Masalah Bukanlah Masalah Jika Anda Boleh Tangguh Dari Segera Di Diselesaikan




Ada sekali tu, masa awal berniaga dulu, saya berhadapan dengan masalah kereta. Rosak teruk yang memerlukan kos tinggi untuk dibaiki. 
Saya pula masa tu, memang tak ada kemampuan. Walaupun dah ada pendapatan dalam perniagaan, tapi simpanan peribadi masih di tahap yang sangat rendah. Tiada peruntukkan untuk urusan baiki terkejut sebegitu.
Bagi seorang usahawan baru yang masih mentah ketika itu, saya telah tertipu dengan budaya ikut-ikutan. Mainan emosi yang telah berjaya diperdayakan oleh iklan dan ilusi kejayaan dalam kehidupan. Emosi yang lebih pentingkan pengiktirafan orang berbanding diri sendiri.
Gaya nampak macam bagus. Tapi Tuhan yang tahu keadaan hidup sebenar yang umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Begitulah dunia tipu daya mengikut arus kepercayaan masyarakat yang hanyut kepada pegangan kebendaan.
Bila dah lama berniaga, dah mula kenal ramai usahawan lain, baru saya tahu memang begitulah keadaannya, kebanyakan usahawan di luar sana. Zahir nampak hebat, sebab itu harapan masyarakat terhadap orang yang mereka mahu hormat, itu yang kebanyakan usahawan sangka.
Hakikatnya, ramai yang haprak tak ada apa. Jiwa tertekan disulami ketakutan.
Tersilap langkah beli keretaBagaimana semua masalah kereta itu bermula?
Ia hasil dari silap langkah mahu bergaya bila perniagaan dirasakan dah stabil sikit. Desakan nak dilihat berjaya adalah sesuatu yang amat sukar dikawal bagi orang muda yang tak pernah kaya selama hidupnya sebelum itu.
Secara rasional, saya sedar tak payah nak berlagak untuk beritahu orang, yang anda sudah berjaya dalam perniagaan. Malah kalau benar-benar dah berjaya kaya raya sekalipun, memang tak ada faedahnya untuk pukul canang beritahu semua orang.
Itu secara rasionalnya. Tapi ..
Saya dibelenggu doktrin masyarakat sesat dunia moden. Penilaian diletakkan kepada orang ramai. Jika masyarakat melihat anda berjaya, kaya raya, itu sudah boleh dikira kejayaan. Anda sendiri tahu hidup tertekan serba kekurangan, sanggup pejam mata menahannya. Asal semua orang sangka anda berjaya, itu lebih bagus.
Setiap hari dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, saya akan lalu di depan sebuah kedai menjual kereta terpakai. Ada sebuah kereta conti yang saya berkenan sudah lama tersimpan di situ.
Keinginan itu memang nafsu semata. Tak ada pun tak ada sedikitpun masalah. Tapi apa yang ada dalam bayangan minda adalah rasa hebat bila anda memandu kereta conti. Dari situ otak mula bertindak kreatif mewaraskan kenapa saya perlu beli kereta itu.
Di pendekkan cerita, saya gagal mengawal keinginan lalu beli dan pakai.
Sejak itu bermulalah satu episod ngeri kehidupan. Kos selenggaranya melambung 10 kali ganda dari semua kereta yang saya pernah pakai. Tak terfikir pula bab selenggara sebelum beli dan pakai kereta tu. Setiap saat memandu kereta itu sentiasa di selubungi rasa khuatir kerosakkan.
Ada saja benda nak rosak. Bila dah mula satu part bermasalah, kerosakan demi kerosakkan mula berangkai satu persatu. Kalau tak ada RM5 ribu stand by setiap kali masuk bengkel, jangan harap nak siap.
Saya mula sedar itu satu kesilapan paling bodoh yang pernah berlaku sepanjang saya berniaga. Bermual dari situ juga saya bersumpah takkan pakai kereta conti lagi. Lebih baik pakai kereta jepun saja yang terjamin keboleh percayaannya berbanding kereta conti.
Kos selenggara kereta conti itu memang menghisap semua duit yang saya ada. Memang masih mampu untuk tangani semua kos itu. Dengan syarat saya tidak mencampurkan kesemua duit yang telah dibelanjakan dari awal sampai akhir. Memang saya tak pernah cuba kira jumlahnya, takut menyesal.
Selain dari duit yang habis, kos peluang terlepas dan segala masalah sampingan bila kenderaan rosak sudah tentu jauh lebih tinggi. 
Saya masih terus sabar memakainya sehinggalah satu hari, enjin terlebih panas dan rakan kongsi yang saya pinjamkan kereta itu gagahi juga jalan sampai enjinnya rosak. Dah tak boleh selamatkan lagi dan perlu tukar enjin. Saya ragu-ragu nak terus baiki. Biarkan dulu tersadai dalam bengkel. 
Ini amat memeningkan kepala apabila sentiasa di tanya oleh mekanik di bengkel.
Buat keputusan sekalipun salahKalau ada perkara penting yang perlu saya petuakan kepada usahawan lain jika mahu terus berniaga, sudah tentu berkaitan dengan membuat keputusan.
Kesilapan paling besar yang orang berniaga boleh buat adalah tidak mahu atau takut buat keputusan. Itu akan menyebabkan semua perkara terhenti tidak bergerak. Ia menyusahkan semua orang yang terlibat. Paling teruk, anda membunuh kredibiliti sebagai seorang yang boleh diharap.
Segera buat keputusan bila ada halangan dan redho dengan apa yang bakal berlaku dari keputusan itu. Samada baik atau buruk, terima saja. Jika baik hasilnya, anda boleh rasa lega, tapi tak perlu rasa bangga. Jika buruk, anda menyerap satu pengalaman dan ilmu baru untuk buat keputusan yang lebih baik di masa hadapan.  
Sata benar-benar tak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi keputusan perlu diberikan kepada bengkel agar masalah itu tidak terpalint sama kepadanya. Akhirnya, untuk memudahkan hidup saya dan hidup mekanik tersebut, saya suruh dia keluarkan saja kereta dari bengkel dan letakkan di tepi padang, tepi jalan. Biarkan begitu sehingga saya mendapat ilham seterusnya.
Keputusan kecil itu ternyata menghilangkan masalah saya dengan mekanik tuan punya kedai. Sekalipun mekanik itu bertanya adakah saya akan membiarkan kereta itu begitu saja, tidakkah rasa sayang pada kereta itu?
Saya faham tujuannya baik. Disamping untuk menjana jualan bengkelnya, dia sudah tentu tidak sanggup melihat kenderaan terabai begitu.
Soalan itu mampu menggugat minda saya dan akan menyusahkan fikiran jika dilayan. Namun saya sudah nekad. Selagi masalah lain tidak timbul, saya buat keputusan tidak mahu memikirkan tentang kereta itu buat sementara waktu, biarlah dia di situ sehingga masanya tiba.
Begitulah akhirnya saya terus melupakan tentang kereta tersebut dan meneruskan kerja saya yang lain yang lebih penting sehinggalah ada seorang hamba Allah yang menelefon mahu membelinya dan sanggup mengeluarkan segala kos untuk membaiki kereta itu.
Dia rupanya memang cukup minat dengan kereta model itu dan alhamdulillah, Allah selesaikan masalah saya walaupun tidak saya fikirkannya. Saya hanya mendoakan pada mulanya, agar Allah permudahkan masalah tersebut diselesaikan dan doa itu terkabul nampaknya.
Sekali lagi sikap tidak pendam dari membuat keputusan telah menyelamatkan saya. Selagi boleh pejamkan mata tanpa memikirkan penyelesaian keseluruhan masalah itu dan ia tidak mengganggu perkara yang lain, tangguhkan dulu buat sementara. Buat keputusan seterusnya bila masalah baru datang.
Pelajarannya di sini adalah perlu tahu mana paling penting antara yang penting. Uruskan yang paling penting terlebih dahulu dan jangan berhenti tengok benda lain selagi yang paling penting tidak diselesaikan.
Bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan kadar segera. Malah, jika masalah itu boleh ditangguh dari penyelesaian, ia bukanlah satu masalah.
Kadangkala ia hanya mainan minda yang tak henti-henti cuba menakutkan diri anda terhadap apa yang bakal berlaku. Selalunya imaginasi ketakutan di hadapan itu tidak pernah berlaku pun ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/07/masalah-bukanlah-masalah-jika-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pastikan Anda Ada Kawan Rapat Yang Boleh Dikongsi Masalah Bersama Dengan Mereka

Pastikan Anda Ada Kawan Rapat Yang Boleh Dikongsi Masalah Bersama Dengan Mereka

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 290 hits
Ada satu kajian yang menarik tentang aktiviti berkawan Kajian itu berkata mereka yang sering bertemu dan bermesra dengan kawan kawan mendapat kesan untuk kesihatan yang sama baik dengan aktiviti bersenam Kalau anda jenis yang malas bersenam...
7 Homestay Berbentuk Kontena Sekitar Malaysia Boleh Cuba Untuk Sensasi Penginapan Berbeza

7 Homestay Berbentuk Kontena Sekitar Malaysia Boleh Cuba Untuk Sensasi Penginapan Berbeza

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 347 hits
Penginapan berbentuk kontena semakin lama semakin banyak dan dibina di banyak tempatkerana sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia Rupa bentuknya yang unik tetapi selesa membuatkan permintaan untuk menginap di homestay kontena men...
Warga Asing Tidak Boleh Membeli Barangan Bersubsidi Negara Malaysia Itu Adalah Kesalahan Yang Serius

Warga Asing Tidak Boleh Membeli Barangan Bersubsidi Negara Malaysia Itu Adalah Kesalahan Yang Serius

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 216 hits
Sinar HarianJOHOR BAHRU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Sabtu menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perbuatan berkenaan...
Bantuan E Wallet Rm200 Boleh Ditebus Bermula Hari Ini Dapatkan Sekarang

Bantuan E Wallet Rm200 Boleh Ditebus Bermula Hari Ini Dapatkan Sekarang

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 284 hits
Bantuan e Wallet RM200 Boleh Ditebus Bermula Hari Ini Dapatkan Sekarang Siaran media Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada 21 Jun 2023 mengumumkan bahawa individu berumur antara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut p...
Penghapusan Subsidi Boleh Jejas Pertumbuhan Negara Penganalisis

Penghapusan Subsidi Boleh Jejas Pertumbuhan Negara Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 198 hits
Penghapusan subsidi boleh menjejaskan pertumbuhan jangka pendek Malaysia dan merumitkan proses penambaikan gaji ketika paras harga kekal tinggi kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli Ahli ekonomi itu berkata ia adalah...
Seorang Lelaki Ada 4 Orang Perempuan Yang Boleh Tarik Dia Ke Neraka

Seorang Lelaki Ada 4 Orang Perempuan Yang Boleh Tarik Dia Ke Neraka

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 197 hits
Seorang lelaki ada 4 orang perempuan yang boleh tarik dia ke neraka Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah Klik link dibawahSemoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat Amin ya Allah
Perkhidmatan Membaiki Iphone Dan Dengan Cepat Dan Berkualiti Problem Motherboard Juga Boleh Dibaiki

Perkhidmatan Membaiki Iphone Dan Dengan Cepat Dan Berkualiti Problem Motherboard Juga Boleh Dibaiki

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 185 hits
Anda mencari tempat yang boleh membaiki telefon pintar anda dengan cepat berkualiti dan berpatutan Jika ya anda berada di tempat yang betul Kami menawarkan perkhidmatan membaiki telefon pintar dengan harga yang berpatutan dan jaminan kualit...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak