Pbrs Belum Cukup Kuat Untuk Bersinar Dalam Bn Penganalisis



PBRS belum cukup kuat untuk ‘bersinar’ dalam BN – penganalisis
Sebagai satu-satunya parti berasaskan etnik Kadazandusun Murut (KDM) dalam Barisan Nasional (BN), penganalisis berpendapat, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) belum cukup kuat untuk “bersinar” seperti PBS dan Upko dalam gabungan berkenaan.
Menurut sumber, PBRS yang lebih dikenali di kawasan pedalaman kini giat mengembangkan sayapnya di beberapa kawasan, khususnya di pantai barat Sabah.
Presidennya, Joseph Kurup juga secara terbuka menyuarakan hasrat parti itu untuk bertanding di Tuaran.
Selain PBRS, PBS dan Upko yang sebelum ini merupakan parti berasaskan KDM dalam BN, namun telah meninggalkan gabungan itu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, walaupun mempunyai kelebihan sebagai satu-satunya parti berasaskan KDM dalam BN, namun PBRS boleh dikatakan masih bergantung sepenuhnya kepada “bendera BN”.
Katanya, kemampuan PBRS belum lagi teruji untuk memberi impak atau membantu BN dalam PRU15.
“Hal ini kerana mereka terpaksa berdepan kemungkinan pertandingan pelbagai penjuru, khususnya dengan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).
“Keahlian PBRS tidaklah begitu besar dan cawangannya belum kukuh, selain kepimpinannya di pelbagai tempat belum tersedia dengan baik. Ini sesuai dengan kemampuannya hanya mempunyai satu kerusi Parlimen dan masih dilihat bergantung pada ‘bendera BN’.
“Mereka perlu bergerak ke depan dengan meningkatkan sokongan dan menambah keahlian serta bersatu padu agar dapat berkembang dalam BN seperti PBS dan Upko sebelum ini,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara pula berpendapat, sebagai parti tunggal berasaskan KDM dalam BN, PBRS mempunyai kelebihan untuk menarik semula sokongan etnik itu kepada BN.
Ini kerana katanya, PBRS mempunyai kelebihan dengan menggunakan semua jentera BN sedia ada, termasuk suntikan dana untuk merancakkan lagi kempen merekrut ahli baharu dan pembukaan cawangan parti.
Tambahan lagi beliau berkata, Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Kurup yang juga seorang pemimpin muda turut memberi sedikit kelebihan kepada PBRS dalam menarik sokongan golongan muda, khusus di kawasan luar bandar.
Namun katanya, antara cabaran utama PBRS ialah siapakah yang bakal diketengahkan sebagai calon di kawasan KDM.
“Harus diketahui juga, dalam konteks politik KDM, populariti dan personaliti pemimpin memainkan peranan penting untuk meraih undi serta mengekalkan sokongan,” katanya.
Dalam pada itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, PBRS perlu “mengukur baju di badan sendiri” sebelum meminta untuk bertanding di banyak kerusi pada PRU15.
“Buat kajian lapangan dahulu sama ada boleh menang atau tidak, baru minta kerusi (untuk ditandingi). Mereka juga perlu ambil keputusan ‘total loss’ pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang lalu sebagai pengajaran.”
Ketika PRN Sabah pada September 2020, PBRS yang menggunakan logo BN meletakkan calon di lima kerusi DUN, namun tewas kesemuanya. FMT
PBRS belum cukup kuat untuk ‘bersinar’ dalam BN – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/06/pbrs-belum-cukup-kuat-untuk-bersinar-dalam-bn-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Ketiga Tak Cukup Masa Untuk Pru15 Kata Penganalisis

Kuasa Ketiga Tak Cukup Masa Untuk Pru15 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA Penganalisis kurang bersetuju dengan gesaan mewujudkan gabungan pembangkang kuasa ketiga pada pilihan raya umum akan datang dengan berkata kumpulan itu tidak akan mempunyai masa yang mencukupi untuk merayu sokongan pengundi Mi...
Anwar Perlukan Pasukan Kuat Mantap

Anwar Perlukan Pasukan Kuat Mantap

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 209 hits
Anwar perlukan pasukan kuat mantapPosted By on May 09 2022Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan satu pasukan yang besar kuat lagi mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut calon Naib Presiden KEADILAN Datuk A...
Lama Dah Sembang Kuat Lekeh La Woiii

Lama Dah Sembang Kuat Lekeh La Woiii

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 245 hits
Isu air Kelantan bukan dapat selesai sekelip mata24 SEPTEMBER 2020KOTA BHARU Kerajaan Kelantan meminta rakyat negeri itu terus bersabar serta lebih memahami bahawa isu bekalan air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak bol...
Selagi Nama Umno Kuat Saja Sapu Sana Sini

Selagi Nama Umno Kuat Saja Sapu Sana Sini

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 210 hits
STEVEN SIMSudah tiba masanya kita mansuhkan khidmat outrider polis kepada Menteri Timbalan Menteri wakil rakyat Menteri Timbalan Menteri wakil rakyat jauh lagi kaum kerabat mereka semuanya bukan Raja Menteri Timbalan Menteri dah ada pilot d...
Mung Jangan Menggelabah Nik Amar Mung Relek La Dulu Sendirian Tak Kuat Ka Macamana

Mung Jangan Menggelabah Nik Amar Mung Relek La Dulu Sendirian Tak Kuat Ka Macamana

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 144 hits
Pas Kelantan masih buka ruang muafakat dengan UMNOWana Abd RahimMei 12 2022 MOHD AMAR Pas sentiasa buka ruang bukan sahaja dengan UMNO tetapi juga mana mana yang berpihak kepada Islam dengan Melayu kita boleh duduk bincang Gambar fail BERNA...
Pemimpin Sabah Kuat Berpolitik

Pemimpin Sabah Kuat Berpolitik

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 330 hits
Masa kempen pilihanraya bunyinya macam dan seolah Sabah sangat kuat dan mahu berdikari kerajaan pusat ganas dan zalim Bila sudah menang dan ada kedudukan suara Sabah untuk Sabah tenggelam cuma merdu sopan dan lemah lembut Aku pun Tak faham
Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal

Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 361 hits
Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal BINI AJAK BERADU TAPI ANDA RASA MACAM TAK LARAT NAK MENDAYUNG GARA GARA TAKDE MOOD STRESS DI TEMPAT KERJA BADAN LETIH LESU BALIK ...
Resipi Laksa Thai Kuah Pekat Sedap Menyengat Confirm Tak Cukup Makan Sepinggan

Resipi Laksa Thai Kuah Pekat Sedap Menyengat Confirm Tak Cukup Makan Sepinggan

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 271 hits
Hari Raya yang masuk hari ke lima hari ini pastinya bertambah meriah dengan kehadiran tetamu ke rumah Sediakan menu apa Pening memikirkan menu apa kata mama cuba Laksa Thai kuah pekat ini pulak untuk tetamu dan keluarga Sedap Resepi ni saya...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor