Pastikan Anda Ada Kawan Rapat Yang Boleh Dikongsi Masalah Bersama Dengan Mereka




Ada satu kajian yang menarik tentang aktiviti berkawan. Kajian itu berkata, mereka yang sering bertemu dan bermesra dengan kawan-kawan mendapat kesan untuk kesihatan yang sama baik dengan aktiviti bersenam.
Kalau anda jenis yang malas bersenam, maka elok sangat untuk pertimbangkan kegiatan aktiviti bersama kawan-kawan secara rutin.
Amat rugi mereka yang menjadi kera sumbang asyik terperap di rumah tanpa menyambung silaturahim bersama kawan-kawan.
Walau apapun halangan yang anda hadapi, pastikan beristiqamah untuk berkawan. Ini  kerana terlalu banyak manfaatnya jika anda kekalkan perhubungan dengan kawan-kawan di mana saja anda berada.
Selain daripada berkongsi kegembiraan, jangan lupa juga untuk berkongsi masalah bersama kawan-kawan.
Jumlah kawan yang anda adaKita tentu punyai beberapa orang kawan rapat yang jujur dan setia mendengar sebarang cerita dari kita samada yang menggembirakan maupun yang menyedihkan.
Apabila kita berkongsi masalah dengan kawan-kawan, tidak semestinya mereka dapat membantu kita menyelesaikan masalah melainkan kita sendirilah yang perlu selesaikannya.
Namun begitu dengan hanya berkongsi masalah dengan mereka yang sanggup mendengar dengan ikhlas, separuh daripada masalah kita sudah selesai.
Sekurang-kurangnya kita berasa lega dapat meluahkan apa yang terpendam dan berlegar-legar di dalam kepala kita.
Bercakap tentang kawan, anda tentu tahu bahawa ada beberapa jenis kawan yang anda saling berhubung. Untuk manusia normal, kawan paling kerap anda berhubung dan luangkan masa adalah dalam lingkungan kawan di lapis pertama yang biasanya berjumlah antara 5 ke 7 orang.
Lapisan pertama itu merupakan kawan yang anda boleh luahkan semua perkara samada suka atau duka. Ia boleh saja terdiri dari sanak saudara, ahli keluarga atau kenalan rapat.
Kawan di lapisan pertama juga menentukan tahap pencapaian dalam hidup anda. Jika mereka jenis yang berjaya, maka anda juga masuk dalam kategori sedemikian. Jika mereka jenis yang negatif, maka anda juga tak dapat lari dari bersikap sama seperti mereka. Oleh itu, perlu lebih peka dengan siapa kawan anda di lapisan pertama itu.
Kemudian, ada lapisan kedua yang terdiri daripada kawan-kawan yang anda baik tetapi tidak serapat lapisan pertama tadi. Biasanya jumlah kawan-kawan tersebut adalah antara 15 ke 21 orang. Iaitu 3 kali ganda saiznya berbanding yang pertama tadi.
Begitulah selanjutnya untuk kawan lapisan ke-3 yang jumlahnya adalah 3 kali ganda saiz yang ke-2 tadi. Dan seterusnya paling besar adalah di lapisan ke-4 yang berjumlah seramai 150 orang. Itu merupakan jumlah maksimum yang seseorang individu normal mampu berhubung dan kekalkan perhubungan secara konsisten.
Anda tak akan mampu kekalkan perhubungan lebih dari 150 orang dalam satu-satu masa.
Jangan berlagak sempurnaSatu perkara penting dalam berkawan adalah jangan berlagak seolah-olah anda seorang yang sempurna.
Sikap yang begitu membuatkan kawan-kawan menjauhikan diri, kerana biasanya orang yang sebegitu ada sikap yang sedikit berlagak ‘macam bagus’. Tak ramai orang yang sukakan manusia sebegitu.
Apabila anda mengakui bahawa diri anda itu seorang manusia yang banyak kekurangan, maka mudahlah untuk merendahkan diri. Tiada halangan untuk menceritakan masalah samada masalah peribadi, perniagaan, kerjaya atau apa-apa saja masalah kehidupan.
Eratkan perhubunganAda orang yang merasakan mereka tidak perlu berkongsi masalah bersama kawan-kawan atas alasan tidak mahu menyusahkan mereka.
Sikap sedemikian membuatkan anda pendamkan sahaja dalam hati keseorangan sehingga ia menjadi racun yang memakan diri. 
Anda tentu terkejut apabila kawan-kawan sebenarnya amat gembira apabila kawannya sanggup berkongsikan masalah kehidupannya dengan mereka.
Antara mesej positif yang melegakan kawan anda apabila berkongsikan masalah adalah pernyataan terus terang tentang betapa lemahnya dan tidak sempurnanya diri.
Pengakuan tersebut membuatkan kawan anda lega kerana anda dan mereka adalah sama sahaja. Ini dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama kawan-kawan serta memecahkan dinding perbezaan antara sesama kawan.
Berfikiran terbukaSetelah anda meluahkan segala masalah, bersedialah untuk mendengar komen daripada kawan samada manis atau pahit.
Kadangkala kawan-kawan dapat melihat apa yang anda sendiri tidak nampak dalam diri. Kawan yang baik biasanya akan menceritakan pengalamannya dalam menghadapi masalah yang lebih kurang sama dengan anda.
Ini kadangkala dapat membantu anda menyediakan jalan keluar daripada masalah yang sedang dihadapi.
Kadangkala kawan-kawan hanya mendengarnya sahaja dan berterima kasih pada anda kerana berkongsi sesuatu yang tidak pernah dialaminya untuk dia jadikan pedoman di masa mendatang.
Walau apapun respon daripada kawan, terima sahaja dan jangan mengharap untuk melemparkan masalah anda itu menjadi masalah mereka.
Selepas ini jika anda menghadapi sebarang masalah, pastikan anda luahkannya pada kawan-kawan rapat yang ada.
Jika anda dapati tiada seorangpun kawan rapat yang boleh dikongsikan masalah, anda perlu risau kerana ada kemungkinan anda akan hidup tidak lama dan mengalami masalah kemurungan suatu hari nanti.
Luangkan masa untuk membina rangkaian kawan-kawan yang ikhlas dan sanggup meluangkan masa bersama anda. Untuk itu anda juga perlu sekali-sekala berkorban masa untuk mereka. Meluangkan masa untuk kawan-kawan adalah satu pelaburan yang sedikitpun tidak akan rugi, Insyaallah!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/07/kongsi-masalah-dengan-kawan-kawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Bukanlah Masalah Jika Anda Boleh Tangguh Dari Segera Di Diselesaikan

