Alhamduillah Lengkap Vaksinasi Dua Dos
Assalamualaikum semua rakan-rakan blogger. Alhamduillah pada 28 Ogos 2021 yang lalu Naim selesai menerima vaksin dos kedua iaitu vatsin Naim terima iaitu Pfizer Vaksin. Mereka berkata vaksin Pfizer kayangan, semoga ia salah satu iktiar kita membendung wabak Covi-19. Amin!
Naim ingin share pengalaman menerima vatsin dos kedua ini. Pada 28 Ogos lepas cuaca di Jitra sangat redup dan awan mendung berarak-arak di langit biru. Yang pasti temu janji untuk dos kedua adalah pukul 6 petang. Jarak di antara rumah Naim ke Pusat Pemberian Vaksin adalah lebih kurang 5 kilometer dan mengambil masa dalam setengah jam jika Naim memecut laju (merempit).
Sebenarnya pagi tersebut ada kawan sekampung WhatApps Naim mengatakan adik beliau yang temu janji petang dan pergi waktu pagi dan di katakan di PPV tersebut tidak ramai orang. Maybe ramai orang menangguh temu janji pada hari tersebut . Kerana di Kubang Pasu, Kedah kes baharu Covid-19 masih tinggi dan aktif dan rasanya mereka menangguh ke tarikh akan datang itu yang bermain-main di fikiran Naim.
Kawan sekampung mengajak Naim untuk mencuba pergi ke PPV pada waktu pagi tersebut dan Naim menolak menyatakan untuk pergi sebelah petang dan beliau juga kata pergi petang juga kerana membawa isteri beliau menerima vaksin di tempat lagi satu di Kubang Pasu. Selesai makan dan solat, Naim rehat sebentar kerana fikir hendak pergi PPV pada waktu 6 petang. Kerna cuaca di langit awan sekejap mendung dan sekejap mentari muncul diri.
Sekali lagi, kawan sekampung Naim WhatApps Naim menyatakan beliau telah datang ke PPV Dewan Tunku Anum Jitra dalam pukul 2 petang. Beliau kata tidak ramai orang. Naim berkata kepada beliau , on the way ke sana . Fikir keadaan cuaca tidak menentu, apa salahnya kita mencuba pergi awal. Jika rezeki dapat awal Alhamduillah dan jika tidak dibenarkan Naim balik dan pukul 6 petang pergi pula. Tepat pukul 3.15 petang Naim bertolak dari rumah terus PPV yang terletak Jitra jarak adalah 5 kilometer dan mengambil masa setengah jam.
Setelah sampai di PPV Dewan Tunku Anum sekitar 3.40 petang dan seterus ke khemah pendaftaran iaitu Check In di dalam MySejahtera dan anggota RELA menyuruh keluar kad vaksin untuk proses pendaftaran. Dan nombor di atas adalah angka giliran dan proses menunggu kini tiba. Untuk menerima dos kedua vaksin tidak perlu menulis sebarang borong dan hanya berikan kad vaksin kepada petugas untuk pendaftaran dan menerima nombor giliran.
Setengah jam menunggu di bawah khemah dan terasa bahang panas waktu petang dan angka giliran Naim di panggil dan Naim masuk ke dalam Dewan Tunku Anum.Proses seterusnya jumpa doktor yang bertugas menanyakan kesihatan kita hari ini dan menanya bagaimana kesihatan kita selepas menerima vaksin dos yang pertama. Naim menyatakan rasa lenguh tangan kiri dan sakit di tempat di cucuk tersebut.
Selesai berjumpa doktor dan tunggu menerima vaksin dan kira 10 minit menunggu nombor Naim di panggil untuk menerima vaksin dos kedua. Di dalam bilik tersebut juru rawat meminta Naim memberi no pengenalan diri dan beliau sahkan seperti lampiran borang yang dos pertama. Kemudian juru rawat seorang lagi sapu ubat dan tangan dan terdengar kalimah bismillah berserta jarum di suntik di tangan Naim dan di dalam hati terus berkata Aku bertawakal kepada Allah dan vaksin ini adalah iikhtiar mencegahkan daripada wabak Covid-19. Selepas itu duduk sebentar untuk mengambil kad vaksin dan Naim terus pulang ke rumah dan sampai ke rumah dalam pukul 4.30 petang.
Persediaan Awal Sebelum Menerima Vaksin Dos Kedua?
Sebelum terlupa ini ikhtiar yang Naim lakukan pada diri Naim sendiri sebelum menerima dos kedua. Apapun sebelum lakukan, sila amik nasihat doktor terlebih dahulu jika kalian ada sakit dan simptom penyakit kronik. Sebelum Naim pergi PPV , Naim ambil dua biji panadol sebagai persediaan dikatakan dos kedua ini kuat sedikit dan takut demam.Kiranya lepas 8 jam dari ambil sebelum pergi menerima vaksin dan lagi 2 biji panadol sebelum tidur. Yang pasti banyak kan minum kosong banyak agar tubuh badan kita hidrasi selepas menerima vaksin dos kedua ini.
Simpstom Selepas Menerima Dos Kedua Vaksin?
Simpstom biasa selepas menerima vaksin adalah lengun tangan kiri kerana Naim cucuk vaksin di tangan kiri. Lenguh tangan makan masa dua tiga hari juga mengikut kekuatan antibodi seseorang.
Alhamduillah , inilah serta sedikit pengalaman menerima vaksin dan ia salah satu ikhtiar kita di dalam menbendung penularan Covid-19 yang masih aktif di negara Malaysia.Vaksin ini ibarat helmet yang melindung kepala kita jika berlaku kemalangan , otak masih selamat tetapi badan pasti cedera parah. Begitulah juga dengan kita dengan Covid-19 ini. Vaksin bukan 100% melindung diri tetapi ia salah satu cara memberi kekuatan badan daripada kena Covid-19 yang tahap kronik seperti stage 4 dan stage 5. Ambillah vaksin sebagai ikhtiar melindung diri daripada wabak dan yang pasti jangan putus berdoa kepada ALlah agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. Amin!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/09/alhamduillah-lengkap-vatsinasi-dua-dos.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)