Apa yang dikesalkan sekarang adalah pihak pengurusan premis menjual ayam yang berperisa pedas extrim 3x. MYiDEAKiNi membuat pesanan di kaunter layan diri dengan memilih menu set ayam spicy sahaja. Dan selepas sahaja selesai membuat pesanan di kaunter layan diri dan proses seterusnya adalah membuat bayaran di kaunter bayaran dan juruwang menyatakan bahawa pesanan set ayam spicy tiada dan cuma tinggal ayam yang pedas extrim 3x. Jadi MYiDEAKiNi bersetujulah dengan cadangan juruwang tersebut untuk memilih ayam pedas extrim 3x. Ini adalah kali pertama MYiDEAKiNi mencuba ayam extrim pedas 3x ini memandangkan MYiDEAKiNi tidak boleh makan ayam pedas lagi kerana tahun sebelum ini telahpun mengalami masalah buasir. Diikutkan dahulunya MYiDEAKiNi adalah seroang penggemar pedas dalam semua jenis masakan
Selepas memakan ayam pedas extrim 3x satu ketul, memang sudah tidak boleh tahan pedasnya sehingga terpaksa pergi ke tandas untuk membuang air pedas (air liur pedas) supaya mengurangkan tahap pedas itu sehinggakan perut juga merasakan pijau dan pedih ketika itu. Apa yang MYiDEAKiNi hendak sampaikan disini ialah pihak pengurusan premis atau bertugas sepatutnya memastikan menu yang terpapar di sistem layan diri sentiasa ada. Tidak semua pelanggan yang suka dan akan makan ayam extrim pedas 3x seolah-olah hanya memfokuskan dengan jualan ayam pedas extrim 3x, malah tidak menghiraukan keinginan dan kepuasan pelanggan. Ini dikatakan pihak pengurusan atau bertugas hanya lebih mementingkan hasil jualan. Jika anda yang tidak sukakan pedas mungkin akan rasa sepertimana MYiDEAKiNi rasakan ketika itu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |