Pasukan Peguam Najib Jaring Gol Sendiri Dengan Perbualan Bbm Tpp



(Malaysiakini) – Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini bahawa pasukan peguam pembelaan Najib Razak “menjaringkan gol sendiri” apabila menerima perbualan BBM yang dikaitkan dengan kes rasuah RM42 juta SRC International sebagai bahan bukti,
Timbalan pendakwa raya (TPP) V Sithambaram berhujah demikian, berhubung kejayaan pasukan peguam Najib menandakan transkrip perbualan BBM antara ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho dengan bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, semasa perbicaraan jenayah RM42 juta SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pasukan peguam Najib memohon agar perbualan BBM itu ditanda sebagai bukti, bagi menyokong pembelaannya terhadap tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Hujah TPP itu hari ini adalah sebagai balasan terhadap permohonan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadap kes melibatkan dana SRC bernilai RM42 juta itu.
Di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, Sithambaram berkata bahawa perbualan BBM antara Low dan Yu menguatkan lagi kes pendakwaan ke atas bekas perdana menteri itu.
Yu, yang pernah menguruskan akaun-akaun bank Najib, telah memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes SRC.
Sithambaram hari ini membangkitkan bahawa perbualan BBM itu menunjukkan, antara lain, perbualan antara Low dan Yu yang menunjukkan bahawa ahli perniagaan itu menerima arahan daripada Najib, selain berhubung bilakah masa cek-cek akan dikeluarkan oleh Najib.
“Perbualan BBM yang banyak antara pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping dan Jho Low, menyokong bukti (wujudnya) pengetahuan sebenar di pihak perayu berhubung status dan transaksi membabitkan akaun peribadinya.
“Mereka (pembelaan) menuduh (pihak pendakwaan) menukar tiang gol, tetapi ini (perbualan BBM), mereka jaring gol sendiri,” kata Sithambaram di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh hakim Abdul Karim Abdul Jalil.
Semasa perbicaraan SRC, pasukan peguam Najib bergantung pada pembelaaan bahawa bekas perdana menteri itu tidak mempunyai pengetahuan bahawa RM42 juta yang dimasukkan ke akaunnya adalah daripada SRC.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas satu tuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.
Namun, mahkamah membenarkan permohonan pasukan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan bagi membatalkan hukuman tersebut.
SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Selain merupakan bekas perdana menteri, Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, bekas penasihat emeritus SRC dan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/20/pasukan-peguam-najib-jaring-gol-sendiri-dengan-perbualan-bbm-tpp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Hakim Kelihatan Bermotivasi Pertanggungjawabkan Najib

Peguam Hakim Kelihatan Bermotivasi Pertanggungjawabkan Najib

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 297 hits
Mahkamah Rayuan hari ini mendengar hujah peguam bahawa hakim perbicaraan kes rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International kelihatan bermotivasi untuk mengadili Najib Razak Peguam bela Najib Farhan Read berhujah demikian semasa pendeng...
Pa Pula Pendapat Peguam Najib Berhubung Tiga Hakim Mahkawah Rayuan

Pa Pula Pendapat Peguam Najib Berhubung Tiga Hakim Mahkawah Rayuan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 359 hits
Apakah mereka kelihatan terdorong untuk mengekalkan hukuman terdahulu Atau mereka hanya suci jika bebaskan Najib
Yang Berpolitik Yang Mempolitikan Kes Najib Adalah Dirinya Sendiri Bukan Orang Lain

Yang Berpolitik Yang Mempolitikan Kes Najib Adalah Dirinya Sendiri Bukan Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 275 hits
Setiap kes ada merit perlu jawab ikut fakta bukan cuba kaitkan dengan lain peristiwa dan perkara Duit masuk akaun saya tidak tahu Tapi berbelanja sakan Jho low tak kenal tapi pernah datang ke rumah Derma tidak termasuk layak dicukai kenyata...
Hakim Ingatkan Peguam Najib Jangan Ulang Hujah Sama

Hakim Ingatkan Peguam Najib Jangan Ulang Hujah Sama

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 411 hits
Mahkamah Rayuan memberi peringatan kepada pasukan peguam bekas perdana menteri Najib Razak agar tidak mengulang hujah sama dalam rayuan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta Pengerusi panel hakim Abdul Karim Abdul Jalil memberi p...
Hakim Bidas Peguam Bela Najib

Hakim Bidas Peguam Bela Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 503 hits
Hakim Bidas Peguam Bela Najib Hakim Mahkamah Rayuan telah menegur peguam Muhammad Shafee Abdullah dan memintanya menggunakan kata kata yang sopan ketika mengkritik hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendapati Najib Razak be...
Peguam Dakwa Hakim Bersusah Payah Selamatkan Kes Terhadap Najib

Peguam Dakwa Hakim Bersusah Payah Selamatkan Kes Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 260 hits
April 6 2021 Hakim Nazlan Ghazali didakwa memihak kepada pendakwaan oleh peguam Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah PUTRAJAYA Kes pendakwaan terhadap Najib Razak dalam tuduhan rasuah RM42 juta pasti gagal sekiranya hakim perbicaraan menola...
Notis Muflis Lhdn Cubaan Gertak Najib Kata Peguam

Notis Muflis Lhdn Cubaan Gertak Najib Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 291 hits
PUTRAJAYA Peguam Najib Razak mendakwa kerajaan cuba untuk menakut nakutkan bekas perdana menteri itu dengan mengeluarkan notis muflis terhadapnya kerana gagal melunaskan tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1 69 bilion Muhammad Shafee Abdull...
Pemudik Nekat Masuk Salatiga Wajib Isolasi Mandiri Biaya Tanggung Sendiri

Pemudik Nekat Masuk Salatiga Wajib Isolasi Mandiri Biaya Tanggung Sendiri

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 317 hits
Pemkot Salatiga sudah menyiapkan lokasi isolasi mandiri tapi biaya ditanggung pemudik
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia