Patriot Gesa Campur Tangan Tentera Pada Perhimpunan Anti Icerd


Diterbitkan 24 Nov 2018, 4:26 petang


Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada 8 Disember ini.

Presiden persatuan veteran tentera itu, Mohamed Arshad Raji juga menggesa penganjur mempertimbangkan semula perhimpunan itu yang pada asalnya bertujuan menolak Icerd tetapi bertukar menjadi sambutan kesyukuran.

Arshad melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan itu bakal mencetuskan rusuhan kerana mendakwa banyak ucapan dan kenyataan panas dibuat termasuk mengorek semula insiden 13 Mei.

"Kebanyakan yang hidup dalam tempoh gelap itu tidak mahu menyaksikan adegan kemusnahan dan mayat dibakar di sepanjang jalan-jalan di Kuala Lumpur lagi.

"Kami, anggota Patriot yang telah berkhidmat dengan angkatan bersenjata dan polis selama tempoh tersebut dalam sejarah negara kita, adalah saksi terhadap adegan yang mengerikan itu.
"Oleh sebab itu, kami menyeru para penganjur perhimpunan anti-Icerd pada 8 Disember, yang pada awalnya perhimpunan berasaskan Melayu, tidak meneruskan acara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Arshad juga menggesa Pangima Angkatan Tentera, Zulkifli Zainal Abidin menjanjikan sokongan ketenteraan kepada pasukan polis sekiranya perhimpunan itu tidak dapat dikawal.

"Memandangkan desakan penganjur perhimpunan itu diteruskan, dan ditambah pula dengan kebimbangan masyarakat umum mengenai situasi keganasan yang mungkin berlaku akibat perhimpunan itu, Patriot menggesa Panglima Angkatan Tentera tampil dengan pengumuman dan komitmen bahawa angkatan bersenjata akan tampil ke hadapan untuk menyokong polis sekiranya ada perkara yang tidak diingini semasa perhimpunan.

"Pengumuman sedemikian akan memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa keselamatan dan kententeraman mereka terjamin," katanya.

Pada September lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu di perhimpunan agung PBB bahawa Malaysia akan menandatangani kesemua baki konvensyen hak asasi manusia.
Kenyataan itu menyebabkan bantahan banyak pihak, terutamanya parti pembangkang dan NGO Melayu Islam, yang bimbang ratifikasi Icerd akan menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Islam dalam Perkara 153 perlembagaan persekutuan meskipun kerajaan memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Ia kemudian membawa kepada pengumuman PAS dan Umno untuk mengadakan protes bersama pada 8 Dis di Kuala Lumpur.

Ummah, sebuah gabungan NGO-NGO Islam, mendakwa telah memohon untuk mengadakan perhimpunan itu dengan berjanji sekurang-kurangnya 500,000 akan berkumpul di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam memutuskan untuk tidak meratifikasi Icerd.

Namun Ummah menegaskan akan terus berhimpun dengan menyatakan himpunan tersebut bukan lagi berbentuk bantahan sebaliknya menjadi majlis kesyukuran


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/patriot-gesa-campur-tangan-tentera-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

Patriot Bimbang Rusuhan Di Himpunan Bantah Icerd Gesa Tentera Sokong Polis

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 324 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan menggesa campur tangan pihak tentera sekiranya berlaku rusuhan pada perhimpunan untuk membantah Konvensyen Antabangsa Mengenap Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada 8 Disember ini Presiden persatuan v...
Armed Forces Must Step In If Riots Erupt At Anti Icerd Rally Patriot

Armed Forces Must Step In If Riots Erupt At Anti Icerd Rally Patriot

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 387 hits
Patriot has called for military intervention should riots break out at the Dec 8 rally to celebrate the non ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination Mohamed Arshad Raji the presid...
Icerd Muhyiddin Saran Tak Perlu Buat Perhimpunan

Icerd Muhyiddin Saran Tak Perlu Buat Perhimpunan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 378 hits
PUTRAJAYA Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tiada keperluan untuk pihak yang berkenaan mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum kerana kerajaan telah...
Why Just Hold Anti Icerd Rally Why Not Hold Anti Corruption 1mdb Rally As Well Kit Siang Challenges Cosy Zahid Hadi

Why Just Hold Anti Icerd Rally Why Not Hold Anti Corruption 1mdb Rally As Well Kit Siang Challenges Cosy Zahid Hadi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 368 hits
PERAK 18 11 2018 Thousand of protesters comprising from political party Umno and Pas and non governmental organisations gathered at the Kampung Gajah taxi stand to oppose the ratification of the ICERD MALAYMAIL Farhan NajibWill UMNO and PAS...
Bantah Icerd Mufti Perlis Cadang Tukar Kepada Perhimpunan Survival Umat

Bantah Icerd Mufti Perlis Cadang Tukar Kepada Perhimpunan Survival Umat

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR 27 Nov Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangan agar perhimpunan bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum ditukar kepada kepada Perhimpunan Survival Umat Menurut beliau ber...
Pas Instructs Members To Show Up For Anti Icerd Rally

Pas Instructs Members To Show Up For Anti Icerd Rally

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 282 hits
PAS has instructed all its members to attend the rally against the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination on Dec 8 According to PAS secretary general Takiyuddin Hassan they have...
Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam proses pemilihan parti Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata demikian walaupun terdapat banyak permintaan d...
No Notice So Far Of Anti Icerd Rally In Negeri Say Cops

No Notice So Far Of Anti Icerd Rally In Negeri Say Cops

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 538 hits
The police said today they have received no notification of a planned gathering in Seremban on Friday to protest the proposed ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination Negeri Sembi...
Don T Make Provocative Statements Muhyiddin Warns Anti Icerd Rally Participants

Don T Make Provocative Statements Muhyiddin Warns Anti Icerd Rally Participants

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin has reminded those attending the mega rally to oppose the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination to refrain from making provocative stateme...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi