Kes Laporan Audit 1mdb Rakaman Audio 2 Jam 40 Minit Mesyuarat Di Putrajaya Didedah


Rakaman audio mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Loading… Mereka yang menghadiri mesyuarat pada 24 Feb 2016 ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dua wakil daripada Jabatan Audit Negara iaitu Tan Sri Ambrin Buang dan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, Tan Sri Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Datuk Seri Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.
Kesemua nama itu dikenal pasti oleh Ali selepas mendengar suara mereka semasa pemeriksaan utama oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan, pada hari ketiga perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda yang didakwa meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.
Terdahulu, saksi berusia 64 tahun itu ditunjukkan pemacu pena yang mengandungi rakaman audio sepanjang dua jam 45 minit berhubung mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.
Sri Ram: Adakah sebelum ini kamu pernah lihat pemacu pena mengandungi rakaman audio ini?
Ali menjawab “Tidak”.
Transkrip rakaman itu diberi kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dan peguam dalam perbicaraan itu.
Kedengarannya seperti anggota panel mesyuarat itu, termasuk seorang wanita dipercayai Saadatul Nafisah, sedang saling berdebat.
Semalam, Ali yang merupakan saksi keempat pendakwaan, menegaskan dalam penyataan saksinya bahawa mesyuarat itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.
Najib, 66, diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam Datuk N Sivananthan.
Beliau didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.
Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Arul Kanda, 43, pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini bersambung esok.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/kes-laporan-audit-1mdb-rakaman-audio-2-jam-40-minit-mesyuarat-di-putrajaya-didedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ali Hamsa Najib Panggil Mesyuarat Untuk Ubah Laporan Audit 1mdb

Ali Hamsa Najib Panggil Mesyuarat Untuk Ubah Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 432 hits
Dalam keterangannya bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa mengesahkan mesyuarat itu dipanggil oleh Najib
Perakam Suara Tersembunyi Ketika Mesyuarat Sulit Bincang Audit 1mdb Mengejutkan

Perakam Suara Tersembunyi Ketika Mesyuarat Sulit Bincang Audit 1mdb Mengejutkan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 382 hits
Seorang pegawai Jabatan Audit Negara membuat pengakuan menggemparkan di mahkamah apabila memberi keterangan bahawa beliau menyelitkan perakam suara ketika mesyuarat membincangkan laporan audit 1MDB pada Feb 2016 Nor Salwani Muhammad memberi...
Siapa Yang Terima Manfaat Dari Pindaan Dalam Deraf Laporan Audit 1mdb

Siapa Yang Terima Manfaat Dari Pindaan Dalam Deraf Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 374 hits
PENULIS NABEEL NAQIEBaiklah KERAjaan PH menuduh terdapat pindaan dalam DRAF laporan audit 1MDB yang dilakukan oleh DSN demi menyembunyikan salah lakunya Jom kita tengok apakah pindaan atau perkara yang cuba disorokkan oleh Najib ini Ada 4 p...
Kita Akan Buktikan Najib Guna Jawatan Pinda Laporan Audit 1mdb

Kita Akan Buktikan Najib Guna Jawatan Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 328 hits
Pendakwaan bagi perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad yang bermula hari ini akan membuktikan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Najib Razak menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Me...
1mdb Audit Report Trial Day 4 Audit Officer Slipped Recorder Into Secret Meeting On 1mdb Audit Report

1mdb Audit Report Trial Day 4 Audit Officer Slipped Recorder Into Secret Meeting On 1mdb Audit Report

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 248 hits
KEY HIGHLIGHTSAudit officer slipped recorder into secret meeting on 1MDB audit reportNajib s phone rings interrupts proceedingsAmbrin looked sad with order to amend the final audit reportOfficer kept copy of original audit report despite or...
Ex Auditor General Agreed To Remove Najib S Meeting With Agong From 1mdb Audit Report Recording Shows

Ex Auditor General Agreed To Remove Najib S Meeting With Agong From 1mdb Audit Report Recording Shows

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 252 hits
Provided by The Edge Communications Sdn MhdKUALA LUMPUR Former Auditor General Tan Sri Ambrin Buang agreed to remove a portion of the 1Malaysia Development Bhd audit report that mentioned a meeting between Datuk Seri Najib Razak and then Ya...
Ambrin Tells Why 1mdb Audit That Could Finish In 5 Months Took Almost A Year

Ambrin Tells Why 1mdb Audit That Could Finish In 5 Months Took Almost A Year

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 328 hits
Former auditor general Ambrin Buang also said he had to use the Official Secrets Act when the 1MDB interim report was leaked to the public in 2015 KUALA LUMPUR The National Audit Department faced many obstacles including a delay in obtainin...
Jualan 11 11 Alibaba Mencecah 23 Bilion Dalam 9 Jam Pertama 1 Bilion Pertama Dalam Satu Minit Sahaja

Jualan 11 11 Alibaba Mencecah 23 Bilion Dalam 9 Jam Pertama 1 Bilion Pertama Dalam Satu Minit Sahaja

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 261 hits
Acara jualan 11 11 ataupun dikenali sebagai Singles Day merupakan acara jualan atas talian yang dimulakan oleh Alibaba syarikat naungan platform platform jualan atas talian seperti Taobao dan Lazada sejak 2009 dan kini ia adalah acara yang ...
Audit Dept Asked To Shred Original 1mdb Audit Report After Alterations

Audit Dept Asked To Shred Original 1mdb Audit Report After Alterations

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 234 hits
AUDIT TAMPERING TRIAL The Kuala Lumpur High Court today heard how 1MDB executives and figures linked to then prime minister Najib Abdul Razak conspired to change the final copy of the 1MDB audit report and to have all versions of it apart f...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats