Patutlah Slow Rupanya Cara Detect Pencuri Wifi Lelaki Ini Kongsi Enam Langkah Mudah
Mudah je rupanya nak mengesan 'penceroboh' WiFi di rumah.
RAMAI antara kita bergantung kepada Wireless Local Area Network atau WiFi buat masa ini terutamanya golongan pekerja untuk bekerja dari rumah dan pelajar yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.
Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan permintaan tinggi kepada perkhidmatan jalur lebar terjadinya pencerobohan kepada rangkaian WiFi di kediaman.
Sudahlah membayar jumlah bil yang mahal, terpaksa pula menunggu lama susulan ‘connection’ yang perlahan.
Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan bermacam aktiviti tergendala dan urusan terbantut.
Berbicara mengenai sambungan WiFi yang perlahan di rumah, tidak salah jika sesekali korang memeriksa jumlah peranti dan siapa yang menggunakannya. Justeru, ikuti cara mudah untuk memeriksa pencerobohan pada WiFi kediaman dan mengenalpasti ‘penceroboh’ yang dikongsikan pengguna TikTok @hafizi.zain,
Katanya, terdapat cara untuk mengenalpasti penceroboh WiFi dengan beberapa langkah seperti berikut:
1.Muat turun aplikasi Fing pada Google Play Store dan App Store.
2.Klik terima terma dan syarat serta kebenaran akses fungsi lokasi pada aplikasi ini.
3.Setelah selesai bahagian ‘setting,’ aplikasi berkenaan akan memaparkan nama sambungan WiFi yang digunakan.
4.Kemudian korang perlu ke bahagian menu sambungan WiFi ini, klik pada ‘scan for devices.’
5.Menerusi pilihan tersebut, korang akan melihat senarai peranti yang sedang menggunakan sambungan WiFi berkenaan.
6.Kata Hafizi, jika ada yang meragukan, korang boleh ke bahagian ‘remove device’ dan ‘delete’ bagi menyekat sambungan wifi ke peranti berkenaan.
@hafizi.zainJom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 ##tiktokguru ##viral ##tipswifi ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia ##foryou♬ Epic Music(842228) – Pavel
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui WiFi kediaman diceroboh tanpa disedari.
Menurut Hafizi, menukar kata laluan rangkaian Wifi adalah cara terbaik untuk mengatasi pencerobohan berulang kali WiFi.
Video berdurasi satu minit 23 saat itu memberikan manfaat dan ilmu baru. Rata-rata netizen berpuas hati dan mengakui tidak sedar WiFi diceroboh.
Semoga dengan perkongsian ini korang dapat menikmati kelajuan WiFi yang sepatutnya.
Untuk pengetahuan semua, tidak sekadar penceroboh, WiFi juga boleh berfungsi perlahan sekiranya menggunakan router yang lemah, lokasi peletakan router di tempat tertutup atau saiz kediaman yang besar.
Sumber: TikTok @hafizi.zain
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://gadgetide.blogspot.com/2021/08/patutlah-slow-rupanyacara-detect.html