Pasukan Audit 1mdb Terkejut Dengar Gugur Penyata Kewangan Saksi


KES PINDA AUDIT 1MDB | Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau dan anggota pasukan khas audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkejut apabila mendengar rakaman suara meminta menggugurkan penyata kewangan 1MDB semasa mesyuarat membincangkan laporan audit syarikat itu.

Nor Salwani Muhammad, 52, berkata beliau mendengar rakaman mesyuarat itu bersama pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabatnya selepas mengiringi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menghadiri mesyuarat itu pada 24 Feb, 2016.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram pada hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.

"Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Saksi berkata, selepas mendengar rakaman audio itu yang dirakam menggunakan perakam, beliau telah memindahkannnya ke dalam cakera keras rasmi milik JAN dan 'thumb drive’ untuk tujuan keselamatan.

Jelas beliau lagi, rakaman asal audio tersebut telah dipadam kerana beliau bimbang akan diambil tindakan berikutan tindakannya merakam mesyuarat itu tanpa memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat itu turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, Arul Kanda, Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Selasa lepas, ketika memberi keterangan, Ali menegaskan bahawa mesyuarat 24 Feb, 2016 itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Nor Salwani berkata, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Feb 2016 itu adalah yang pertama bagi beliau di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

Sri Ram: Dari segi kebiasaan, bagaimana kamu menerangkan keadaannya (mesyuarat 24 Feb, 2016)?

Nor Salwani: Tidak normal

Terdahulu, saksi itu mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Feb 2016.

Katanya beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik Saadatul Nafisah tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula bagi tujuan membuat minit mesyuarat kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan jawatannya mengarahkan supaya laporan audit akhir 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2019/11/pasukan-audit-1mdb-terkejut-dengar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan Berita 601 Gempar Saksi Mengaku Ubah Laporan Audit 1mdb

Rentasan Berita 601 Gempar Saksi Mengaku Ubah Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 290 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 601 1 SEPERTINYA DAULAH TERPENDAM BUKAN BERITA PALSU 2 CABAR IPIC DI MAHKAMAH LONDON LANGKAH BERANI 3 POKOKNYA LAPORAN AUDIT 1MDB DIPINDA 4 MENGAPA SPRM MENYERET KAKINYA TENTANG ISU LAND SWAP Layari Facebook kami untu...
Kes Laporan Audit 1mdb Rakaman Audio 2 Jam 40 Minit Mesyuarat Di Putrajaya Didedah

Kes Laporan Audit 1mdb Rakaman Audio 2 Jam 40 Minit Mesyuarat Di Putrajaya Didedah

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 493 hits
Rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa diperdengarkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur ha...
1mdb Audit Report Trial Day 4 Audit Officer Slipped Recorder Into Secret Meeting On 1mdb Audit Report

1mdb Audit Report Trial Day 4 Audit Officer Slipped Recorder Into Secret Meeting On 1mdb Audit Report

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 312 hits
KEY HIGHLIGHTSAudit officer slipped recorder into secret meeting on 1MDB audit reportNajib s phone rings interrupts proceedingsAmbrin looked sad with order to amend the final audit reportOfficer kept copy of original audit report despite or...
Ex Auditor General Agreed To Remove Najib S Meeting With Agong From 1mdb Audit Report Recording Shows

Ex Auditor General Agreed To Remove Najib S Meeting With Agong From 1mdb Audit Report Recording Shows

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 357 hits
Provided by The Edge Communications Sdn MhdKUALA LUMPUR Former Auditor General Tan Sri Ambrin Buang agreed to remove a portion of the 1Malaysia Development Bhd audit report that mentioned a meeting between Datuk Seri Najib Razak and then Ya...
Ambrin Tells Why 1mdb Audit That Could Finish In 5 Months Took Almost A Year

Ambrin Tells Why 1mdb Audit That Could Finish In 5 Months Took Almost A Year

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 395 hits
Former auditor general Ambrin Buang also said he had to use the Official Secrets Act when the 1MDB interim report was leaked to the public in 2015 KUALA LUMPUR The National Audit Department faced many obstacles including a delay in obtainin...
Perakam Suara Tersembunyi Ketika Mesyuarat Sulit Bincang Audit 1mdb Mengejutkan

Perakam Suara Tersembunyi Ketika Mesyuarat Sulit Bincang Audit 1mdb Mengejutkan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 490 hits
Seorang pegawai Jabatan Audit Negara membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016 Nor Salwani Muhammad memberi...
Audit Dept Asked To Shred Original 1mdb Audit Report After Alterations

Audit Dept Asked To Shred Original 1mdb Audit Report After Alterations

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 296 hits
AUDIT TAMPERING TRIAL The Kuala Lumpur High Court today heard how 1MDB executives and figures linked to then prime minister Najib Abdul Razak conspired to change the final copy of the 1MDB audit report and to have all versions of it apart f...
Ali Hamsa Najib Panggil Mesyuarat Untuk Ubah Laporan Audit 1mdb

Ali Hamsa Najib Panggil Mesyuarat Untuk Ubah Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 516 hits
Dalam keterangannya bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa mengesahkan mesyuarat itu dipanggil oleh Najib
Ugut Saksi Kes 1mdb Pengurusan Kes Prosiding Komital Lokman Pada 22 Nov

Ugut Saksi Kes 1mdb Pengurusan Kes Prosiding Komital Lokman Pada 22 Nov

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 267 hits
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes prosiding komital dikemukakan Peguam Negara Tommy Thomas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam kerana didakwa menggugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Najib...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal