Patut Tun M Bagi 40 Menteri Tak Tahu Pengeluaran Sawit



KUALA LUMPUR - Gara-gara silap sebut hektar sebagai ekar bagi hasil sawit negara, Menteri Industri Utama, Teresa Kok teruk dibuli di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika menjawab pertanyaan Perbahasan Kahian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) mencelah berkenaan kenyataan Teresa, kelmarin yang menyebut 1 ekar boleh menghasilkan 12 hingga 15 tan sawit.
"YB menteri bukan soal tolong atau tak tolong, ini soal fakta. Syarikat pengeluar besar mana pun mereka tidak juga boleh menghasilan 1 ekar 4 tan seperti dimaklumkan menteri. Jangan sampai nanti menteri dituduh 'mislead' di Dewan Rakyat.
"Mana ada ladang dalam dunia ini yang diurus dengan baik, benih baik sekalipun, tidak akan dapat mengeluarkan 1 ekar 4 tan, apatah lagi 8 tan, 12 tan.
"Jadi menteri, pergi belajar dengan pegawai MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) mengenai kelapa sawit, jangan sampai kita dituduh tidak ada pengetahuan langsung untuk kita beri fakta kepada masyarakat," katanya.
Susulan itu, Teresa segera membetulkan kenyataannya yang diakui berlaku kesilapan.
"Memang semalam atau hari sebelumnya saya sebenarnya silap cakap bukan 1 ekar tapi 1 hektar. Ok?," katanya.
Namun jawapannya itu tetap menerima bantahan malah menurut Bung, meskipun keluasan tanaman sawit 1 hektar, ia masih tidak dapat mencapai hasil sehingga 15 tan.
"1 hektar pun tak dapat menteri, walau macam mana pun.  Kalau tak percaya menteri cuba tanam 1 hektar, jaga baik-baik," katanya.
Sementara, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata berdasarkan pengalamannya menanam sawit angka itu tetap tidak dapat dicapai.
"Saya nampak YB menteri bersemangat nak membantu pekebun, tahniah. Tapi apa maklumat yang disampaikan semalam saya memang terkilan. 1 hektar sama dengan 2.47 ekar jadi katakan 12 hingga 15 tan, maksudnya purata kena sama dengan 5 tan atau 6 tan untuk 1 ekar. Ini memang tak dapat YB.
"Saya pernah tanam kelapa sawit paling baik lazimnya 0.6 tan hingga 1 tan untuk 1 ekar, bergantung kepada berapa baja ditaburkan. Kalau baka terbaik sekalipun, ia hanya tambah 30 peratus hasil.
"Saya tak tahu bagaimana pegawai boleh bagi satu angka sampai 12 tan hingga 15 tan sebab itu saya minta pegawai bagi angka yang betul kepada menteri. Kalau tidak nanti orang gelak, tarik balik, tiada siapa rasa ini masuk akal sebab ia memang tak mungkin berlaku," katanya.
Teresa kemudiannya membacakan fakta pengeluaran minyak sawit di negara ini bagi tahun lalu.
"Pada 2017, purata pengeluaran SSP adalah 17.89 tan per hektar manakala purata pengeluaran minyak sawit mentah adalah antara 3.53 tan sehingga 4 tan per hektar setahun.
"Kalau nak dengar ucapan saya yang lalu ada saya tak pernah kata satu bulan. (Datuk Seri) Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang tambah, masuk dalam Twitter, seluruh dunia kecoh," katanya.
Ka Siong sekali lagi mencelah memberitahu pekebun kecil menjual sawit pada setiap bulan bukan setiap tahun. 
Teresa kemudiannya berkata, "saya berucap semua mahu kacau saya. Saya tahu."
Dalam pada itu, Bung turut mencelah, "kalau 4 tan setahun, terlampau rendah YB."
Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kemudian meminta Teresa menarik balik fakta tersebut supaya rakyat tidak tertanya-tanya.
Namun Teresa menegaskan tiada keperluan menarik balik fakta tersebut.
"Tarik balik apa? Saya sudah ulangi. Bagi syarikat peladangan yang baik, saya dapat angka ialah ia boleh keluarkan 8-10 tan CPO 1 hektar setahun. Ini cukup," katanya sambil meneruskan ucapannya. - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&hl=en-US&passive=true&continue=https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL%3Dhttp://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/patut-tun-m-bagi-40-ment

