Patutlah Wi Fi Kat Rumah Slow Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Punca
Kebanyakan orang menyedari bahawa internet sangat penting dalam dunia yang dipenuhi dengan teknologi maklumat ini. Dengan mempunyai sambungan internet Wi-Fi di rumah, pengguna lebih mudah melayari internet tanpa risaukan kuota internet mereka habis. Namun begitu, kebanyakan orang menyedari bahawa sambungan Wi-Fi di rumah mereka semakin perlahan.
Berikutan itu, ramai pengguna yang menyangka sambungan internet yang perlahan itu disebabkan oleh tetapan router atau perkhidmatan yang teruk oleh syarikat telekomunikasi. Namun, tidakkah anda sedar bahawa barangan dan perabot di dalam rumah anda juga dapat menyekat dan memperlahankan sambungan Wi-Fi anda?
Perabot
Perabot yang berada di dalam rumah sangat penting bagi keselesaan ahli rumah dan juga dapat menghiasi ruangan rumah menjadi lebih cantik. Namun, disebabkan perabot yang banyak dan juga yang bersaiz besar menyebabkan isyarat Wi-Fi anda terhalang dan menjadikan sambungan Wi-Fi menjadi perlahan. Tambahan lagi, router Wi-Fi yang diletakkan disebalik perabot juga boleh mempengaruhi sambungan internet menjadi perlahan.
Gambar: Afw.com
2. Kaca
Kegunaan kaca seperti yang berada di tingkap pada rumah anda juga akan memperlahankan sambungan internet. Perkara ini adalah kerana gelombang Wi-Fi tersebut akan terpantul kembali ketika cuba melalui cermin kaca yang terdapat di rumah anda. Selain itu, kaca yang berwarna juga memberi kesan kepada prestasi Wi-Fi anda kerana kaca berwarna mempunyai filem metalik yang merupakan penghalang kepada Wi-Fi.
Gambar: Brume
3. Jubin Seramik
Jubin seramik kebiasaannya digunakan di dinding dan lantai bilik mandi, ruangan dapur dan beberapa kawasan rumah yang lain kerana mempunyai kecantikan yang tersendiri. Namun begitu, disebabkan jubin seramik mempunyai ketumpatan yang tinggi, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan sambungan internet anda.
Gambar: besttablesforkids
4. Dinding Konkrit.
Sama ada anda menggunakan batu atau bata pada dinding anda, harus disedari bahawa objek tersebut boleh menjejaskan sambungan Wi-Fi anda. Perkara ini adalah kerana semakin tebal dinding konkrit anda, semakin terhalang dan lemah sambungan Wi-Fi anda. Oleh itu, router Wi-Fi tersebut sebaiknya diletakkan di kawasan yang terbuka tanpa sebarang dinding.
Gambar: aliexpress
5. Peralatan Elektronik dan Logam
Peralatan yang memudahkan urusan di rumah anda seperti peti sejuk, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, penghawa dingin dan juga televisyen juga menyebabkan sambungan internet anda perlahan. Perkara ini adalah kerana peralatan logam dan elektronik ini dapat menghalang sambungan anda terus ke peranti yang anda gunakan seperti komputer riba dan juga telefon bimbit.
Gambar: TripAdvisor
6. Air
Air sudah pastinya merupakan keperluan asas kepada manusia terutamanya untuk mandi dan membersihkan peralatan yang terdapat di rumah. Namun, sejumlah air yang banyak seperti di dalam akuarium pastinya menyebabkan sambungan Wi-Fi anda terjejas sehingga menjadi perlahan.
Gambar: Youtube
Kebanyakan senarai barangan dan perabot yang terdapat dalam rumah merupakan keperluan asas yang sememangnya diperlukan. Namun begitu, anda boleh memastikan sambungan Wi-Fi anda berpotensi dengan baik sekiranya meletakkan router tersebut pada tempat yang tepat dan sesuai agar sambungan tanpa wayar tersebut tidak dihalang oleh barangan tersebut.
Sumber: Free Wifi Hotspot
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/06/28/patutlah-wi-fi-kat-rumah-slow-rupanya-benda-dalam-rumah-ni-yang-punca/