Masalah Bukanlah Masalah Jika Anda Boleh Tangguh Dari Segera Di Diselesaikan

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 248 hits
Ada sekali tu masa awal berniaga dulu saya berhadapan dengan masalah kereta Rosak teruk yang memerlukan kos tinggi untuk dibaiki Saya pula masa tu memang tak ada kemampuan Walaupun dah ada pendapatan dalam perniagaan tapi simpanan peribadi ...
Perkhidmatan Membaiki Iphone Dan Dengan Cepat Dan Berkualiti Problem Motherboard Juga Boleh Dibaiki

Perkhidmatan Membaiki Iphone Dan Dengan Cepat Dan Berkualiti Problem Motherboard Juga Boleh Dibaiki

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 189 hits
Anda mencari tempat yang boleh membaiki telefon pintar anda dengan cepat berkualiti dan berpatutan Jika ya anda berada di tempat yang betul Kami menawarkan perkhidmatan membaiki telefon pintar dengan harga yang berpatutan dan jaminan kualit...
Tak Pernah Biasakan Anak Asal Nampak Mainan Kena Beli Faralyna Didik Anak Sejak Kecil Ada Masa Boleh Tak Boleh Beli

Tak Pernah Biasakan Anak Asal Nampak Mainan Kena Beli Faralyna Didik Anak Sejak Kecil Ada Masa Boleh Tak Boleh Beli

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 147 hits
Pelakon Faralyna Idris berkongsi video sambutan hari jadi anak keduanya menerusi laman Instagram Wajah anaknya yang sangat teruja menerima bugkusan hadiah menarik perhatian ramai Menurut Fara dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik ana...
Penyokong Najib Telah Diberitahu Sebab Apa Dia Tidak Boleh Dibebaskan Kata Zahid

Penyokong Najib Telah Diberitahu Sebab Apa Dia Tidak Boleh Dibebaskan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 166 hits
Pucuk pimpinan UMNO telah memberi penjelasan kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak berhubung usaha mendapatkan pengampunan diraja bagi bekas Perdana Menteri itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka juga telah meng...
Seorang Lelaki Ada 4 Orang Perempuan Yang Boleh Tarik Dia Ke Neraka

Seorang Lelaki Ada 4 Orang Perempuan Yang Boleh Tarik Dia Ke Neraka

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 205 hits
Seorang lelaki ada 4 orang perempuan yang boleh tarik dia ke neraka Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah Klik link dibawahSemoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat Amin ya Allah
7 Homestay Berbentuk Kontena Sekitar Malaysia Boleh Cuba Untuk Sensasi Penginapan Berbeza

7 Homestay Berbentuk Kontena Sekitar Malaysia Boleh Cuba Untuk Sensasi Penginapan Berbeza

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 373 hits
Penginapan berbentuk kontena semakin lama semakin banyak dan dibina di banyak tempatkerana sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia Rupa bentuknya yang unik tetapi selesa membuatkan permintaan untuk menginap di homestay kontena men...
Amanat Mengelirukan Namun Dikatakan Dari Team Media Pas Kdn Boleh Lah Siasat Kalau Perkara Ini Memudaratkan

Amanat Mengelirukan Namun Dikatakan Dari Team Media Pas Kdn Boleh Lah Siasat Kalau Perkara Ini Memudaratkan

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 271 hits
Aku dapat ni dari komen Aku tak follow orang yang mengaku ustaz ni Tapi dengarnya posting ni dah kena delete Alasan Bukan dari dia tapi draft team media PAS Pusat Maknanya ada niat nak publish la kan Tapi kenapa draft pergi ke wall dia pula...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya