itu, Maszlee mencadangkan KPM memberikan bimbingan dan panduan yang cukup tentang pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada guru-guru, terutamanya mengenai pengalaman di negara-negara maju yang terkenal dengan kualiti pendidikan mereka yang terkehadapan.
Begtu juga, katanya, kerja-kerja pengutipan dan penyelarasan data sekolah tidak boleh dibebankan kepada para guru, malah seharusnya dilakukan oleh pegawai tadbir di peringkat PPD, JPN, dan KPM.
"KPM sepatutnya telah mempunyai aplikasi pelaporan yang dipermudahkan melalui aplikasi telefon bimbit samada yang menggunakan sistem Android mahupun iOS.
"Sistem aplikasi inilah yang telah cuba dibangunkan melalui Jawatankuasa Dataraya (Big Data) yang telah dimulakan pada 1 Julai 2019, tetapi malangnya telah dibubarkan selepas bertukar kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN). Alangkah baiknya jika diteruskan usaha tersebut demi memudahkan kerja para guru," katanya.
Oleh itu, Maszlee menggesa pihak KPM yang diterajui oleh Senator Dr Radzi Jidin dan kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Mah Hang Soon, dan Muslimin Yahaya untuk tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan para guru sewaktu PdPR dilaksanakan nanti.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pdpr-jangan-bebankan-guru-perkenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terlalu Bebankan Guru Dengan Pdpr

Jangan Terlalu Bebankan Guru Dengan Pdpr

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 515 hits
Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet Bagi mantan Menteri P...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 522 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Selangor Perkenal Kaedah Baharu Kesan Pembawa Virus Covid

Selangor Perkenal Kaedah Baharu Kesan Pembawa Virus Covid

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 332 hits
Kerajaan Selangor akan melaksanakan pendekatan baharu bagi mengesan kes jangkitan Covid 19 secara yang lebih menyeluruh Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari kaedah pengesanan terbaharu yang akan dilaksanakan adalah deng...
Guru Wanita Hamil Kes Indeks Kluster Baharu Di Sabah

Guru Wanita Hamil Kes Indeks Kluster Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 290 hits
Masidi Manjun berkata JKNS merekodkan 70 kes positif baharu Covid 19 yang menjadikan jumlah kumulatif 59 073 kes KOTA KINABALU Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesan dua kluster baharu Covid 19 iaitu Kluster Kebagu di sini serta Papar dan ...
Jumlah Kematian Meningkat Hospital Sg Buloh Sediakan Kontena Khas Untuk Simpan Mayat

Jumlah Kematian Meningkat Hospital Sg Buloh Sediakan Kontena Khas Untuk Simpan Mayat

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 273 hits
830 total views 830 views today Angka korban akibat COVID 19 terus meningkat dengan pertambahan 3 780 kes lagi semalam dengan 3 778 kes tempatan manakala 2 lagi kes import Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hantaran di Facebook memaklu...
Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Pesakit Covid 19

Hospital Sungai Buloh Terpaksa Sediakan Kontena Khas Simpan Jenazah Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 271 hits
Melihatkan kes Covid 19 berada dalam keadaan membimbangkan kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara sehingga 7 Jun depan Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan Jabatan Perubatan Forensik Hos
Demi Ilmu Guru Komited Memastikan Pdpr Berjalan Lancar

Demi Ilmu Guru Komited Memastikan Pdpr Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 1058 hits
Bermula Isnin ini sesi persekolahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah diyakini akan berjalan lancar Hashim Johari lebih bersedia mengendalikan kelas PdPr kali ini selepas mengharungi pelbagai cabaran tersendiri sebelum ini Beliau merupak...
Kluster Baharu Babitkan Pelajar Guru Sekolah Agama Di Papar Kata Masidi

Kluster Baharu Babitkan Pelajar Guru Sekolah Agama Di Papar Kata Masidi

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 245 hits
Masidi Manjun berkata berdasarkan penelitian kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada kontak rapat yang mempunyai gejala lebih awal KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata kluster baharu yang dic...
Jawatan Terkini Jpnin Guru Tabika Perpaduan Gaji Rm1 216 Rm5 672

Jawatan Terkini Jpnin Guru Tabika Perpaduan Gaji Rm1 216 Rm5 672

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 372 hits
Jawatan Terkini JPNIN Guru Tabika Perpaduan Gaji RM1 493 RM5 672 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan ko...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv