Pdpr 2021 Bila Pembelajaran Anak Anak Carca Marba


assalamualaikum & salam sejahtera 😊
now cuaca dah kembali panas dan berangin, kan? hu hu hu 😄 moga di kawasan-kawasan yg dilanda banjir baru-baru ni bertambah pulih. semua boleh kembali ke rumah. panas hujan ni semuanya rezeki dan dugaan buat sesetengah dari kita. redha..

sesungguhnya, Menteri KPM dah pun buat pengumuman yg anak-anak akan belajar secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) mulai 20.1.2021. Kecuali utk anak-anak tingkatan 5 dan 6 sessi tahun 2020, akan proceed bersekolah utk ambil SPM, STPM, STAM, SKM dan SVM. in shaa Allah

masalah bagi sesetengah keluarga.tiada capaian internet. kurang gajet. ni yg membuatkan pembelajaran anak-anak tidak berkesan. aduhai... salah satu penyebab ni ialah ibu ayah terpaksa bekerja, kalau negeri tu PKPB. anak-anak di rumah tanpa cukup gajet. yg mampu, boleh la beli komputer atau phone extra. yg tak mampu? 😓 kena la cari jalan, kan

masalah bagi saya!saya dan mr.asben di ofis, anak-anak di rumah. ni hakikat yg terjadi tahun lepas sepanjang PKPP. saya hanya mampu pastikan mereka buat task yg diberikan oleh cikgu di telegram / whatsapp group. tapi, ulangkaji silibus lama atau belajar silibus baru, mereka sendirian berhad. tanpa guru dan tanpa ibu ayah

terutama utk Izzat (darjah 2). aduhai... takkan la nak suruh dia baca buku, kan. kak Nurin dan Syuhada boleh la dipaksa ulangkaji. Izzat? maybe dia pun masih blurrr dgn perkataan 'ulangkaji' 😄. camne tu? keje wajib. sekolah plak tutup. anak-anak di rumah tanpa cikgu tapi ada byk task dari sekolah. then, sessi pembelajaran akan tamat sebagaimana biasa. now, 2021 da masuk sessi yg baru. hmmmm... sessi lepas tak khatam sempurna, masuk plak data baru hu hu hu hu... carca marba

saya terbaca dlm BH Online hari ni :Dalam hal ini tak boleh nak dibandingkan dan semua pihak mesti terima keadaan PdPR adalah berasaskan keadaan kesediaan murid, selain objektif pengajaran guru terhad dan perlu dipelbagaikan mengikut kreativiti. Apabila keadaan kembali baik,mungkin guru boleh lakukan langkah lain untuk baik pulih masalah sepanjang pelaksanaan PdPR

baik pulih? larat ke cikgu-cikgu? nak ke cikgu-cikgu? cukup ke masa? seperti sessi 2020 yg lepas, naik sekolah selepas cuti lama PKP 1.0, terus proceed dgn chapter yg berikutnya. then sedang elok nak exam akhir tahun, PKPB semula hinggalah tamat sessi persekolahan 2020

tahun 2021, start dah gear D hari ini utk PdPR.kebetulan PKP 2.0 diwartakan di Melaka, saya da set utk anak-anak bertiga start PdPR hari ni. saya akan menjadi guru utk Syuhada (Ting. 2) dan Izzat (Darjah 3). diorang pun takkan mula PdPR online dgn cikgu 20.1.2021 ni. so, saya free la bersama mereka, tiada task dari cikgu sekolah

saya tak pandai
byk perkara saya da lupa 😅
sebelum ajar anak, saya belajar dulu dari YouTube

cara saya, saya akan belajar dulu. baca dulu buku diorang. korek-korek maklumat dari YouTube / internet. terutama pelajaran Ting. 2. wow, advanced! sememangnya dgn buat ulangkaji ni, saya sendiri tambah ilmu. refresh ilmu lama-lama yg da terkubur dlm diri ha ha ha ha 😄😄😄

bukan setakat tonton YouTube, siap buat latihan 😅
terutama maths. memang kena la sendiri buat
mujurlah buku teks sekolah menengah sessi 2020 belum dipulangkan

tahun lepas diakui pembelajaran anak-anak saya memang carca marba.pembelajaran mereka di tahap "saya tidak puas hati". mujurlah kak Nurin boleh berdikari. bolehlah diharap. maka, tahun ni, kebetulan PKP 2.0, saya ada di rumah sepenuhnya, boleh la kita mula awal skit PdPR. sambung PdPR last year

[ Baca : Tuisyen Di Rumah | Bilik tidur jadi bilik tuisyen ]


saya plan more to latihan. tidak byk ke arah pembacaan. membaca ni is boring! so, kita buat latihan. bilik tuisyen, kemudahan mengajar, buku teks, buku tulis lama... semua dah pun saya kemas-kemas dan yg tiada, saya wujudkan. 
moga PdPR round kedua saya dgn anak-anak berjaya. doakan ye. dan utk kita semua, in shaa Allah... tidak ke sekolah tidak bermaksud anak-anak kita keciciran, kan 😉  👌


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2021/01/pdpr-2021-bila-pembelajaran-anak-anak-carca-marba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Takut Ilmu Tak Masuk Awal Ashaari Risau Tengok Anak Anak Hadapi Pembelajaran Secara Online

Hiburan Takut Ilmu Tak Masuk Awal Ashaari Risau Tengok Anak Anak Hadapi Pembelajaran Secara Online

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 244 hits
Pengacara dan personaliti TV Awal Ashaari baru baru ini ada meluahkan rasa bimbang memikirkan keadaan pelajar sekolah yang terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sumber Instagram A...
Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

Murid Sekolah Rendah Tingkatan Satu Hingga Empat Ikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Mulai 20 Januari 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 484 hits
Semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah mulai 20 Januari ini Kementerian Pelajaran Malaysia dalam satu...
Pdpr 2021 Telah Bermula Kita Boleh La Jangan Risau

Pdpr 2021 Telah Bermula Kita Boleh La Jangan Risau

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 816 hits
assalamualaikum salam sejahtera gambaran Khamis pagi yang lepas Nurin orientasi online Tingkatan 4 Syuahda PdPR Tingkatan 2 saya siap siap pakai tudung takut ter appear kat video sekolah anak anak ha ha ha ha nampak tak Izzat tertiarap atas...
Pdpr 2021

Pdpr 2021

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 588 hits
Assalamualaikum jombelajarBA jalanterus
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 564 hits
Pdpr Untuk Anak Tapi Ibu Bapa Yang Penat Semenjak Menteri Pendidikan umumkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dilaksanakan sebagai alternatif pembelajaran norma baharu aku sebagai ibu bapa yang terlibat memang tak lena tidur Penat woi T...
Paru Paru Kanan Saya Dah Mula Ada Darah Beku Wanita Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19 Sepanjang Masa Fikirkan Anak

Paru Paru Kanan Saya Dah Mula Ada Darah Beku Wanita Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19 Sepanjang Masa Fikirkan Anak

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 459 hits
Umum tahu pandemik Covid 19 masih belum berakhir dan baru baru ini kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 secara bersasar di beberapa negeri yang mencatatkan kes positif tinggi Namun sejak dari Mac 2020 hingga ke hari i...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025