Pasukan Pembelaan Rosmah Mansor Tak Yakin Hakim Dapat Berikan Keputusan Yang Adil




KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa, mereka tidak yakin Hakim Mahkamah Tinggi dapat memberi keputusan yang adil dalam perbicaraan pengubahan wang haram, dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor

Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata demikian ketika hujahan kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan Rosmah.
Firoz Hussein yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, Rosmah bimbang hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar empat kes dihadapinya, dapat memberi keputusan yang saksama.
Peguam itu juga berkata, permohonan kedua anak guamnya tidak boleh dikatakan menyalahgunakan proses mahkamah kerana bersandarkan alasan berbeza.
Menurutnya, ada risiko kes lucut hak harta Rosmah dan keluarganya berkaitan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan mempengaruhi hakim Mohamed Zaini.
“Selain kes lucut hak harta itu, Yang Arif turut mendengar kes laporan audit terhadap suami anak guam saya, Datuk Seri Najib Razak.
“Kami bukan mempersoalkan integriti Yang Arif tetapi ini adalah soal kelemahan manusia, kerana Yang Arif sudah mendengar keterangan saksi dan bukti terhadap tertuduh dan keluarganya,” katanya.
Dalam pada itu, pasukan pendakwaan memohon hakim Mohamed Zaini tidak menarik diri.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, hakim perlu kekal kerana keterangan kes pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah, belum didengar.
Menurutnya, hakim Mohamed Zaini sudah memutuskan bahawa kes projek tenaga solar dan pengubahan wang haram adalah unik, berbeza dan tiada kaitan antara satu sama lain.
“Ini menunjukkan berlaku menyalahgunakan proses mahkamah memandangkan telah memutuskan permohonan sama tahun lepas.
“Oleh itu kami menyatakan permohonan kali kedua oleh pihak pembelaan, supaya Yang Arif menarik diri daripada mendengar kes ini (pengubahan wang haram) ditolak,” katanya.
Pada Disember tahun lalu, hakim Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah untuk menggugurkannya daripada mendengar kes.
Rosmah membuat permohonan itu dengan alasan, bimbang sekiranya wujud risiko berat sebelah.
Menurutnya, keterangan yang dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek tenaga solar dikhuatiri akan mempengaruhi hakim dalam kes pengubahan wang haram.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan 21 Mac depan untuk keputusan.
Rosmah, 71, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama. #sumber



http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/pasukan-pembelaan-rosmah-tidak-yakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembelaan Tutup Kes Rasuah Rosmah Mansor Selepas 42 Hari Bicara Di Mahkamah Tinggi

Pembelaan Tutup Kes Rasuah Rosmah Mansor Selepas 42 Hari Bicara Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 188 hits
KUALA LUMPUR Selepas 42 hari perbicaraan dengan mendengar keterangan 25 saksi perbicaraan kes rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berakhir hari ini Dalam prosiding hari ini P...
Jangan Percaya Penyebaran Video Mengenai Keputusan Rtk Antigen Meragukan

Jangan Percaya Penyebaran Video Mengenai Keputusan Rtk Antigen Meragukan

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 519 hits
March 7 2022 Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata RTK tanpa kelulusan adalah satu kesalahan iaitu sama seperti penjualan sijil vaksinasi palsu BAGAN SERAI Orang ramai dinasihat supaya tidak mempercayai pelbagai video di m...
Zahid Ingatkan Tajuddin Keputusan Parti Perlu Dihormati

Zahid Ingatkan Tajuddin Keputusan Parti Perlu Dihormati

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 170 hits
Isu dalaman parti tidak seharusnya dijadikan bahan perbahasan Titah Ucapan Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pentas terbaik untuk membincangkan isu dalaman UMNO ialah mesyuarat Majl...
Badminton Terbuka Jerman 2022 Jadual Keputusan

Badminton Terbuka Jerman 2022 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 454 hits
Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2022 akan bermula dari 8 hingga 13 Mac ini Yonex Gainward German Open 2022Tarikh 8 13 Mac 2022Kategori BWF World Tour Super 300Venue Muelheim an der Ruhr JermanPemain MalaysiaPerseorangan Lelaki Lee Zii Ji...
Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 441 hits
Rundingan telah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan bahawa negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air yang besar di utara Perak menurut Tuan Ibrahim MUAR Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang d...
Prn Johor Rumusan Keputusan Simulasi Tarikh

Prn Johor Rumusan Keputusan Simulasi Tarikh

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 394 hits
HASIL SIMULASIKEPUTUSAN PRN DUN JOHORPADA 4 MAC 2022DISEDIAKAN OLEH CIKGU LINSEMAKAN LEBIH DETAILHUBAYA HUBAYA
Jakarta Ppkm Level 2 Wagub Tunggu Keputusan Ptm Dapat Kembali 100 Persen

Jakarta Ppkm Level 2 Wagub Tunggu Keputusan Ptm Dapat Kembali 100 Persen

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 255 hits
Merujuk dengan tren penularan yang mulai melandai Riza berharap pelaksanaan PTM dapat berjalan lancar dan dapat menerapkan 100 persen kapasitas
Keputusan Spm 2021 Semakan Tarikh Result June 2022

Keputusan Spm 2021 Semakan Tarikh Result June 2022

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 1025 hits
2021 Tarikh June 2022 Cara semak bila rasmi pengumuman result semakan Keputusan spm 2021 dikeluarkan oleh kpm di mana anda boleh check spm results keluar pada June Jun 2022 termasuk senarai sekolah terbaik Ada kata yang anda dapat kalau res...
Hiburan Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif Hakim

Hiburan Pihak Yang Kejar Harta Bukan Isteri Arwah Sebaliknya Plaintif Hakim

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 497 hits
Semalam balu arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan Siti Nor Hidayah Mohd Ali telah memenangi kes saman fitnah yang difailkan adik iparnya Ali Puteh Pelawak itu akui akur dengan keputusan itu bagaimanapun memakl...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April