Pau Umno Di Persimpangan Pemimpin Tertekan


 



March 27, 2021 Ketika perwakilan Umno kali terakhir bertemu pada Disember 2019, suasananya meriah susulan siri kemenangan pilihan raya kecil selepas kecundang dalam pilihan raya umum 2018.
Pada hujung minggu ini, perkara lebih serius sedang berlaku, iaitu persoalan kelangsungan parti.
Pada 2019, setelah mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam empat pilihan raya kecil, Umno menjalin kerjasama Muafakat Nasional dengan PAS dan kerjasama orang Melayu itu berkembang dari satu tahap ke tahap berikutnya.
Kini hubungan Umno dengan rakan baharu, musuh lama dan “frenemies” baharu akan menjadi tumpuan.
Pemimpin Umno mesti memutuskan sama ada mahu “memuktamadkan” desakan akar umbinya supaya memutuskan hubungan dengan PPBM yang sebelum ini merupakan rakan parti itu.
Kepemimpinan Umno juga mesti menjawab soalan mengenai dakwaan rundingan rahsia dengan musuh ketat baharu, iaitu PKR, dan juga bekas musuh yang kini menjadi sekutu, PAS, yang dilihat berbolak-balik antara parti itu dengan PPBM.
Semasa perbincangan pada hari ini dan esok di perhimpunan agung tahunannya yang ke-74, pemimpin utama parti akan merasai tekanan – terutama presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.
Wan Agyl Wan Hassan.Perbicaraannya di mahkamah atas tuduhan rasuah kelihatan semakin “menyukarkan” dari sudut politik.
“Kami berharap kepemimpinan tertinggi akan mengesahkan pendirian majoriti bahagian, bahawa kami tidak mahu bekerjasama dengan PPBM,” kata Wan Agyl Wan Hassan, seorang pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan kepada FMT.
“Saya fikir wujud tekanan supaya kepimpinan mengesahkan pendirian bahagian, terutamanya mereka yang berada dalam kerajaan. Mereka mesti melakukannya. ”
Dilaporkan 147 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya yang akan datang, dan hanya menyokong kerajaan yang dipimpin Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.
Ada yang mahu hubungan itu diputuskan serta-merta. Keputusan itu akan menyebabkan “kluster Kabinet”, iaitu pemimpin Umno yang memegang jawatan dalam kerajaan berada dalam keadaan serba-salah.
Di sisi lain, Presiden PKR Anwar Ibrahim menimbulkan ribut baharu dengan mendakwa mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin Umno.
Wan Agyl, yang akan mewakili Pemuda Umno Wilayah Persekutuan ke perhimpunan sayap itu berkata, parti itu tegas tidak akan bekerjasama dengan PKR atau DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ramai yang berharap perhimpunan agung kali ini menetapkan haluan parti untuk pilihan raya akan datang.
“Semua harus mencapai persetujuan, dan terus melangkah maju. Sekiranya selepas kita menetapkan haluan, masih ada pihak yang berusaha supaya parti mengubah pendirian, maka itu tidak baik. Ini akan mempengaruhi persiapan kita untuk pilihan raya. ”
Wan Agyl berkata, semua pemimpin Umno, tanpa mengira Ahli parlimen, menteri atau pemegang jawatan dalam parti, mesti mengikut dasar dan mengutamakan kepentingan parti.
Kepimpinan parti itu sendiri menimbulkan persoalan kepada perwakilan. Dengan kes mahkamah Zahid masih tergantung, adakah beliau merupakan individu yang sepatutnya memimpin parti dalam pilihan raya dan masa depan?
Atau adakah perwakilan harus mencari kepimpinan baharu?
Perhimpunan ini tidak akan menyaksikan pemilihan pemimpin, tetapi persoalan peremajaan parti mungkin bermain di bibir perwakilan.
Awang Azman PawiIni memandangkan “kluster mahkamah”, iaitu pemimpin parti yang berdepan tuduhan di mahkamah, kelihatan bercanggah dengan “kluster Kabinet”.
Umno, yang menyambut ulang tahun ke-75 tahun ini, sangat memerlukan kepemimpinan yang bersatu untuk membawanya keluar dari tahap terendah dalam sejarah yang dihadapinya kini.
Penganalisis sosio-politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, beliau yakin akan berlaku perdebatan hangat mengenai hubungan Umno-PPBM.
“Saya tidak akan terkejut jika PPBM dijadikan sasaran, selain pemimpin Umno, seperti Annuar Musa, yang dilihat menentang desakan supaya memutuskan hubungan dengan PPBM.”
Jeniri AmirJeniri Amir, felo kanan Majlis Profesor Negara berkata, Umno tidak lagi dapat lari daripada menangani “masalah besar” dalam parti itu.
“Saya tidak melihat kepimpinan mempunyai pilihan lain selain memutuskan hubungan dengan PPBM. Jadi, saya tidak menjangka akan berlaku sebarang kejutan. ”
Dengan begitu banyak musuh baharu dan lama dan rakan yang tidak komited sepenuhnya kepada kerjasama, banyak perkara yang perlu diperkatakan oleh perwakilan Umno, selain masalah kepimpinan parti itu sendiri.
Buat julung-julung kalinya, senapang Umno tidak akan dihalakan kepada musuh kekal parti itu kali ini, iaitu DAP. 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/pau-umno-di-persimpangan-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
April Fool Paling Hebat Tahun Ini Ucapan Pemimpin Umno Dalam Pau