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Sebab Kenapa Tun M Mahu Semula Menjadi Menteri Pendidikan Logik Juga Alasan Tun M

Ini Sebab Kenapa Tun M Mahu Semula Menjadi Menteri Pendidikan Logik Juga Alasan Tun M

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 305 hits
Ini Sebab Kenapa Tun M Mahu Semula Menjadi Menteri Pendidikan Logik Juga Alasan Tun M Ini Sebab Kenapa Tun M Mahu Semula Menjadi Menteri Pendidikan Logik Juga Alasan Tun M
Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 732 hits
BERSATU bahagian Setiawangsa mahu pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang Sehubungan itu pada persidangan pertama BERSATU bahagian Setiawangsa semalam mereka memb...
Pelawaan Tak Masuk Akal Adakah Daripada Sedap2 Sebagai Perdana Menteri Tun M Mahu Jadi Ketua Pembangkang

Pelawaan Tak Masuk Akal Adakah Daripada Sedap2 Sebagai Perdana Menteri Tun M Mahu Jadi Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 398 hits
Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai ramai menyertai Bersatu Annuar Musa tampil mempelawa Perdana Menteri dua kali itu supaya kembali semula ke pangkuan UMNO Sesungguhnya kata Setiausaha Agung UMNO itu ...
Parlimen 2018 Kecoh Bung Moktar Tun Mahathir Bagi Markah 40 45 Kepada Menteri Patut Kurang Lagi

Parlimen 2018 Kecoh Bung Moktar Tun Mahathir Bagi Markah 40 45 Kepada Menteri Patut Kurang Lagi

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 365 hits
Parlimen 2018 Kecoh Bung Moktar Tun Mahathir Bagi Markah 40 45 Kepada Menteri Patut Kurang Lagi
Ha Ha Ha Menteri Arab Kata Rm2 6b Tiada Kaitan Dengan Saudi Saifuddin

Ha Ha Ha Menteri Arab Kata Rm2 6b Tiada Kaitan Dengan Saudi Saifuddin

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 418 hits
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al Jubeir menyatakan derma RM2 6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifu...
Laaaaaa Menteri Dan Timbalan Menteri P H Makan Gaji Buta

Laaaaaa Menteri Dan Timbalan Menteri P H Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 333 hits
AWAT NYAAAAA MAKAN GAJI BUTA KAAAA Pak Karamu Menteri timbalan perlu hadir sesi soal jawab Dewan Rakyat 26 Oktober 2018 Datuk Mohamad Ariff Md Yusof KUALA LUMPUR Menteri atau timbalan menteri perlu hadir bagi menjawab soalan dalam sesi soal...
Menteri Arab Kata Raja Arab Tak Derma Pun Rm 2 6 Bilion

Menteri Arab Kata Raja Arab Tak Derma Pun Rm 2 6 Bilion

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 521 hits
Apa ni Jib dulu kau cakap Putera Saudi bagi derma 2 6 bilion tapi la ni Menteri Luar Arab cakap duit tu tak dak kena mengena dengan gomen arab pun Kau dapat derma dari Putera bunian kot Jib Tapi tak dak pun Putera Arab Buluh Betong Wak Jahi...
Tular Kan Surat Menteri Kewangan Tidak Bermoral Pemerhati Politik

Tular Kan Surat Menteri Kewangan Tidak Bermoral Pemerhati Politik

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 197 hits
Surat tular aibkan KelantanKOTA BHARU Penularan surat yang dikaitkan dengan pendahuluan kewangan untuk Kerajaan Kelantan boleh mengaibkan negeri ini di samping membuktikan ketidakupayaan integriti kerajaan PH Pemerhati Politik Mohd Sayuti O...
Sekolah Vernakular Halang Perpaduan Perdana Menteri

Sekolah Vernakular Halang Perpaduan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR 17 Safar 1440H Jumaat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat lapor portal New Malaysia Times Pada permulaannya kita mahu mempu...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies