Pawagam Sedia Kembali Beroperasi Penerima Vaksinasi Lengkap Saja Dibenarkan Masuk


Walaupun sudah lama tidak beroperasi, kakitangan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan petugas juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.
KUALA LUMPUR: Selepas lama ditutup, pengusaha panggung wayang bersedia untuk kembali beroperasi, namun dengan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.


Menurut beliau, walaupun sudah lama tidak beroperasi, namun pengurusan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan kakitangan yang akan melayan pelanggan nanti juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.

“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi.

“Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.

“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.

Tambah beliau, banyak negara sudah mula membenarkan pawagam beroperasi namun di Malaysia, keadaannya berbeza malah panggung wayang adalah yang pertama ditutup namun terakhir dibenarkan beroperasi semula.


Jelasnya kepada Astro AWANI pada Sabtu, setakat ini tiada kluster dari pawagam dan pembukaan semula pastinya memberi manfaat kepada lebih 20,000 kakitangan dalam industri tersebut.

“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.

“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.

“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,” ujarnya.

Sementara itu, Mei Lee juga berharap kerajaan mengecualikan cukai hiburan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun selepas mereka kembali beroperasi dan pengurangan cukai untuk tahun-tahun berikutnya.

“Industri pawagam adalah industri yang dikenakan cukai tinggi… sekarang cukai (dikenakan) adalah 25 peratus. Jika dapat menurunkannya menjadi lima peratus, seperti apa dilakukan kepada taman tema, ia bagus untuk kami. Pawagam dibuka semula: GSC harap penonton patuh SOP “Ia seperti Kerajaan Negeri Selangor yang telah membenarkan taman tema diberikan pengecualian cukai sehingga Februari 2022 dan beberapa tahun selepas itu, pengurangan cukai hiburan.

“Jika inisiatif sama diberikan kepada industri pawagam, saya rasa itu akan sangat membantu kami untuk pulih,” katanya.


Astro AWANI pada Jumaat melaporkan isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Memetik ciapan Golden Screen Cinemas @GSCinemas yang memohon orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam, Annuar memaklumkan, kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat. – AWANI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/pawagam-sedia-kembali-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pawagam Bersedia Untuk Beroperasi Kembali Letak Syarat Pengunjung Perlu Lengkap Vaksinasi

Pawagam Bersedia Untuk Beroperasi Kembali Letak Syarat Pengunjung Perlu Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 312 hits
Nampaknya pengusaha pawagam sudah bersedia untuk kembali beroperasi Ketika bercakap kepada Astro Awani Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group Koh Mei Lee berkata mereka sudah bersedia untuk beroperasi dan akan memastikan pengun...
Kapasiti Penuh Kenderaan Dibenarkan Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Di Negeri Fasa 1

Kapasiti Penuh Kenderaan Dibenarkan Bagi Individu Lengkap Vaksinasi Di Negeri Fasa 1

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 378 hits
MALAYSIAKINI Tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi mereka yang sudah lengkap divaksin di negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara Sebaliknya bilangan penumpang dengan syarat sudah divaksin penuh berdasarkan kapasiti penuh ke...
Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 347 hits
Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara dikekalkan dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan digunapakai Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua pelajar tanpa mengira aliran b...
Alhamduillah Lengkap Vaksinasi Dua Dos

Alhamduillah Lengkap Vaksinasi Dua Dos

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum semua rakan rakan blogger Alhamduillah pada 28 Ogos 2021 yang lalu Naim selesai menerima vaksin dos kedua iaitu vatsin Naim terima iaitu Pfizer Vaksin Mereka berkata vaksin Pfizer kayangan semoga ia salah satu iktiar kita me...
Ppkm Kembali Diperpanjang Ini Daftar Daerah Masuk Ppkm Level 3

Ppkm Kembali Diperpanjang Ini Daftar Daerah Masuk Ppkm Level 3

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 276 hits
Tercatat ada 371 kabupaten kota di seluruh Indonesia yang masih akan menjalani PPKM level 3 Sementara yang di level 2 ada 59
Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 256 hits
Resort World Genting Malaysia akan kembali beroperasi dalam masa yang terdekat Khabarnya Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik keputusan Resort World Genting untuk membuka operasinya Ia salah satu petanda positif ...
Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 232 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Lembah Klang memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara pada Jumaat Penduduk Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid 19 masing mas...
Kerajaan Gagal Cuti Dua Minggu Kini Kembali Masuk Bertugas

Kerajaan Gagal Cuti Dua Minggu Kini Kembali Masuk Bertugas

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 209 hits
Syed Saddiq PM bazirkan peluang tak lantik Azalina Asyraf WajdiMalaysiakiniPresiden Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanmenyifatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah membazirkan peluang dalam pemilihan kabinetnya...
Kereta Bandara Railink Kembali Beroperasi Mulai 1 September 2021

Kereta Bandara Railink Kembali Beroperasi Mulai 1 September 2021

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 234 hits
Anggoro mengatakan beroperasinya kembali KA Bandara tersebut akan disertai dengan tarif promo khusus HUT PT KAI dan HUT PT Railink dengan diskon 76 persen
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur