Jangan Terlalu Bebankan Guru Dengan Pdpr



Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet.
Bagi mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya lebih peka dalam sesi tahun ini selepas beberapa percubaan PdPR sebelum ini.
“Pelbagai isu timbul sepertimana sebelum ini. Isu kemiskinan digital yang menyebabkan kesenjangan pemilikan peranti dan juga kesenjangan akses kepada pembelajaran talian akan kembali.
“Walaupun kini sudah ada DidikTV, namun keberkesanannya masih diragui bukan sahaja oleh ibubapa, malah oleh majoriti guru-guru. Begitu juga bahan-bahan dari DidikTV yang sepatutnya ditempatkan di dalam portal milik KPM seperti Delima dan EduwebTV, tidak pula ditempatkan di sana.
“Ianya diletakkan di laman web Tonton milik syarikat TV swasta walaupun yang terlibat menghasilkan bahan-bahan tersebut adalah para guru KPM sendiri.
“Lebih malang kerana kecuaian seorang dua guru, sesetengah ibubapa dan warga net pula akan segera menyalahkan para guru dan menuduh mereka makan gaji buta.
“Hakikatnya majoriti para guru berhempas pulas untuk memastikan anak-anak murid mereka terdidik. Tiada istilah makan gaji buta sewaktu PKP dan PdPR bagi para guru,” kata Maszlee dalam satu kenyataan
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu lagi, guru-guru dalam sesi pengajian lepas telah berkorban kepada anak-anak murid yang tidak mempunyai talian internet atau peranti dengan mengedarkan helaian kerja atau kerja rumah untuk dibuat oleh murid-murid.
Katanya, ada juga yang melakukan pelbagai inisiatif sendiri demi memastikan tiada hari yang dilalui oleh anak-anak murid tanpa diisikan dengan perkara yang bermanfaat.
Oleh itu, Maszlee mencadangkan para guru yang menghadapi cabaran PdPR diberi elaun tambahan untuk memudahkan pengajaran mereka. Lebih-lebih lagi jika terpaksa membeli data internet tambahan.
“Di atas dasar inilah semenjak tahun lalu, saya telah berkali-kali membawakan isu insentif kepada para guru ini diberikan, samada di dalam sidang Parlimen, perbahasan Belanjawan 2021, mahupun di dada-dada media.
“Para guru amat memerlukan insentif ini demi menampung usaha mereka mendidik anak-anak murid. Di atas dasar ini jugalah, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) yang saya terajui, di dalam kenyataan medianya bertarikh 9 Mei 2021 telah mendesak agar kerajaan memberikan insentif tambahan kepada para guru apabila berlangsungnya PdPR untuk perbelanjaan data dan alat bantuan mengajar (ABM) mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Maszlee mencadangkan KPM memberikan bimbingan dan panduan yang cukup tentang pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian kepada guru-guru, terutamanya mengenai pengalaman di negara-negara maju yang terkenal dengan kualiti pendidikan mereka yang terkehadapan.
Begtu juga, katanya, kerja-kerja pengutipan dan penyelarasan data sekolah tidak boleh dibebankan kepada para guru, malah seharusnya dilakukan oleh pegawai tadbir di peringkat PPD, JPN, dan KPM.
“KPM sepatutnya telah mempunyai aplikasi pelaporan yang dipermudahkan melalui aplikasi telefon bimbit samada yang menggunakan sistem Android mahupun iOS.
“Sistem aplikasi inilah yang telah cuba dibangunkan melalui Jawatankuasa Dataraya (Big Data) yang telah dimulakan pada 1 Julai 2019, tetapi malangnya telah dibubarkan selepas bertukar kerajaan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN). Alangkah baiknya jika diteruskan usaha tersebut demi memudahkan kerja para guru,” katanya.
Oleh itu, Maszlee menggesa pihak KPM yang diterajui oleh Senator Dr Radzi Jidin dan kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Mah Hang Soon, dan Muslimin Yahaya untuk tidak mengabaikan kebajikan dan kepentingan para guru sewaktu PdPR dilaksanakan nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32144

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdpr Jangan Bebankan Guru Perkenal Pedagogi Baharu Sediakan Elaun Khas

Pdpr Jangan Bebankan Guru Perkenal Pedagogi Baharu Sediakan Elaun Khas

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 371 hits
Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet Bagi mantan Menteri P...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 630 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Demi Ilmu Guru Komited Memastikan Pdpr Berjalan Lancar

Demi Ilmu Guru Komited Memastikan Pdpr Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 1121 hits
Bermula Isnin ini sesi persekolahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah diyakini akan berjalan lancar Hashim Johari lebih bersedia mengendalikan kelas PdPr kali ini selepas mengharungi pelbagai cabaran tersendiri sebelum ini Beliau merupak...
Menerima Jangan Terlalu Mahu Mengubah

Menerima Jangan Terlalu Mahu Mengubah

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 514 hits
Assalammualaikum wbtMENERIMA JANGAN TERLALU MAHU MENGUBAHDari hatiMenerima itu dari hatiMengubah juga daripada hatiMenerima itu perlu dari luas dan tegarnya hatiMengubah juga mesti dari tulus dan kesanggupan hatiMenerima jangan terlalu berh...
Tanya Tugas Anak Ketua Dprd Malah Dapat Pelecehan Dari Guru Di Gunungkidul

Tanya Tugas Anak Ketua Dprd Malah Dapat Pelecehan Dari Guru Di Gunungkidul

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 278 hits
Endah menilai jika sekolah merupakan salah satu tempat rawan terjadinya tindakan asusila
Guru Besar Ditahan Salah Guna Kuasa

Guru Besar Ditahan Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 285 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL SHAH ALAM Guru besar di sebuah sekolah kebangsaan ditahan bagi membantu siasatan mengeluarkan wang bantuan zakat untuk anak anak asnaf untuk kepentingan dirinya dua tahun lalu Suspek berusia 50 an itu ditahan Suruh...
Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 494 hits
Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 Cabaran Cikgu Dahlia Sebagai Guru Pra Sekolah Di Pedalaman Dah baca kisah inspirasi dua orang guru iaitu dan yang aku kongsikan sebelum ini yang telah dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds...
Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Wdc888 5 Wdc888 Top 52 By Dante


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Macam Harimau Tapi Lebih Kecil Be Like

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Ryt Bank Bank Digital Baru Guna Ai Serius Best Ke

Best Ground Beef Hamburger Steak Recipe

Restoran Wajib Singgah Di Krabi Langka Suka Muslim Pattani Aonang Krabi Muslim Pattani Memang Padu

Tak Sangka 7 Tanda Tubuh Kita Penat Sangat Tapi Selalu Abaikan