April Fool Paling Hebat Tahun Ini Ucapan Pemimpin Umno Dalam Pau

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 336 hits
perakinsights com Berapi berucap Bergegar pentas PWTC Siap tanya perwakilan Kalau boleh nak letak jawatan hari ini jugak Kalau selepas perhimpunan Agong UMNO sorang dua Menteri letak jawatan Ok jugak lah Sorang menteri pun takda hatta Timba...
Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

Ahli Pemimpin Umno Jalin Kerjasama Dengan Pkr Dan Dap Boleh Di Ambil Tindakan Displin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA NERUS Mana mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Tertinggi sudah membuat kep...
Pemimpin Umno Masih Dlm Dunia Gelap Mereka Yg Keliru

Pemimpin Umno Masih Dlm Dunia Gelap Mereka Yg Keliru

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 244 hits
Sblum Pru 14 pemimpin tertinggi umno dikelilingi oleh RBA2 upahan dap n PKR RBA2 ini memainkan peranan utk mengangkat tinggi2 emosi n keyakinan pemimpin2 umno n ahlinya bahawa umno Sama sekali tidak Akan tewas Malah umno tetap reliven dan d...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 249 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Pemimpin Utama Rosakkan Parti Umno

Pemimpin Utama Rosakkan Parti Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 176 hits
Selamat bersidang wahai sahabat sekelian Saya melihat dari seberang aksi perwakilan UMNO Sedarlah parti kita sedang dirosakkan oleh pemimpin durjana yang ada kepentingan diri Walau apa pun cakap Zahid dan cluster 6 jahanan memberi alasan ti...
Kesan Keputusan Umno Dalam Pau Semalam

Kesan Keputusan Umno Dalam Pau Semalam

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 231 hits
ULASAN PAUPAU 2020 yang diadakan 28 Mac 2021 PERHIMPUNAN Agung Umno 2020 yang tertangguh sejak setahun lalu telah diadakan dan sudah berakhir semalam PAU semalam dilihat dari berbagai sudut dan kepentingan dengan citarasa masing masing sesu...
Menjelang Pau Najib Minta Bincang Rancangan Mahu Musnah Gantikan Umno

Menjelang Pau Najib Minta Bincang Rancangan Mahu Musnah Gantikan Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA DATELINEMenjelang Perhimpunan Agung Umno hari ini dan esok bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak meminta perwakilan membincang dan membuat rancangan untuk menyelamatkan Umno Ini kerana kata beliau ada parti parti tertentu membua...
Video Pau Umno 2020 Pemuda Umno Belasah Pas Di Hadapan Perwakilan Dan Wak

Video Pau Umno 2020 Pemuda Umno Belasah Pas Di Hadapan Perwakilan Dan Wak

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 270 hits
Umno belasah Pas kerana Pas masih bersama Bersatu Umno pun lupa pemimpin mereka sendiri masih makan disuap oleh Muhyiddin Jawatan Menteri GLC kemudahan suapan untuk Umno
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 203 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian